Sunday, 14 July 2019

Tun Dr Mahathir Berbasikal 11km Di Usia 94 Tahun


SHAH ALAM: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membuktikan usia bukan halangan untuk menjalani gaya hidup aktif.

Beliau yang baharu saja menyambut ulang tahun kelahiran ke-94 pada 10 Julai lalu berjaya menamatkan kayuhan sejauh 11 kilometer di Litar Antarabangsa Sepang, pagi tadi.

Perkara itu dikongsi Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Twitternya hari ini.

"Kayuh 11km bersama @chedetofficial di Litar Antarabangsa Sepang. Sangat mengagumkan," tulisnya.


Sementara itu, Dr Mahathir di laman Twitternya menekankan mengenai keperluan untuk bersenam walaupun usia makin bertambah.


"Bila umur makin meningkat mesti luang masa bersenam supaya otot dan otak berfungsi dengan baik," katanya.

Rata-rata warganet menyatakan kekaguman terhadap Dr Mahathir yang masih sihat dan aktif, antaranya @zafirahhanis berkata: 'Malu saya, umur masih muda tapi sangat malas bersenam'.

Sementara @TheRosyCosy menulis: 'Kagum.. cemburu kerana sangat bertenaga... semoga terus sihat & diberkati ALLAH sentiasa'.

Sumber: Astro Awani


from Sehinggit Media News https://ift.tt/2NVH6MZ
via IFTTT