Thursday, 11 July 2019

Pasangan Muda Ingin Berkahwin Kerana Takut Tidur Seorang


Remaja berusia 14 tahun dan 15 tahun dari daerah Bantaeng, Sulawesi Selatan, Indonesia ini nekad mahu berkahwin di usia muda dengan alasan takut tidur bersendirian.

Pasangan itu yang masih bersekolah tular di media sosial selepas mereka mendaftarkan perkahwinan mereka baru-baru ini.

Laporan media Indonesia mendedahkan, pasangan itu datang ke Pejabat Hal Ehwal Agama Daerah Bantaeng Khamis lalu untuk mengikuti Kelas Bimbingan Perkahwinan dan mendapatkan pendaftaran perkahwinan.

Pada awalnya, permohonan perkahwinan pasangan itu ditolak kerana usia mereka yang terlalu muda. Namun selepas membuat rayuan di Mahkamah Agama Bantaeng, permohonan mereka diluluskan.

Nak kahwin muda bukan sebab terlanjur..

Menurut undang-undang di Indonesia, usia minimum untuk berkahwin bagi perempuan adalah 16 tahun, sementara lelaki 19 tahun.

Remaja perempuan itu berkata, dia bukan dipaksa kerana terlanjur atau hamil, tetapi keinginan mereka sendiri.

Ketika ditanya apa sebab mereka mahu berkahwin, remaja perempuan itu memberitahu, dia takut tidur seorang kerana sering ditinggalkan berseorangan di rumah selepas ibunya meninggal dunia dan bapanya pula sering ke luar daerah untuk urusan perniagaan.


Makin pelik remaja sekarang ni. Kahwin sebab takut tidur sorang-sorang. Banyak tengok cerita seram budak perempuan ni agaknya.

Kepada mereka yang baru berkahwin mesti sudah habis banyak perbelanjaan. Lepas kahwin lagi banyak duit nak guna. Jadi, anda kena la ada perancangan untuk hidup selepas kahwin juga.

Jangan kumpul duit untuk buat belanja kahwin sahaja. Kena fikir juga perbelanjaan selepas kahwin.

Berikut ada 10 nasihat buat pasangan muda yang baru berkahwin :

1 – Beli Rumah Yang Kecil Dahulu

Beli rumah yang selari dengan perkembangan keluarga anda terlebih dahulu. Biar kecil asalkan ada tempat untuk keluarga kau berteduh daripada tinggal menyewa sampai ke tua.

Tak payah nak ikut orang. Orang beli rumah banglo, anda pun nak ikut juga. Padahal anda tidak tahu berapa gaji dia sebulan.

2 – Beli Kereta Biar Sepadan Dengan Gaji

Belilah kereta yang rendah harganya. Keluarga masih kecil, elok beli kereta kecil dulu. Myvi, Viva atau Saga misalnya. Asalkan sampai ke destinasi yang dituju dan selesa untuk isteri dan keluarga. Beli kereta yang sesuai dengan pendapatan. Tak payah nak lawan dengan kawan-kawan yang lain.

3 – Jangan Ada Banyak Kad Kredit

Kad kredit tak payah banyak-banyak. Kalau suami dah ada kad kredit, isteri tak perlulah ada kad kredit lagi. Cukuplah satu untuk sekeluarga. Kalau hanya bayar separuh je tiap bulan, baik tak payah guna kad kredit.

4 – Buat Bajet Kewangan Keluarga

Cuba buat bajet kewangan setiap bulan. Baru tahu ke mana aliran wang pergi. Bajet kewangan penting untuk kita mengatur kewangan keluarga.

5 – Belanja Mengikut Kemampuan Kewangan

Bila k tengok kawan universiti beli kereta baru, anda rasa nak tukar kereta baru. Bila tengok kawan Facebook pergi travel oversea, anda menggelupur nak pergi sama. Jangan begitu. Seeloknya tangguh dulu kehendak dan utamakan keperluan.

6 – Elakkan Pembiayaan Peribadi Dan Hutang Yang Tidak Perlu

Kalau boleh jangan buat langsung pembiayaan peribadi. Kadar keuntungan bank tinggi. Melainkan hutang yang mampu mengembangkan lagi nilai bersih aliran tunai keluarga anda.

7 – Simpan Untuk Masa Hadapan

Simpanan setiap bulan yang minima mengikut kemampuan kewangan secara konsisten. Bina tabung untuk masa depan, contohnya tabung pendidikan anak-anak menggunakan tools ASB Financing ataupun Tabung Haji. Simpanan untuk membina aset, simpanan untuk jangka masa sederhana dan panjang.

8 – Jangan Beli Perabot Baru

Kalau perabot tu masih baru, tak rosak jangan mengada nak beli baru. Ini tiap raya nak tukar baru je. Perkakas elektrik selagi belum rosak pun guna dulu. Saya sampai sampai sekarang tak beli televisyen lagi. Tidur pun guna tilam lipat. Rilek je dapat anak. Kah!

9 – Cipta Tabung Berwarna

Cipta tabung berwarna biru (RM1), hijau (RM5), merah (RM10), oren (RM20). Ikutla mana yang kau suka. Membina tabung berwarna keluarga lagi seronok rasa nak menyimpan. Gua buat tabung hijau je.

10 – Perbanyakkan Sedekah

Selalunya jika anda rajin bersedekah, anda akan murah rezeki. Rezeki yang datang tanpa diduga. anda sekeluarga tidak akan miskin jika melakukannya. Lagi banyak bagi kat orang, lagi banyak Tuhan bagi kat anda.

Bila baru kahwin, bersederhanalah dalam setiap perbelanjaan. Lebih baik simpan duit untuk perbelanjaan yang lebih penting. Jangan ikut hati sangat semasa berbelanja. Kalau suami anda jenis boros, nasihat la sikit. Begitu juga sebaliknya.

Akhir kata, berpada-padalah dalam berbelanja. Rancang kewangan keluarga anda dengan sebaik-baiknya. Bak kata pepatah, "belanja cermat, poket selamat"


from Sehinggit Media https://ift.tt/2Gc3RWO
via Merah Hati Cintaku