Friday 12 July 2019

Firdaus Wong Failkan Saman RM2 Juta Ke Atas Siti Kassim


Pendakwah Islam, Firdaus Wong Wai Hung, hari ini telah menfailkan saman fitnah sebanyak RM2 juta terhadap peguam dan aktivis sosial, Siti Zabedah Kasim atau lebih dikenali sebagai Siti Kasim.

Menurut kenyataan yang dimuat naik di laman sosial Facebook, Firdaus berkata, saman ini difailkan atas nasihat peguam susulan dakwaan kenyataan berbaur fitnah Siti Kassim ke atasnya sebelum ini.

”Atas nasihat peguam, saman fitnah RM2juta difailkan terhadap Puan Siti Zabedah Kasim atas kenyataannya di Facebook yang berbaur fitnah terhadap saya. Ini bukan saman kerana Puan Siti mencabar saya berdebat & kemudian…


”Ini saman fitnah kedua saya selepas Arunakiri Nathan yang memfitnah saya sebelum ini. InshaAllah ini bukan yang terakhir. Minggu depan seorang lagi yang berprofil tinggi juga akan disaman,’‘ katanya.

Malah menurut Firdaus, tindakan undang-undang ini harus diambil kerana selama ini beliau sudah berdiam diri walaupun diserang secara bertubi-tubi.

Semoga ada kebaikan dari saman ini dan keharmonian negara berdasarkan Rukun Negara serta nilai ketimuran terus terjaga. Allahuma Ameen,” katanya.




from Sehinggit Media https://ift.tt/2XDAsiZ
via Merah Hati Cintaku