Wednesday, 21 February 2018

"Tak Ada Bakat Jangan Berlakon!" - Amyza Aznan Meluat Dengan Aliff Syukri


Nampaknya makin panas kontroversi mengenai filem Badang yang ditayangkan sejak 15 Februari lalu. Dari Instagram, Facebook dan Twitter semua kecoh dengan jalan cerita filem Badang yang tidak memberi kepuasan dan membanggakan oleh kaki wayang. Cukup mengecewakan!

Dari hari ke hari ada saja cemuhan diberikan pada filem yang diarahkan oleh Dato’ Prof. Dr. A. Razak Mohaideen. Kebanyakannya tidak menyukai watak utama yang dilakonkan oleh Datuk Aliff Syukri sebagai Badang.

Bukan kaki wayang sahaja yang tidak gemar, pelakon tanah air, Amyza Aznan juga makin meluat dengan sikap Aliff Syukri yang keterlaluan mempromosikan filem Badang ini sehingga meminta-minta netizen menghargai bakatnya sendiri.


Begitu juga dengah pengarah terkenal Shahrulezad Mohameddin yang menasihati agar Aliff Syukri sepatutnya fokus sahaja pada bidang perniagaannya dan tidak perlu melenting berlebihan dengan kritikan yang diberikan. Dia sendiri telah berpuluh tahun terlibat dalam bidang pembikinan drama dan sentiasa positif dengan kritikan penonton supaya dapat menghasilkan karya yang lebih baik pada masa akan datang.



Sebagai pelakon yang telah lama berkecimpung dalam industri seni, Amyza sendiri tidak pernah merayu dan menagih simpati penonton untuk menghargai bakat lakonannya dalam industri. 

Tambahnya lagi, dia amat membenci orang yang mempergunakan industri seni untuk melebarkan sayap perniagaan walaupun hakikatnya mereka memang tiada langsung bakat untuk berlakon.

Amyza benar-benar marah hingga ‘menghalau’ golongan kaya-raya dalam perniagaan ini untuk tidak mengganggu industri seni hiburan tanah air lagi yang menjadi periuk nasi mereka mencari rezeki.


Kenyataan Amyza ini juga disokong oleh pelakon Arash Mohd dan netizen lain yang menganggap mereka tidak seharusnya berkecimpung dalam dunia lakonan dan cukuplah berada di dalam bidang perniagaan sahaja.


Netizen yang lain juga merasa perbuatan Aliff Syukri sesuatu yang keji dan menjadikan industri seni ini seperti ‘sampah’ dan sekadar untuk meraih populariti dengan cepat.






Setakat ini tiada lagi kenyataan daripada pengarah filem Badang sendiri tentang isu yang sensasi ini. Netizen semakin tahu menilai bakat-bakat pelakon dan apa sahaja yang tidak baik eloklah Aliff Syukri jadikan sebagai batu loncatan untuk memperbaiki diri. 

Sumber: CARI forum


from Sehinggit Media http://ift.tt/2EEzSUr
via Merah Hati Cintaku