Tuesday, 27 February 2018

Pemilik Kucing Ini Berpura-pura Meninggal Dunia Dan Tidak Menyangka Reaksi Yang Diterima Adalah Seperti Ini…


Sebaik sahaja haiwan peliharaan tiba di rumah kita, ia menjadi sebahagian daripada keluarga dan merupakan satu lagi ahli keluarga yang dicintai tanpa syarat.

Pasti anda yang memelihara haiwan pernah melalui saat suka duka bersama haiwan peliharaan masing-masing. Begitu jugalah yang dilalui oleh seorang pemilik kucing campuran Bengal bernama Sparta yang telah dipelihara sejak musim panas pada tahun 2007 dan kini berusia 10 tahun.

Sparta mungkin tidak seperti kucing-kucing yang lain. Ia sangat menggemari aktiviti wrestling, mengintai dan suka dikendong seperti bayi!

Memandangkan Sparta juga sangat suka memeluk dan manja, tuannya merancang untuk berpura-pura meninggal dunia untuk melihat reaksi kucing kesayangannya itu.

Inilah Sparta, kucing campuran Bengal berusia 10 tahun atau lebih dikenali ‘The Mean Kitty’


Sparta sangat manja dengan tuannya dan sangat suka dikendong seperti bayi!


Pada suatu hari, tuannya merancang untuk berpura-pura meninggal dunia hanya untuk melihat reaksi Sparta


“Apa yang kucing saya akan lakukan sekiranya saya tiba-tiba meninggal dunia?”


Oleh itu, dia memutuskan untuk berpura-pura meninggal dunia di hadapan kucingnya itu. Tidak lama kemudian kelihatan Sparta mendekati tuannya yang sudah tertiarap itu


Setelah mendapati tuannya tidak bergerak, Sparta mendekatkan kepalanya pada tangan tuannya. Mungkinkah itu cara Sparta menunjukkan kesedihannya?


Semua persoalan terjawab dalam video yang dirakam oleh tuan Sparta di bawah.


Sumber: Era Baru


from Sehinggit Media http://ift.tt/2HQNBtB
via Merah Hati Cintaku