Sunday, 25 February 2018

Ibu Durjana Biar Kekasih Cabul Dan Liwat Dua Anaknya


Seorang ibu tidak berperikemanusiaan kerana tergamak membiarkan teman lelaki mencabul dan meliwat dua anak perempuannya di sebuah rumah di Setapak Jaya sejak sebulan lalu, lapor Harian Metro.

Lebih menyedihkan, suspek didakwa tinggal sebumbung dengan wanita lingkungan usia 30-an itu sejak setahun lalu tanpa ikatan sah.

Difahamkan, mangsa berusia 14 dan 17 tahun terbabit tinggal di rumah berkenaan selepas ibu bapanya bercerai beberapa tahun lalu.

“Suspek kebiasaannya akan mengambil kesempatan mencabul dan meliwat mangsa apabila ibu mereka keluar bekerja atau tiada di rumah.

“Tindakan tidak bermoral itu berlaku berulang kali, namun suspek berusia lingkungan 30-an itu memberi amaran akan mencederakan mangsa jika perbuatan kejinya terbongkar,” kata sumber polis.

Bukan sahaja mencabul kehormatan, suspek juga didakwa pernah memukul mangsa hingga cedera beberapa bulan lalu. Kerana tidak tahan diperlakukan begitu, mangsa nekad menceritakan penderitaannya kepada bapa saudara.

Difahamkan, mangsa pernah mengadukan hal itu kepada ibunya, namun wanita terbabit tidak mempercayai kata-kata anaknya.

“Bapa saudara mangsa kemudian segera membuat laporan polis berkaitan kejadian sebelum suspek ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya. 

Sumber: CARI forum


from Sehinggit Media http://ift.tt/2opeYmg
via Merah Hati Cintaku