Saturday, 24 February 2018

Ibu Dua Anak Mati Diperkosa Dengan Kejam, Kemaluan Dirodok Jek Kereta


SEORANG ibu dua anak hanya mahu pulang selepas menghadiri majlis pengebumian rakannya. Tiada siapa menyangka ia jadi hari terakhir wanita berusia 41 tahun itu bernafas di muka bumi.

Dia jadi mangsa nafsu serakah seorang remaja lelaki yang baru berusia 19 tahun.

Dalam kejadian di selatan Rusia itu, Sveltana Sapogova, 41, dipelawa menaiki kereta oleh Danil Cheshko. Tanpa sangsi dan curiga dia menuruti ajakan remaja itu.

Ternyata keputusannya itu silap. Sapogova diserang dan diperkosa. Tidak cukup kejam lagi, jek kereta pula disumbat ke dalam kemaluannya hingga ke perut sebelum dikembangkan. 

Sapogova dibiarkan dalam keadaan nyawa-nyawa ikan di dalam kereta sebelum ditemui orang ramai yang kemudian menghubungi pasukan perubatan.

Menurut rakan mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Nadezhda, Sapogova kehilangan lebih tiga liter darah.

“Bicu itu ditemui berlumuran darah di bahagian tempat duduk belakang.

“Kelangkangnya koyak. Dia ditinggalkan untuk mati di dalam kereta. Doktor melakukan pembedahan sepanjang malam bagi menyelamatkan nyawanya dan dua kali berjaya menyedarkannya sebelum dia pergi buat selamanya” kongsi Nadezhda dalam nada sedih.

Cheshko hanya terlepas buat sementara. Dia ditahan pihak polis tidak lama selepas kejadian. Ketika disoal siasat dia mengaku melakukan perbuatan kejam itu.

Mendiang meninggalkan seorang anak perempuan berusia 13 tahun dan seorang anak lelaki berumur 11 tahun.

Sumber: Astro AWANI


from Sehinggit Media http://ift.tt/2HIwNVt
via Merah Hati Cintaku