Friday, 23 February 2018

Dua Isteri Cun Lelaki Ini Buat Netizen 'Panas'


SELEPAS gambar seorang lelaki yang mempunyai dua isteri cantik tular di media sosial minggu lalu, ketiga-tiga mereka bersama sembilan anak hadir dalam beberapa temubual untuk berkongsi rahsia kebahagiaan mereka.

Semuanya bermula apabila isteri kedua kepada lelaki dari Bangkok, Thailand ini, Warissara Poksrichan, 32, memuat naik gambar mereka bertiga pada Hari Valentine, mendapat 6,000 perkongsian.

"Orang ramai bercakap gah tentang suami mereka di Facebook. Nah, suami saya ada dua isteri!

"Sudah bertahun-tahun dan pemikiran terhadap kamu tidak pernah berubah," kata Poksrichan.

Suaminya, Manop Nuttayothin, 42, memberitahu media tempatan bahawa dia pada asalnya mempunyai tiga isteri, tetapi isteri pertamanya 'Dear' meninggal dunia selepas mempunyai tiga anak bersama.

Dia hidup bersama Poksrichan selama satu dekad dan kemudian menambah 'cawangan' dengan mengahwini Nattaya Tongpan, 26. Dia mempunyai tiga anak dengan isteri kedua dan ketiganya, menjadikan sembilan keseluruhannya.

Kedua-dua wanita ini membantu perniagaan Manop, menjual alat-alat ganti kereta dalam acara perlumbaan utama di Thailand.

Manop berkata dia membayar gaji kepada kedua-dua isterinya tetapi enggan menyatakan jumlahnya.


Tetapi Tongpan berkata Manop lebih banyak melabur untuk anak-anak.

Poksrichan bersetuju dengan madunya: "Betul. Untuk anak-anak, dia beri 100 peratus. Untuk isteri, kalau kami minta THB1,000, dia hanya akan bagi THB200," katanya dengan senyuman.

Bagi Manop, dia mengakui dirinya bertuah mempunyai tiga isteri dan rahsia perkahwinan yang bahagia adalah segera menutup konflik yang timbul.

"Bila ada masalah, saya berbincang dengan mereka mengenai perkara itu pada hari yang sama.

"Kadang-kadang ia berlaku. Saya terlepas pandang sesuatu perkara dan sedar saya melayan isteri tak sama rata. Apabila saya faham itu adalah masalah, saya pastikan saya melayan kedua-duanya sama rata. Itulah yang terbaik."


Bagi Poksrichan, dia memberi tumpuan untuk membina sebuah rumah tangga yang bahagia dengan suaminya dan Tongpan dan kedua-dua mereka tidak pernah bergaduh.

Poksrichan berkata suaminya adalah seorang lelaki yang adil. Dia juga prihatin dan rajin.

"Ia tentang persefahaman. Kami saling mencintai. Kami saling menjaga. Kerana itu, kami gembira," kata Poksrichan. 

Sumber: Mstar Online


from Sehinggit Media http://ift.tt/2okQrPe
via Merah Hati Cintaku