Friday 23 February 2018

“Peluk, Dukung, Tidur Sekatil, Boleh Tak Ambik Pelakon Tak Bertudung Je?” – Wanita Persoal Pelakon Berhijab Tetapi Tidak Jaga Imej


Banyak slot drama menghiasi kaca televisyen tempatan yang menjadi fenomena sehingga populariti pelakon-pelakon utama mereka turut melonjak naik. Namun tidak dinafikan terdapat ramai pelakon wanita yang telah berhijab, tetapi adakah mereka menjaga sepenuhnya batas-batas ketika berlakon?

Beberapa hari lepas seorang pengguna Twitter telah memuat naik status luahan perasaan beliau mengenai pelakon yang berhijab tetapi masih melakukan babak-babak yang tidak bersesuaian dengan imej mereka.


Menurut Ainul Nunanaa, sekiranya pelakon yang berhijab melakonkan babak di atas katil, sudah tentu akan menimbulkan persoalan daripada individu yang berbeza agama kerana memikirkan betapa sukarnya menjadi seorang Islam sehingga tidur juga perlu menutup aurat.


Status itu telah mendapat perhatian netizen yang rata-rata bersetuju dengan kenyataan tersebut kerana babak mengenakan tudung suami-isteri ketika tidur dan solekan adalah tidur masuk akal sama sekali.

Kesian artis yang telah lama berhijrah


Macam bodoh pulak. Tidur pun pakai ‘make-up’


Namun ada juga yang memberikan pendapat bahawa mungkin pelakon-pelakon itu belum sepenuhnya menurut aurat dan perkara tersebut boleh secara tidak langsung boleh mengundang fitnah.

Tutup aurat dengan ikhlas. Kalau betul dia tutup aurat kerana Allah, dia tak akan buat scene macam tu


Perempuan mana boleh berlakon. Kita Nasihat je, Nak tak nak terima sudah..


Sumber : Ainul Nunanaa via http://www.ohmymedia.cc


from Sehinggit Media http://ift.tt/2CFd1X1
via Merah Hati Cintaku