Wednesday, 28 February 2018

“Sebagai Manusia, Ada Masanya Kita Tidak Sedar Apa Kita Lakukan Dan Bila Sudah Berlaku Barulah Nampak Kesannya…” – Ziana Zain Bagi ‘Ceramah’ Kepada Neelofa


Setelah Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menulis surat terbuka menerusi laman web rasminya semalam, kini tampil pula seorang artis ‘lagenda’ tempatan iaitu Ziana Zain tampil untuk memberi ‘ceramah’ kepada usahawan terkenal itu.

“Sebagai manusia, ada masanya kita tidak sedar apa kita lakukan dan bila sudah berlaku barulah nampak kesannya.”

Memetik komen penyanyi dan pelakon, Ziana Zain, mengulas mengenai majlis pelancaran tudung Neelofa di sebuah pusat hiburan di ibu negara, Isnin lalu.

“Saya melihat isu dari aspek positif dan negatif. Positifnya, saya yakin, Neelofa ada misi tersendiri dan sebab memilih lokasi terbabit.

“Mungkin, secara tak langsung dia mampu menarik perhatian mereka yang tidak bertudung untuk hadir sekaligus terbuka hati memakai tudung bermula ‘turban’ dijualnya,” katanya.

Ziana yang hampir 30 tahun berada di dalam industri seni suara menegaskan bahawa penampilan beberapa gadis bertudung yang ligat menari seperti mana dalam video yang tular di media sosial itu kurang manis.

“Daripada segi moral dan mata kita sebagai orang Islam, perlakuan seperti terpapar di dalam video yang tersebar itu tak manis.

“Walaupun mungkin mereka ada alasan tersendiri, tapi perlakuan itu akan mengundang fitnah dan orang akan berfikir bukan-bukan,” katanya.

Penyanyi lagu Madah Berhelah itu juga berkata, kadangkala kita tidak sedar apa kita buat dan bila terjadi barulah nampak kesannya.

“Saya tak boleh nak cakap lebih kerana saya mengenali Neelofa. Kita sebagai manusia tidak terlepas daripada melakukan kesilapan.

“Mungkin dari satu sudut, Neelofa juga terlepas pandang. Saya pun ada melakukan kesilapan yang saya sendiri tak perasan sebelum ini. Jadi, bila orang dah bercakap, kita mula sedar dan perbetulkan keadaan,” katanya.

Ditanya pendapatnya sekiranya itu adalah satu strategi terbaik untuk mempromosikan sesuatu produk yang dikeluarkan artis, Ziana tidak menganggap tular adalah sesuatu yang salah.

“Tak salah sekiranya kita tularkan sesuatu produk kerana memang di zaman sekarang itu menjadi strategi melariskan produk.

“Namun, perlu diingat. Sebagai artis, takkan kita nak nama kita tular kerana perkara negatif? Kita adalah suri teladan kepada peminat jadi jaga imej kita.

“Apa boleh saya simpulkan adalah pandai-pandailah jaga dan membawa diri agar strategi tidak menjatuhkan kerjaya,” katanya.

Sumber: http://ift.tt/2jstcxg, http://www.ohmymedia.cc


from Sehinggit Media http://ift.tt/2t3WHQb
via Merah Hati Cintaku