Dalam dunia ini ada yang berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan anak tetapi masih belum ada rezeki. Walaupun telah bermacam ikhtiar dilakukan, sesetangah pasangan berkahwin terpaksa menjalani ujian tidak memiliki zuriat sendiri.
Juusteru, ramai berang apabila beberapa screenshot perbualan WeChat dan Whatsapp antara seorang wanita yang menjual pil menggugurkan anak dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook bernama Jat Jaa.
Apa yang menyedihkan, perbualan itu disertai dengan gambar janin-janin yang berjaya digugurkan pelanggannya menggunakan pil tersebut, dan salah satu gambar menunjukkan janin yang digugurkan itu kembar.
Antara Netizen berpendapat perbuatan itu kejam, apatah lagi kerana ramai yang berusaha untuk mendapatkan zuriat tetapi gagal, namun mereka ini membunuh janin langsung tanpa perasaan bersalah.
Perbualan-perbualan ini dipercayai ialah ‘testimonial’ keberkesanan pil tersebut yang diberikan oleh penjual pil ini kepada seorang pengguna WeChat untuk tujuan promosi.
Pendedahan Jat Jaa kini mendapat lebih 20,000 perkongsian.
Mungkin wanita-wanita yang menggugurkan kandungan ini dalam keadaan terdesak tetapi ia bukan alasan untuk melakukan sesuatu seperti ini. Janin yang digugurkan itu sebenarnya ialah satu nyawa dan mereka telah membunuhnya. Ia juga sepatutnya dimandikan, dikafankan dan dikebumikan seperti jenazah Muslim sekiranya ibu bapa beragama Islam. Apa pendapat anda?
Sumber: http://www.ohmymedia.cc
from Sehinggit Media http://ift.tt/2GCyIuj
via Merah Hati Cintaku