Pelakon Amyza Aznan meluahkan rasa meluat dengan tindakan pengasas D'Herbs, Datuk Seri Aliff Syukri yang didakwanya menganggu industri seni bagi memperluaskan perniagaan kosmetiknya.
Amyza juga berkata, Aliff tidak layak bergelar pelakon mahupun penyanyi kerana tidak mempunyai bakat dalam bidang seni.
"Yup, meluat. Bila dia cakap appreciate bakat dia. Aku pun tak pernah meratap minta di appreciate oleh industry. Bakat ke tangkap muat?
"Video berjalan satu taman rumah, cakap seorang-seorang dengan suara belut elektrik tu and memang tak boleh hadam nyah. Kau paksa orang untuk cakap kau bagus berlakon, bagus menyanyi. Masalahnya bagus ke?
"Aku benci orang berduit kaya raya ini menggunakan platform seni untuk empayar bisnes diorang. Blah la, bla! Ini tempat kami cari makan, bisnes kami. Dia tidak layak sebab memang dia tak ada bakat langsung," tulis Amyza di status Facebook pengarah Shahrulezad Mohameddin, ketika mengulas mengenai tindakan Aliff baru-baru ini apabila lakonannya dalam filem Badang dikritik penonton dan netizen di media sosial.
Shahrulezad kesal dengan tindakan Aliff yang melenting dan tidak berpuas hati apabila lakonannya dalam filem Badang dikutuk netizen. Menurutnya, itu semua adalah lumrah dalam dunia seni dan beliau sendiri sudah 20 tahun berhadapan dengan kritikan dan kutuk, namun tidak pernah melenting dengan perkara itu.
"What the hell is wrong with him? Buat lagu, orang kutuk kau marah. Buat filem, orang kutuk kau sentap melenting. Dah kalau macam tu, jangan terlibat dalam industri seni la 'kakak'. Focus on your own industry sudahlah.
"Bukan semua benda yang kita buat dalam dunia ini kita ingat kita akan bagus. Apa kau ingat bila kau ada duit kau boleh beli segala pujian dan sanjungan? Abang yang sudah 20 tahun orang duk kutuk drama abang ini pun telan saja dik dengan kritikan itu sebab abang tahu dengan kritikan itulah kita akan dapat belajar dan berkembang.
"Ini kau baru satu filem kena kutuk dah melenting macam biji tersepit laci tu dah kenapa setan?
"Paling menyampah dengan mentaliti bila aku ada duit aku orang paling bijak dan orang lain semua bodoh-bodoh belaka tak tahu pasal seni. Apa dia ingat bila dia pakai selipar LV pergi pasar tani itu dia dah cukup ada class, taste dan berseni?" tulis Shahrulezad di Facebooknya semalam.
Terdahulu, Aliff meluahkan rasa kecewa lakonannya dalam filem Badang dikritik hebat di media sosial lalu meminta netizen berhenti dari terus mengecamnya. Sebaliknya menghargai usahanya dan beliau turut mendakwa filem Badang jauh lebih baik dan boleh menewaskan filem Black Panther.
Sementara itu, Pengarah filem Badang, Profesor Datuk Dr A Razak Mohaideen berkata, filem itu sebenarnya menyasarkan penonton kanak-kanak dan orang dewasa yang menonton filem itu perlu meletakkan diri mereka sebagai kanak-kanak bagi menghayatinya.
Mengulas mengenai kritikan netizen, Razak berkata kebanyakan yang mengkritik masih belum menonton filem tersebut dan tidak menolak kemungkinan ia disebabkan mereka kurang gemar dengan perwatakan Aliff.
Sumber: The Reporter
from Sehinggit Media http://ift.tt/2EJ1cFc
via Merah Hati Cintaku