Thursday, 5 January 2017

Wanita Di Belasah Gara-Gara Bercakap Kuat

Wanita Di Belasah Gara-Gara Bercakap Kuat

tampar

Kejadian ini berlaku di XIAN,CHINA penumpang bas seorang wanita telah ditumbuk dan rambutnya ditarik oleh seorang penumpang lelaki dan wanita kerana bercakap terlalu kuat di telefon bimbitnya.

Wanita yang berusia 55 tahun itu memberitahu Shaanxi Radio,bahawa dia sedang bercakap di telefon ketika seorang lelaki yang duduk di belakangnya menumbuk belakang lehernya secara tiba-tiba.

Lelaki tersebut menyatakan bahawa mangsa bercakap terlau kuat. Pita rakaman dari dalam bas menunjukkan kedua-dua mereka bergaduh.

Wanita itu ditolak ke lantai, serta ditarik rambutnya manakala seorang lagi wanita yang bersama-sama dengan lelaki itu turut menampar muka mangsa.

Kedua pasangan itu bersama mangsa turun dari bas ketika bas tersebut berhenti dan mangsa membuat laporan polis.

Mangsa yang bernama Yang, seorang pelukis berkata, sebagai seorang pekerja, dia biasa bercakap dalam nada kuat.

Menurut mangsa lagi “jika dia menegur saya dengan baik supaya memperlahankan suara saya, saya akan berbuat demikian,” kata yang kepada stesen radio dipetik South China Morning Post.

The post Wanita Di Belasah Gara-Gara Bercakap Kuat appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2hXg6Ym
via IFTTT