KUALA LUMPUR – Satu status menjadi viral di laman Facebook apabila seorang pengguna Facebook memuat naik status yang mempertikaikan tujuan sebenar lelaki berpoligami. Wanita terbabit yang menggunakan nama Asiah Abd Jalil, mendakwa lelaki hanya berpoligami hanya disebabkan nafsu semata-mata dan bukannya kerana takutkan Allah.
“Lelaki yang berpoligami ni rata-ratanya sebab zakar (nafsu), bukan sebab zikir (takutkan Allah) pun. Sebab tu mereka pilih isteri kedua lebih teliti berbanding masa pilih isteri pertama dulu,” katanya dalam komen di Facebook.
Komen tersebut dimuat naik setelah status beliau mengenai poligami perlu dihapuskan kerana sudah tidak relevan dengan budaya masyarakat sekarang.
“Amalan poligami patut dihapuskan, walaupun dibenarkan dalam Al-Qur’an, kerana ia sudah tidak sesuai dengan konstruk sosial masyarakat zaman sekarang. Sama seperti sistem perhambaan yang telah dihapuskan, walaupun dibenarkan dalam Al-Qur’an, kerana ia sudah tidak sesuai dengan konstruk sosial masyarakat zaman sekarang,” ujarnya.
Beliau juga turut memberi cadangan bahawa poligami perlu diharamkan melalui komen yang dibalas di status berkenaan.
” Haramkan saja poligami. Islam tidak gah pun kerana poligami. Malahan agama lain memandang rendah pada kita kerana amalan tersebut,” katanya.
Dalam pada itu, status berkenaan menarik perhatian netizen dan rata-rata daripada mereka tidak berpuas hati dengan status berkenaan.
“Konstruk yg bagaimana? Hamba jelas sebab ia menakluk kemerdekaan manusia. Hamba dihapus oleh Quran dan Hadis. Lalu poligami nak dihapus atas nas mana?” kata Nabieh Rahmat.
“Inilah kalau orang bercakap xpakai akal dengan baik dan pikir ikut logik akal diri sendiri, inilah padahnya,” ujar Muhamad Husaini Husin.
Kredit :
from :) http://ift.tt/2kfiE9w
via Mudahnya Memasak Di Dapur