Ramai ibu bapa mengambil sikap acuh tak acuh dengan sikap yang suka menengking anak bila anak buat salah. Yang lebih teruk lagi sanggup memukul anak tanpa rasa bersalah. Di bawah merupakan 7 bahaya menengking anak berdasarkan satu kajian universiti di Yogyakarta Indonesia.
1. Menengking Boleh Rosakkan Sel Otak Anak
Kerana tengkingan atau meninggi suara atau perkataan yang kasar dapat membunuh lebih dari 1 juta sel otak waktu itu juga. Dan jika ditambah dengan satu pukulan atau cubitan maka akan membunuh lebih dari berjuta-juta sel otak waktu itu juga.
Akan tetapi sebaliknya, dengan 1 pujian, kehangatan pelukan dan kasih sayang maka akan membangun dengan sangat baik kecerdasan seorang anak yang membuat perkembangan otak anak yang sangat cepat.
Hasil penelitian dari seorang yang bernama Lise Gliot, dia berkesimpulan bahawa fasa anak yang masih dalam pertumbuhan, terutama pada masa “golden age” iaitu pada umur 2-3 tahun. Suara yang hanya cenderung untuk marah, maka akan menjadi masalah pada anak.
Lise Gliot menjelaskan bahawa suara yang kuat dan kemarahan yang keluar dari orang tua dapat merosak atau menggugurkan sel otak anak yang sedang tumbuh. Manakala ketika si ibu memberikan belaian lembut sambil menyusui anaknya, maka rangkaian otak terbentuk indah.
Penelitian Lise Gliot ini, dengan melakukan penelitian pada objeknya iaitu anaknya sendiri. Dia berinisiatif memasang kabel perakam otak yang dihubungkan dengan sebuah monitor komputer, dengan begitu akan terlihat setiap perubahan yang terjadi dalam perkembangan otak anaknya.
Dan dia menyatakan bahawa hasilnya sangat luar biasa, ketika dia menyusukan anak maka akan terbentuk rangkaian indah pada sel otak anak.
Namun apabila ada suara yang sedikit keras, maka rangkaian indah sel otak yang menggelembung seperti belon tersebut pecah berkecai, dan kemudian juga terjadi perubahan warna. Dari penelitian yang dilakukan Lise Gilot ini menjelaskan bahawa pengaruh marah dan tengking pada anak akan sangat mempengaruhi perkembangan sel otak anak.
Bahaya, apabila hal tersebut dilakukan secara kerap bahkan tidak terkawal, maka berpotensi besar untuk mengganggu struktur otak anak itu sendiri.
Hati-hati Ketika Ingin Memarahi Anak
Peneliti Lise Gilot memberikan nasihat bahawa kita harus berhati-hati dalam memarahi anak. Dan tidak hanya itu saja, hal itu juga akan mengganggu fungsi organ-organ penting di dalam tubuh seperti hati, jantung dan yang lainnya.
Adapun efek dari kerosakan pada sel-sel otak kerana tengkingan akan lebih besar pengaruhnya pada anak-anak, pada remaja dan orang dewasa juga berpotensi mengalami kerosakan, tetapi tidak sebesar dengan yang dilalui oleh anak-anak.
Tengkingan kepada anak akan mengakibatkan hal yang fatal, efek jangka panjangnya dapat dilihat pada orang-orang yang sering mengalami tengkingan di masa lalunya (masa kecilnya) orang-orang tersebut akan lebih banyak mengelamun, dan juga lambat dalam memahami sesuatu.
Kemudian juga biasanya akan mudah untuk meluapkan rasa marah, panik dan sedih. Mereka biasanya akan seringkali mengalami stress hingga depresi dalam hidup.
Hal ini kerana kesukaran dalam memahami pola-pola masalah yang mereka hadapi. Dan itu semua adalah akibat dari sedikitnya sel-sel otak yang aktif dari yang sepatutnya.
2. Menengking Boleh Lemahkan Jantung Anak
Menurut penjelasan dr Godeliva Maria Silvia Merry, M.Si, doktor yang juga pengajar di UKDW, Yogyakarta, dia menjelaskan bahawa denyut nadi seseorang dapat berubah-ubah bergantung kepada suara yang didengar.
Sehingga, apabila orang tua “hobi” memarahi anak dengan nada tinggi, maka Dr. Silvia menjelaskan bahawa anak jika berterusan terpapar dengan suara bernada kasar dan tinggi mengakibatkan organ jantung anak akan sering berdetak dengan sangat cepat (abnormal), yang menyebabkan jantung menjadi mudah keletihan. Bahaya yang sama juga boleh terjadi pada orang yang sering mendengarkan musik berirama cepat.
3. Anak Akan Mudah Beremosional (Marah, Nangis, Mengamuk)
Ketika sering dimarahi, anak akan meniru hal yang “diterimanya” itu dalam kehidupan sehari-harinya. Dimana anak akan membesar menjadi seseorang yang mudah marah, sukar mengendalikan diri, emosional, dan suka menjerit-jerit. Kerana tindakan kekerasan sama ada verbal maupun non verbal mendatangkan kesan buruk pada psikologi anak.
4. Tahap Kepercayaan Anak Terhadap Ibu Bapa Menurun
Dimana orang tua kerap dijadikan pautan bagi anak pada umumnya, sehingga kebiasaan orang tua akan ditiru oleh anak, termasuk kebiasaan berbicara dengan nada yang kasar dan tinggi. Memarahi anak di depan kawan-kawannya, hal ini tentu menjatuhkan harga diri anak ketika berada bersama kawan-kawan.
Sehingga hal ini dapat mengakibatkan tingkat kepercayaan anak kepada orang tuanya menjadi turun. Hasilnya segala nasihat dari orang tua nantinya hanya dianggap tidak serius oleh anak.
5. Anak Menjadi Tertekan
Memarahi dan menengking anak pada fasa remaja juga merupakan hal yang tidak baik. Remaja berusia 13 tahun yang sering dimarahi oleh orang tuanya memperlihatkan lebih banyak gejala tekanan perasaan dibandingkan dengan teman seumurnya yang tidak mengalami hal kurang baik itu.
Permasalahan seperti ini dikemukakan sebuah kajian baru yang diterbitkan di jurnal Child Development.
Salah satu isu disebutkan, iaitu sebenarnya orang tua “berniat baik” untuk memperbaiki perilaku anak remaja, tetapi dengan cara dimarahi, dihina dan dibentak oleh orang tua, maka hal ini justeru membuat perilaku remaja menjadi bertambah buruk.
6. Kesukaran Menjadi Pendengar Yang Baik
Supaya anak nantinya membesar menjadi peribadi sebagai pendengar yang baik, maka anak perlu membesar di lingkungan yang membuatnya dapat berfikir positif.
Ketika orang tua berbicara dengan nada tinggi atau membentak, justeru dapat mengakibatkan anak terganggu perkembangannya dan mengalami gangguan pendengaran.
Selain masalah pendengaran, juga masalah hati yang “terluka” kerana anak menerima perlakuan buruk, maka anak akan kesukaran untuk membesar menjadi pendengar yang baik.
7. Anak Kurang Keyakinan Kerana Takut Salah
Anak yang sering dibentak dan dimarahi, apalagi dimarahi secara membabi buta, maka boleh berisiko mengalami kesukaran dalam melakukan suatu aktiviti.
Hal itu kerana di dalam jiwa anak tertanam perasaan takut salah kerana sering dimarah. Sehingga anak akan memencilkan diri dan kesukaran untuk melakukan aktiviti.
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2jh4lQU
via IFTTT