- Anak perempuan dipegang seorang lelaki asing
- Si ibu dah rasa lain macam melihat kelakuan lelaki itu
- Tiba-tiba anak pengadu meluru ke arah lelaki itu menyebabkan si ibu menjerit
- Pengadu syak lelaki itu cuba memukau dan menculik anak perempuannya
Pengadu, Deqna Amanda Adams
Seriously nyaris. Ya Allah, tak tahu nak macam mana nak cerita. Yang pasti, jangan biar anak anda dipegang oleh orang lain. Sebagai ibu bapa, kena peka dengan persekitaran anda.
Kami singgah makan di Kampar, tiba-tiba ada seorang lelaki asing memegang Amanda. Dia senyum-senyum pada Amanda dan saya perhatikan saja. Namun, rasa semacam di dalam hati. Perasaan seorang ibu ini lain. Memang saya tak lepas pandang Amanda.
Tiba-tiba Amanda meluru ke arah lelaki itu. Gila kau! Terkejut beruk saya dan terus jerit nama' Amanda!'
Padahal Amanda tak berani nak pergi jauh dari kami. Amanda cepat-cepat tersedar selepas mendengar jeritan saya yang agak kuat itu. Dan lelaki itu terus beredar.
Masa kejadian, anak kembar ada dengan saya dan bapanya sedang makan. Mujurlah saya beri perhatian pada anak-anak. Sekarang ini saya tak ada nak berprasangka baik. Memang saya syak dia nak menculik sebab kawasan ini luas dan tak ramai orang.
Tak dapat saya bayangkan kalau Amanda tak ada yang saya sayang dan anggap dia sebagai nyawa saya. Siapa yang tak sayang anak? Ya Allah Amanda, nyawa mama. Sebab kamulah wujudnya Amanda Shoppe. Mama sayang Amanda sangat-sangat.
Pesanan untuk anda, awasilah anak-anak dengan mata yang 'tajam'. Jangan biar orang yang tidak dikenali memegang anak anda. Tak pasti sama ada dia pukau Amanda atau sebaliknya. Fikir yang buruk dahulu. Allahuakbar.
from :) http://ift.tt/2k94xQ2
via Mudahnya Memasak Di Dapur