Monday, 30 January 2017

AWAS!! Jangan Biarkan Bayi Tertidur Dengan Botol Mengandungi Susu, Lihat Padahnya!




Karies botol susu terjadi apabila bayi atau kanak-kanak dibiarkan tidur ketika sedang menghisap susu atau air manisan daripada botol susu. Cecair yang tidak dibersihkan dalam mulut bayi ini akan menyelaputi gigi dan menyebabkan kerosakkan pada gigi. 

Gigi yang seringkali menjadi mangsa adalah, gigi susu di bahagian atas depan. 

Rata-rata ibu bapa tidak mengendahkan perkara ini dan membiarkan sahaja gigi susu ini rosak. Alasan mereka, gigi susu yang rosak boleh diganti dengan gigi kekal. 

Tidakkah ibu bapa kasihan pada anak-anak menangis kerana sakit gigi dan bengkak pada gusinya? 
Tidakkah ibu bapa kasihan melihat anak-anak tiada gigi untuk makan dan bertutur dengan baik? 

Tidakkah ibu bapa kasihan pada anak yang menangis di waktu tengah malam kerana sakit gigi?

Jadi, apa langkah yang terbaik untuk ibu bapa mengatasi masalah ini?
  1. Jangan biarkan bayi tertidur dengan botol mengandungi susu atau air manisan. 
  2. Bersihkan mulut bayi selepas meminum susu dengan menggunakan kain lembab yang dibalut pada jari manis anda dan digosok pada gigi dan gusi bayi untuk membuang sisa susu. 
  3. Kurangkan penggunaan botol susu secara berperingkat. Galakkan minum menggunakan cawan atau sudu seawal usia enam bulan. 
  4. Bilas mulut bayi anda dengan mengalakkannya meminum air kosong selepas menghabiskan susu. 
  5. Elakkan memasukkan gula ke dalam susu bayi anda.
  6. Ibu bapa digalakkan memberus gigi anak-anak berusia 6 tahun ke bawah.
  7. Bawa anak untuk pemeriksaan gigi di klinik gigi setiap 6 bulan. 

Kasihan tengok budak kecil yang sudah rosak giginya.

Kredit


from :) http://ift.tt/2kIiB36
via Mudahnya Memasak Di Dapur