Dalam perkembangan terkini, mangsa menerima 13 jahitan di belakang kepala yang bermula dari bawah telinga kiri hingga ke leher. Mangsa yang berusia 25 tahun tidak menyangka dia akan dibelasah begitu teruk.
"Saya tidak berdendam walaupun mereka tergamak membelasah saya sedemikian rupa. Biarlah polis melakukan kerja mereka. Saya pun bukan siapa-siapa, hanya pemuda yang mencari rezeki dengan memandu lori," katanya memetik laporan dari Harian Metro.
Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan pihaknya telah menahan seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes tersebut. Malah beliau menafikan seorang VIP terlibat dalam kejadian itu.
Susulan kes itu juga, geng pemandu lori juga dilaporkan mula 'memburu' kereta mewah tersebut.
"Saya tidak berdendam walaupun mereka tergamak membelasah saya sedemikian rupa. Biarlah polis melakukan kerja mereka. Saya pun bukan siapa-siapa, hanya pemuda yang mencari rezeki dengan memandu lori," katanya memetik laporan dari Harian Metro.
Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan pihaknya telah menahan seorang lelaki yang dipercayai terbabit dalam kes tersebut. Malah beliau menafikan seorang VIP terlibat dalam kejadian itu.
Foto - Harian Metro |
Sebanyak 13 screentshot status para pemandu lori di media sosial yang menyatakan mereka nekad memburu kereta berkenaan kerana berang sekumpulan lelaki yang terlibat dalam kes tersebut dengan sewenang-wenangnya membelasah mangsa hanya kerana hal kecil.
Masing-masing mencatitkan nombor kereta tersebut dan diletakkan di dashboard kenderaan sebagai peringatan jika terserempak dengan kereta itu.
Menurut pihak berkenaan, tindakan itu diambil kerana apa yang berlaku pada mangsa adalah tidak wajar dan munasabah. Masalah yang timbul hanya masalah kecil dan tidak perlu melibatkan pertumpahan darah. Selain itu juga, ia sebagai tanda sokongan kepada mangsa. - The Reporter
from :) http://ift.tt/2jXsLwB
via Mudahnya Memasak Di Dapur