Thursday, 26 January 2017

'Kau Yang Bunuh Hanna!' - Bayi 13 Bulan Disyaki Ditekup Sampai Mati Oleh Suami Pengasuh

  • Lewat Disember tahun lalu, terdapat satu laporan mengenai seorang bayi berusia 13 bulan yang didakwa mati kerana jangkitan kuman di paru-paru

    • Kejadian berlaku pada 27 Disember 2016 ketika bayi tersebut, Nur Hanna Nasuha Binti Hafiz atau baby Hanna berada di rumah pengasuh.

      Menurut satu posting di Facebook daripada Aleeza Rosli, seorang rakan kepada ibu mangsa Farah Husna Mohd Noh, baby Hanna terpaksa dihantar ke rumah pengasuh kerana si ibu baru saja mendapat pekerjaan.
       says.com


  • Bagaimanapun, setelah hampir sebulan, terdapat satu pendedahan terbaru yang mengatakan baby Hanna disyaki mati kerana dibunuh oleh suami pengasuh

    • Pendedahan ini dibuat sendiri oleh bapa saudara mangsa, Syedferdaus Syedmohammad menerusi satu status panjang di FB. Dalam status berkenaan, Syedferdaus menceritakan kronologi kes kematian sebenar baby Hanna yang tak pernah dilaporkan sebelum ini.

      Ikuti kronologi pernuh di bawah:
       says.com
    • 27 DISEMBER 2016

      Pengasuh di alamat Kondo Laksamana Puri menghubungi Farah Husna Mohd Noh untuk mengambil anaknya kerana badannya sudah sejuk dan tidak bergerak. Bila ditanya kenapa tidak menghubungi ambulans atau bawa ke klinik berhampiran, pengasuh memberi alasan tiada kenderaan untuk berbuat demikian. 

      Apabila ibu bapa mangsa telah datang, mereka mendapati mangsa sudah tidak bernyawa dan cuba melakukan bantuan pernafasan (CPR), namun gagal sebelum dibawa ke Bahagian Kecemasan Hospital Selayang. 

      Setibanya di hospital, mangsa telah disahkan meninggal dunia dan satu laporan polis telah dibuat berhubung kes tersebut.


      28 DISEMBER 2016

      Hasil laporan awal post mortem yang dijalankan menunjukkan mangsa meninggal akibat pneumonia dan tiada sebarang tanda fizikal untuk dikaitkan dengan dera, sementara menunggu laporan kimia. 

      Untuk makluman, pengasuh dan suaminya tidak hadir semasa bedah siasat dilakukan, mahupun semasa pengebumian mangsa. Juga tiada sebarang rakaman percakapan yang diambil dari pengasuh.


      18 JANUARI 2017

      Seorang bayi lelaki berusia 12 bulan mengalami patah tangan di rumah pengasuh yang sama. Mangsa dibawa ke Hospital Selayang sebelum membuat laporan polis. 

      Menurut sumber, tangan bayi berkenaan dipulas sehingga patah dan terkulai oleh suami pengasuh berkenaan.


      20 JANUARI 2017

      Farah Husna Mohd Noh telah menerima panggilan dari seorang wanita yang mengajaknya berjumpa untuk bercakap mengenai kes kematian anaknya, Hanna. Farah dan suaminya telah pergi berjumpa dengan wanita berkenaan di sebuah restoran di Gombak. 

      Menurut wanita itu, mangsa bukan meninggal semasa dalam tidur tetapi sebenarnya akibat perbuatan suami pengasuh (warganegara Bangladesh) yang telah menekup muka mangsa menggunakan tapak tangan sehingga lemas. Wanita yang mendakwa dirinya mengenali pengasuh berkenaan berkata, suspek bertindak demikian kerana berang mangsa sering menangis. 

      Wanita itu juga mengatakan bahawa adiknya sendiri yang memberitahu kepadanya mengenai kejadian itu. Malah, dia juga seringkali mendengar perbualan pasangan itu semasa bergaduh di mana pengasuh berkenaan berkata, "Kau yang bunuh Hanna!" terhadap suaminya. 

      Bagaimanapun, wanita itu meminta agar dirinya tidak dikaitkan dengan kes tersebut atas dasar hubungan keluarga.
       says.com
    • 21 JANUARI 2017

      Ibu bapa arwah Hanna membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak berhubung maklumat terbaru dari wanita yang mengenali pengasuh berkenaan.

      22 JANUARI 2017

      Pengasuh berkenaan ditangkap oleh sepasukan polis berhubung kes bayi patah tangan. Bagaimanapun, suami pengasuh telah memberikan alasan berada di Johor kerana mengikut lori milik abang iparnya untuk membuat penghantaran. Namun, suspek telah menghilangkan diri semasa menurunkan barang di Segamat.

      24 JANUARI 2017

      Saksi memaklumkan kepada bapa Hanna bahawa suspek sebenarnya tidak pergi ke Johor. Lalu bapa Hanna meminta untuk bertemu dengan abang ipar suspek yang kononnya membawa suspek ke Johor, bagi mendapatkan lokasi terakhir suspek menghilangkan diri. 

      Bagaimanapun, pihak polis mengesahkan bahawa suspek telah datang menyerah diri di IPD Gombak, lewat petang semalam.
       says.com
  • Sebelum ini, kematian baby Hanna diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut

    • Kini, Syedferdaus meminta agar suspek disiasat di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan demi menegakkan keadilan terhadap kes pembunuhan baby Hanna.

      Posting daripada Syedferdaus yang dimuat naiknya dua hari lalu telah mendapat lebih 1,000 shares ketika artikel ini ditulis. Ruangan komen turut dibanjiri dengan simpati dan belas kasihan dari orang ramai.
       says.com
  • Semoga keadilan berpihak kepada keluarga arwah baby Hanna dan semoga suspek menerima balasan setimpal ke atas apa yang telah dia lakukan



from :) http://ift.tt/2kyIjGz
via Mudahnya Memasak Di Dapur