Sunday, 15 January 2017

'Selagi saya hidup, saya akan buat yang terbaik untuk anak dan keluarga'


KUALA LUMPUR - "Selagi saya hidup, saya akan buat yang terbaik untuk anak dan keluarga," demikian kata Muhammad Firdaus Khairi, 29, yang viral di media sosial selepas gambarnya dimuat naik oleh Neena Anuar minggu lalu. 

"Jangan anggap orang yang cacat penglihatan, pergerakan dan aktiviti semuanya terbatas," kata Muhammad Firdaus kepada Harian Metro.

Menurutnya, orang yang cacat penglihatan sepenuhnya seperti dia bukan hanya bergantung kepada penglihatan semata-mata, kerana turut menggunakan deria lain termasuk pendengaran, rasa dan naluri yang dikurniakan Allah SWT. 

Muhammad Razin Hamizan, 8 bulan | Foto - Noor Hidayah Ibrahim
Mengulas mengenai gambar dia dan anak kecilnya, Muhammad Razin Hamizan, 8 bulan, viral di media sosial, Muhammad Firdaus berkata, mereka dalam perjalanan pulang ke rumah di Sentul Timur selepas menjemput anak lelakinya pulang dari pusat penjagaan berdekatan kediamannya. 

"Itu adalah rutin harian saya di mana sebelum ke tempat kerja di Titiwangsa, saya akan berjalan ke stesen LRT untuk menaiki LRT bagi menghantar anak ke pusat penjagaan selewat-lewatnya sebelum jam 8 pagi. 

"Selepas selesai kerja pada 5.30 petang, saya akan menjemput isteri di tempat kerjanya di Taman Pelangi, Sentul sebelum bersama-sama menjemput anak di pusat penjagaan tersebut," katanya. 
Video dari Harian Metro

Isterinya Noor Hidayah Ibrahim, 29, yang juga cacat penglihatan kategori rabun teruk, akan membahagikan tugas menjaga anak kerana dia juga bekerja. 

"Selalunya isteri akan mengambil tugas menjaga anak pada waktu malam, manakala saya pula akan mengambil serta menjemput anak selepas selesai waktu bekerja. Kadang-kadang isteri juga bekerja pada hari Sabtu dan saya akan menjaga anak sehingga isteri pulang bekerja.

"Misalnya penjagaan membabitkan penukaran lampin pakai buang, saya akan pastikan sama ada dia kering atau basah. Kalau basah, lampin itu biasanya akan mengembang. Dari aspek pemakaian lampin pula, saya akan pastikan ia berada pada kedudukan betul-betul di bawah punggung anak," katanya. 

Gambar Muhammad Firdaus bersama anak dan isterinya bertemu dengan Neena dan suaminya selepas gambar viral di media sosial | Foto Neena Anuar
Muhammad Firdaus tidak menyangka bahawa gambarnya itu akan menjadi viral di media sosial dan hanya mengetahui perkara itu selepas dimaklumkan oleh isterinya.



from :) http://ift.tt/2jneZ8N
via Mudahnya Memasak Di Dapur