Monday, 2 January 2017

“Saya Dikecam Teruk Macam Bunuh Orang,” – Luahan Gadis Panjat Singboard Ipoh

“Saya Dikecam Teruk Macam Bunuh Orang,” – Luahan Gadis Panjat Singboard Ipoh

ipoh

Salah seorang gadis yang memanjat papan tanda Ipoh telah tampil meluahkan rasa kecewanya.

Ini selepas dia dan rakan-rakan menerima kecaman teruk seolah-olah dia melakukan kesalahan seperti membunuh orang.

Gadis berumur 23 tahun itu tidak mahu memberi komen panjang kerana ‘penat’ dikecam netizen.

Ini komennya:

“Saya tak nak beri keterangan langsung kat media. Saya penat kena kecam macam saya bunuh orang. Maaf,”

Tindakan gadis tersebut bersama sekumpulan rakannya yang rata-rata terdiri daripada gadis, memanjat papan tanda Ipoh disifatkan cukup membahayakan kerana perkataan itu dipasang pada bukit batu kapur setinggi 61 meter.

Malahan, struktur perkataan Ipoh tersebut terdiri daripada binaan setinggi enam meter dan berada pada ketinggian 67 meter itu boleh mengundang bahaya kerana didaki tanpa sebarang penggunaan tali keselamatan.

Sementara itu, 8 remaja telah menyerah diri kepada pihak polis kerana memanjat signboard Ipoh dan kini sedang disiasat. -PENMERAHDOTCOM

The post “Saya Dikecam Teruk Macam Bunuh Orang,” – Luahan Gadis Panjat Singboard Ipoh appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2hJFbJk
via IFTTT