Wednesday, 4 January 2017

Ringgit Malaysia Menjunam Ke Paras Terendah Iaitu RM4.5002 Berbanding US Dolar Sejak Krisis Kewangan Asia 1998.


SHAH ALAM - Mata wang ringgit menjunam ke paras terendah  iaitu RM4.5002 berbanding dolar Amerika Syarikat sejak krisis kewangan Asia 1998.

Menurut data dari Bloomberg, ringgit yang terus berdepan dengan tekanan melepasi paras psikologi RM4.50 pada jam 11.20 pagi, semalam.

Pergerakan ringgit terus menjunam untuk 40 minit seterusnya, mencecah paras RM4.5002 sedolar pada jam 12.22 tengah hari.

Kadar pertukaran dikeluarkan Bank Negara menunjukkan harga jualan AS$1 adalah RM4.5010 pada tengah hari.

Ringgit mencecah titik terendah pada nilai RM4.88 berbanding AS$1 pada Januari 1998.

Perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad kemudiannya memutuskan ringgit ditambat pada kadar RM3.80 berbanding dolar.

Malaysia menarik semula tambatan ringgit pada 2006, yang menyaksikan nilai mata wang negara meningkat berbanding dolar .

Pada kemuncaknya, ringgit mencapai purata bulanan RM2.987 berbanding dolar pada Ogos 2012.

Bagaimanapun, prestasi ringgit semakin lesu menjelang 2013 dan pada Julai 2015, ia terus menjunam melepasi peringkat kadar tambatannya pada RM3.80.

Sumber: Sinar Harian


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2icHHWn
via IFTTT