Ramai yang ambil remeh dengan pengambilan sarapan pagi. Sarapan pagi membantu mengawal selera makan dan kurangkan pengambilan kalori.
Sarapan pagi yang sihat, sekaligus mampu menurunkan berat badan. Anda tiada lagi masalah kegemukan.
Menurut sains atau kajian yang dilakukan oleh pakar, 6 jenis sarapan ini adalah yang paling terbaik untuk kuruskan badan!
1. Telur
Telur kaya dengan sumber protein dan asid amino terbaik, 94% protein bersih berbanding kira-kira 70% bagi daging dan ayam. Kandungan protein tinggi buatkan anda rasa kenyang lebih lama.
2. Sosej Ayam
Daging tanpa lemak, digandingkan bersama telur, akan menambah kandungan protein dan zat besi. Sosej ayam bukan sahaja rendah kalori dan lemak, malah tinggi kandungan protein.
3. Kekacang
Kacang badam, pecan dan walnut sumber lemak politaktepu sihat. Tapi ingat, kekacang juga padat dengan kalori, jangan makan lebih dari segenggam.
4. Buah-buahan
Buah-buahan juga mengandungi kalori, tetapi kaya dengan fiber dan zat. Elak buah-buahan beku atau dalam tin kerana mempunyai bahan tambahan lain.
5. Greek Yogurt Tanpa Lemak
Sumber yang baik untuk vitamin-vitamin B, kalsium, protein, potasium dan zink.
6. Kopi Tanpa Gula
Secawan kopi 16 auns mengandungi sebanyak 300mg kafein. Kafein membantu mekanisme badan manusia untuk membakar kalori. Tapi, pastikan ianya kopi hitam tanpa krim dan gula. - Sehinggit Media
from Sehinggit Media News http://ift.tt/2i2bR0L
via IFTTT