Wednesday, 21 December 2016

WAJIB TAHU!! 8 Tanda-tanda Seseorang Itu Mengidap Penyakit Jantung. Jangan Diabaikan Info Ini, Sebarkan Untuk Kebaikan Bersama..


8 Tanda-tanda Seseorang Itu Mengidap Penyakit Jantung. WAJIB BACA!!

1. Anda Kerap Sakit Dada

Sakit dada merupakan simptom yang paling kerap berlaku kepada pesakit. Pesakit akan mengadu sakit di bahagian dada sama ada ditengah atau di sebelah kiri. Ia berlaku disebabkan sel2 jantung tidak mendapat oksigen yang mencukupi kerana kurangnya aliran darah ke otot2 jantung.

Selalunya jika sakit tersebut tidak serius, ia cuma mengambil masa yg singkat untuk lega. Sama ada 5 minit hingga 10 minit. Tetapi sekiranya sakit tersebut serius ia boleh mengambil masa lebih dari 20 minit. Sakit dada juga boleh berlaku semasa melakukan aktiviti mahupun berehat. Sekiranya sakit tersebut berlaku semasa melakukan kerja-kerja berat, penyakit tersebut tidak seteruk apabila pesakit mengadu ketika rehat.

2. Selalu Sukar Bernafas

Kesukaran ini biasa terjadi ketika tidur atau hanya sekadar berbaring malah pesakit akan sering mengalami sesak nafas terutama apabila melakukan aktiviti. Penyakit jantung boleh menjadi semakin serius sekiranya anda mudah mengalami sesak nafas walaupun melakukan kerja-kerja ringan seperti menaiki tangga atau pergi tandas.Untuk mengatasi hal tersebut, ambil nafas dalam-dalam dan hembus nafas perlahan-lahan.

3. Kurang Selera Makan

Ia disebabkan oleh pengumpulan cairan di dalam hati atau sistem pencernaan yang menyebabkan sesiapa yang mempunyai masalah sakit jantung ini kurang selera makan.

4. Sering Rasa Lelah Penat

Rasa lesu dan lelah tanpa sebab ini berlaku kerana tubuh tidak mendapat oksigen yang mencukupi.

5. Kerap Buang Air Kecil

Kekerapan membuang air kecil juga adalah salah satu tanda sakit jantung. Hal ini kerana disebabkan cairan yang terkumpul pada ginjal melalui aliran darah pada siang hari. Untuk menghindari hal ini, anda digalakkan mengawal pengambilan air pada waktu malam hari.

6. Bengkak Kaki 

Bengkak kaki sering berlaku kepada pesakit yang mengalami kegagalan jantung berfungsi. Kaki akan menjadi bengkak dan berat dan jika anda tekan pada bahagian buku lali, anda dapat lihat bentuk jari anda hasil tekanan tersebut.

7.Mudah berpeluh

Tanda ini sering berlaku pada waktu malam ketika tidur sehinggakan terpaksa menukar pakaian berkali-kali. Malah ia juga boleh berlaku tidak kira waktu.

8.Sering berdebar-debar

Sering berdebar bukan perkara yang biasa berlaku kepada semua pesakit jantung. Sesetengah pesakit mempunyai masalah berdebar dan setengah pesakit tidak mengalaminya. Mungkin ada pesakit yang mengadu sakit ketika berjalan dan penyakit jantung juga boleh menyebabkan pesakit pengsan disebabkan oksigen tidak dapat sampai ke otak.

Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan, jangan lupa untuk share.


from Sehinggit Media News http://ift.tt/2hTl1uK
via IFTTT