Monday, 31 August 2020

Polis Kesan Pemandu Langgar Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Kuala Lumpur - karak


BENTONG: Polis sedang mengesan pemilik sebuah kereta yang melanggar seorang penunggang motosikal di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak di sini hari ini.

Ketua Polis daerah, Superintendan Yusof Unis berkata, bagaimanapun belum ada laporan polis dibuat mana-mana individu tentang kejadian itu.

“Kita sudah dapat (maklumat) dan tunggu kenyataan rasmi nanti,” katanya di sini hari ini.


Hari ini tular rakaman video sebuah kereta jenis Toyota yang memotong di laluan kecemasan sebelum melanggar sebuah motosikal.

Tindakan pemandu kereta itu yang terus memecut meninggalkan mangsa yang terjatuh di atas jalan menimbulkan kemarahan netizen mengenai sikap tidak bertanggungjawab individu berkenaan.

Sumber: UTUSAN ONLINE 


from Sehinggit Media https://ift.tt/34Kx209
via Merah Hati Cintaku

A Virtual Tour of Malawi, the ‘Warm Heart of Africa’


By BY MARCUS WESTBERG from NYT Travel https://ift.tt/2ESGQKM

Sunday, 30 August 2020

"Iklan Petronas Tidak Pernah Menghampakan Kita" - Iklan Merdeka Petronas 2020


Seperti semua tahu, Petroliam Nasional Berhad atau lebih mesra digelar PETRONAS sentiasa hadir dengan pelbagai iklan-iklan menarik. Tak kiralah iklan merdeka ke iklan raya ke iklan puasa ke semuanya datang dengan idea ‘luar kotak’ dan menarik.

Kali ini, sempena bulan kemerdekaan dan Hari Malaysia 16 September nanti, PETRONAS datang lagi dengan sebuah iklan yang berkonsepkan animasi sekumpulan pemadam bendera negeri-negeri di Malaysia.

Pemadam-pemadam ini bertutur dalam loghat negri masing-masing mengikut bendera negeri di badan mereka. Cerita bermula apabila mereka bekerjasama untuk membantu rakan mereka daripada jadi mangsa seekor kucing.

Tapi tak seronoklah kalau cerita semua kan? Korang boleh tengok video penuh di bawah. Kami mengucapkan selamat menyambut Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia untuk seluruh Malaysia. Semoga perpaduan dalam negara ini terus mekar dan sentiasa dirahmati Allah.


Komen-komen menarik dari netizen






from Sehinggit Media https://ift.tt/31HwLch
via Merah Hati Cintaku

Ramai Tak Perasan Nabil Selalu Guna Tandas OKU, Rupanya Inilah Sebabnya..


Mungkin ramai tidak tahu nasib malang yang menimpa pelakon dan pelawak Nabil Ahmad sewaktu bekerja sebagai seorang Mat Dispatch suatu ketika dahulu.

Mengimbas kembali kenangan pahit, Nabil berkata kemalangan itu berlaku ketika dia berumur 19 tahun.

Kisah Nabil itu dikongsi secara eksklusif menerusi program Rumah No 107 yang bakal bersiaran pada Jumaat ini.

Kata Nabil disebabkan kemalangan itu juga dia terpaksa berpaut kepada sesuatu benda untuk kembali berdiri sekiranya duduk dalam jangka masa yang lama.

“Saya bermula dengan kerja di warung pada umur 15 tahun. Saya bersekolah tetapi pada masa itu saya tanggung diri saya sendiri. Yuran sekolah pun saya bayar.


“Kemudian dalam umur 16 ke 17 tahun saya bekerja di sebuah kedai nasi lemak. Selepas itu baru saya jadi dispatch.

“Pada umur 19 tahun saya baring selama setahun kerana mengalami kemalangan. Peha patah jadi saya sebenarnya cacat.

“Orang selalu pelik bila tengok saya masuk tandas OKU sebab mereka lihat saya di kaca televisyen nampak sempurna.

“Tapi sebenarnya orang tak tahu saya selepas membuang tak boleh bangun terus secara mendadak sehinggalah ke hari ini.

“Saya selepas duduk dalam tandas untuk waktu yang lama saya tak boleh terus bangun sebaliknya kena berpaut.

“Badan saya ada besi, bermula dari tulang pinggul saya sehingga bahagian tulang peha. Gigi depan saya juga palsu sebab gusi patah, itulah kemalangan yang berlaku sewaktu saya bekerja jadi mat dispatch,” kongsinya

Sumber: Gempak.com


from Sehinggit Media https://ift.tt/2ERKmVm
via Merah Hati Cintaku

"Saya Sebenarnya Cacat.." - Pendedahan Eksklusif Nabil Ahmad, Akui Selalu Masuk Tandas OKU


Mungkin ramai tidak tahu nasib malang yang menimpa pelakon dan pelawak Nabil Ahmad sewaktu bekerja sebagai seorang Mat Dispatch suatu ketika dahulu.

Mengimbas kembali kenangan pahit, Nabil berkata kemalangan itu berlaku ketika dia berumur 19 tahun.

Kisah Nabil itu dikongsi secara eksklusif menerusi program Rumah No 107 yang bakal bersiaran pada Jumaat ini.

Kata Nabil disebabkan kemalangan itu juga dia terpaksa berpaut kepada sesuatu benda untuk kembali berdiri sekiranya duduk dalam jangka masa yang lama.

“Saya bermula dengan kerja di warung pada umur 15 tahun. Saya bersekolah tetapi pada masa itu saya tanggung diri saya sendiri. Yuran sekolah pun saya bayar.


“Kemudian dalam umur 16 ke 17 tahun saya bekerja di sebuah kedai nasi lemak. Selepas itu baru saya jadi dispatch.

“Pada umur 19 tahun saya baring selama setahun kerana mengalami kemalangan. Peha patah jadi saya sebenarnya cacat.

“Orang selalu pelik bila tengok saya masuk tandas OKU sebab mereka lihat saya di kaca televisyen nampak sempurna.

“Tapi sebenarnya orang tak tahu saya selepas membuang tak boleh bangun terus secara mendadak sehinggalah ke hari ini.

“Saya selepas duduk dalam tandas untuk waktu yang lama saya tak boleh terus bangun sebaliknya kena berpaut.

“Badan saya ada besi, bermula dari tulang pinggul saya sehingga bahagian tulang peha. Gigi depan saya juga palsu sebab gusi patah, itulah kemalangan yang berlaku sewaktu saya bekerja jadi mat dispatch,” kongsinya

Sumber: Gempak.com


from Sehinggit Media https://ift.tt/2ED7JT2
via Merah Hati Cintaku

Ali Puteh Dedah Hidayah Tuntut Rumah & Tanah RM300,000, Toyota Vellfire


Beberapa hari lalu kontroversi melibatkan pelawak Ali Puteh dan kakak iparnya, Nor Hidayah kembali menjadi sebutan ramai apabila timbul isu saman-menyaman melibatkan kedua pihak pula.

Ramai yang menyelar Ali kerana bertindak menyaman balu arwah abangnya, namun pelawak itu menjelaskan saman yang dikemukan olehnya itu tidak melibatkan harta tetapi untuk membersihkan nama dan imej keluarganya.

Jelasnya lagi, bukan dia yang menyaman kakak iparnya tetapi dia membuat saman balas selepas disaman oleh Nor Hidayah. Ali mendedahkan dia disaman dengan jumlah RM900,000 selepas 15 hari Arwah Abam meninggal dunia.

“Saya tak hebahkan pada media bahawa saya disaman 15 hari atau hari kami mengadakan majlis tahlil anjuran pihak Astro sebab saya masih menghormati abang saya baru meninggal dunia. Saya bukan takut cuma dalam keadaan kehilangan dan keluarga masih bersedih.

“Tidak lama selepas saman saya, dia (Hidayah) dan ibunya menyaman pula ibu saya. Ibu saya yang berkerusi roda itu pun disamannya.

“Macam mana hubungan seorang menantu dengan mak mertua. Yang mak mertua yang baru kehilangan anak,” katanya.


Dalam pada itu, Ali memaklumkan Hidayah turut menuntut harta-harta lain termasuk rumah dan tanah bernilai RM300,000, kereta jenis Toyota Velfire, jam tangan, sebuah motorsikal dan wang tunai di dalam akaun bank.

“Kau tuduh aku guna Vellfire, padahal kereta itu dah kena tarik bulan lepas. Siapa nak bayar? Orang di luar sana pun sibuk sangat nak tahu berapa banyak harta arwah.

“Okey ini saya dedahkan semua, balu tuntut rumah dan tanah bernilai RM300,000; sebuah Toyota Velfire bernilai RM300,000, padahal Velfire lama itu harga RM180,000.

“Motorsikal LC berharga RM10,000, padahal harga motor arwah beli RM5,300 sahaja. Siapa pakai motor dia tahulah.

“Okey ini yang paling orang ramai nak tahu sampai tuduh saya makan harta anak yatim; duit di dalam akaun arwah. Arwah ada dua akaun bank dan setelah dicampur kedua-dua akaun jumlahnya RM84,000.

“Sebelum ini orang sibuk kata duit arwah berjuta-juta dan saya makan duit arwah. Kalau ada bukti saya makan harta anak yatim, buktikan…” jelasnya.

Ali berkata dia bersyukur apabila mendapat surat jawapan saman daripada pihak Hidayah sehingga melakukan sujud syukur kerana sebelum ini balu mengatakan keluar sehelai sepinggang tetapi akhirnya mengaku sudah keluarkan RM10,000 dari akaun bank arwah.

“Kalau betul ambil, mengaku sahaja. Jangan cakap keluar sehelai sepinggang. Tak baik menipu, yang kena maki saya.

“Kemudian dia mengakui mengambil empat utas jam tangan arwah. Dalam surat sama terdahulu, dia kata saya fitnah dia ambil jam tangan arwah,” ujarnya.

Sumber: Rotikaya.com


from Sehinggit Media https://ift.tt/2GbOXTe
via Merah Hati Cintaku

Akibat Tak Matikan Enjin Ketika Isi Minyak, Seorang Lelaki Melecur Di Sambar Api


KUALA LUMPUR – Padah mengisi minyak ketika enjin dihidupkan, seorang lelaki melecur pada tangan dan kaki selepas di sambar api dalam satu kejadian di sebuah stesen minyak di Seri Kembangan semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, kereta milik mangsa, Gan Shuh Long, 31, turut terbakar pada beberapa bahagian.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 8.11 malam.

Katanya, sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Serdang bergegas ke lokasi kejadian.


“Setibanya di lokasi kejadian, anggota mendapati sebuah kereta jenis Audi telah terbakar berhampiran sebuah pam petrol di stesen minyak berkenaan.

“Kebakaran melibatkan 10 peratus pada pintu sebelah kanan belakang kereta terbabit serta 30 peratus pada permukaan pam minyak,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Hafisham, terdapat seorang mangsa iaitu pemandu kereta telah melecur pada bahagian tangan dan kaki.

Bagaimanapun katanya, mangsa telah di hantar ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut.

Mengulas lanjut, beliau berkata, siasatan awal pihaknya mendapati kejadian itu berlaku akibat kecuaian mangsa yang tidak mematikan enjin kereta ketika mengisi minyak di pam petrol.

Sumber: Kosmo Online


from Sehinggit Media https://ift.tt/3hH6K2h
via Merah Hati Cintaku

Saturday, 29 August 2020

Selamba Maki Anakanda Agong Di Twitter, Netizen Minta Gadis Siap2 ‘Kemas Baju’


Mengeluarkan tutur kata yang tidak sopan sememangnya satu tindakan yang kurang baik lebih-lebih lagi di media sosial. Hal ini dapat menggambarkan kehidupan harian kita yang sudah biasa melemparkan kata-kata kesat di khalayak ramai.

Selain daripada itu, menuduh orang lain tanpa sebarang bukti sahih juga merupakan perkara yang salah. Hal tersebut bukan sahaja boleh menjadi satu fitnah, malahan memberi persepsi buruk kepada mereka yang dituduh.


Tak benar!

Menerusi Twitter milik  Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, baginda telah menegur dan menegaskan bahawa tohmahan mengenai dakwaan tidak memakai pelitup mulut adalah tidak benar.



Dah main tuduh, lepastu guna perkataan tak baik





Namun begitu, tindakannya yang menggunakan kata-kata tidak sopan dalam memaklumkan apa yang dilihat itu telah mendapat kecaman warganet kerana terlihat biadap.

Warganet memaklumkan bahawa gadis tersebut tidak sepatutnya mengeluarkan perkataan sebegitu dan memintanya supaya bersedia untuk dipanggil pihak berkuasa.

Walau bagaimanapun, akaun Twitter gadis tersebut sudah diletakkan ke private mood dan tweet tersebut sudah di padam.

Dalam pada itu, warganet juga mengatakan gadis tidak tidak sepatutnya sesuka hati memanggil orang lain dengan panggilan tidak sopan andai pun individu tersebut bukan kerabat diraja.

Sumber: Twitter via https://ohmymedia.cc


from Sehinggit Media https://ift.tt/2YLXFxI
via Merah Hati Cintaku

Tanda-Tanda Awal Penyakit Kanser Kolon Yang Perlu Anda Tahu


Semalam, peminat-peminat filem adiwira Marvel telah dikejutkan dengan pemergian salah seorang pelakon filem yang membintangi watak ‘Black Panther’ iaitu Chadwick Boseman.

Walaupun beliau tampak sihat ketika melakonkan filem yang telah pecah panggung itu, namun sedar tak sedar beliau sebenarnya sedang bertarung nyawa dengan sakit yang dihidapinya iaitu kanser usus selama 4 tahun.

Menurut myhealth Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), antara gejala kanser kolon (usus) dan rektum adalah seperti berikut:


- Abdomen tidak selesa, termasuk kerap kembung, sebu dan kejang.
- Turun berat badan tanpa sebab
- Kerap penat atau letih lesu
- Perubahan habitat pembuangan najis.
- Cirit birit, sembelit atau perasaan usus tidak dapat dikosongkan sepenuhnya.
- Najis berwarna merah atau terlalu gelap dalam najis.
- Najis kelihatan bersaiz kecil atau leper dari biasa.

Sekiranya mempunyai gejala yang disenaraikan oleh myhealth KKM ini, pastikan anda berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan pengesahan lanjut.

Menurut Public Health Malaysia, di Malaysia, kanser usus merupakan kanser utama dikalangan lelaki dan yang kedua dalam kalangan wanita (selepas kanser payudara).



from Sehinggit Media https://ift.tt/3hGxZKH
via Merah Hati Cintaku

Pelakon Black Panther, Chadwick Boseman Meninggal Dunia


Empat tahun berjuang melawan kanser usus, bintang filem Black Panther, Chadwick Boseman akhirnya tewas apabila menghembuskan nafas terakhir, Jumaat lalu.

Menerusi laporan AFP, bintang filem berusia 43 tahun itu meninggal dunia di kediamannya di Los Angeles di sisi isteri dan ahli keluarganya. Berita pemergian Boseman diumumkan keluarga melalui akaun Facebook aktor berkenaan.

"Dengan hati yang berat, kami ingin mengesahkan pemergian Chadwick Boseman. Beliau disahkan menghidap kanser usus tahap tiga pada 2016," tulis keluarganya.

Dalam ucapan berkenaan, keluarga Boseman mendedahkan beberapa filem lakonan mendiang yang berjaya memikat penonton termasuklah Marshall, Da 5 Bloods dan Ma Rainy Black Bottom yang menjalani penggambaran ketika mendiang sedang mendapatkan rawatan kimoterapi dan beberapa siri pembedahan.

Namun, Boseman tidak pernah mendedahkan penyakit yang dideritai kepada pengetahuan umum.

Dilahirkan di South Carolina, bekas graduan Unversiti Howard itu memulakan kerjaya lakonan pada 2002 dengan membawakan watak kecil dalam sebuah drama televisyen.

Namun, namanya mula menyinar selepas membawakan watak pemain baseball terkenal, Jackie Robinson menerusi filem 42 pada 2013. Namun, apa yang lebih menyedihkan, Boseman pergi pada tarikh hari memperingati bintang baseball itu.


Kemunculan menerusi filem blockbuster terbitan Marvel bermula Captain America: Civil War yang mana Boseman diberikan kepercayaan membawakan watak Kapten T'Challa sebelum muncul filem Black Panther, dua tahun kemudian. Laungan Wakanda Forever daripada filem popular digunakan di seluruh dunia.

Pemergian Boseman bukan sahaja diratapi keluarga, malahan peminat dan rakan selebriti terkejut dengan berita pemergiannya.

Bintang Captain America, Chris Evan dalam entri yang dimuat naik menerusi akaun Instagram (IG) mengakui terkejut dengan berita kematian sahabatnya itu.

"Berita yang cukup meremuk hati. Boseman, seorang yang istimewa. Seorang bintang filem asli. Beliau sangat komited dan memiliki sikap ingin tahu. Tidak ramai pelakon yang memiliki kuasa dan berkebolehan sepertinya.

"Memiliki deretan karya hebat dan banyak lagi yang belum dilaksanakan. Saya beruntung dengan persahabatan kami. Doa dan ingatan saya untuk keluarganya. Berehatlah dengan hebat, King," tulis Chris Evan.

Sepanjang pembabitannya dalam bidang seni, Boseman pernah meraih beberapa anugerah antaranya Persembahan Terbaik dalam Filem dan Hero Terbaik menerusi MTV Movie & TV Awards pada 2018 melalui filem Black Panther.

Beliau juga pernah memenangi Persembahan Paling Menyerlah menerusi Screen Actors Guild Awards dan NAACP Image Awards pada 2019.

Boseman muncul adiwira kulit hitam pertama dalam filem francais Marvel, Black Panther 2018.

Filem yang berlatar belakang kerajaan fiksyen Wakanda, Afrika menjadi filem komik pertama dicalonkan untuk gambar terbaik dalam Anugerah Oscar dan meraih lebih AS$1 bilion (RM4.17 bilion) di seluruh dunia.

Beliau muncul dalam drama perang, Da 5 Bloods, baru-baru ini dan bakal muncul dalam sekuel Black Panther dijadualkan pada 2022.

Boseman meninggalkan isteri, Taylor Simone yang juga seorang penyanyi. Mereka dikatakan baru sahaja mendirikan rumah tangga sebelum meninggal dunia. - AFP


from Sehinggit Media https://ift.tt/3b6DXlx
via Merah Hati Cintaku

UAE Mansuh Undang-undang Boikot Israel


DUBAI: Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengumumkan pada Sabtu bahawa negara itu memansuhkan undang-undang pemboikotan Israel selepas kedua-duanya membuat perjanjian dengan Amerika Syarikat (AS) untuk menjernihkan hubungan.

Presiden UAE, Sheikh Khalifa bin Zayed Al-Nahyan mengeluarkan perintah rasmi persekutuan memansuhkan Undang-Undang Persekutuan No.15 1972 mengenai pemboikotan Israel dan penalti, demikian laporan agensi berita WAM.

"Ia membenarkan untuk memasuki, menukar atau memiliki semua jenis barang dan produk Israel di UAE dan memperdagangkannya," katanya.

UAE menjadi satu-satunya negara Teluk dan negara Arab ketiga yang menjalinkan hubungan diplomatik penuh dengan Israel.

Langkah itu dikutuk rakyat Palestin yang menggambarkannya sebagai pengkhianatan.


Kini, syarikat dan individu di UAE boleh membuat perjanjian dengan firma atau individu yang menetap di Israel, lapor WAM.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengalu-alukan keputusan berkenaan dalam satu kenyataan pada Sabtu.

"Ini adalah langkah penting untuk memajukan kesejahteraan dan keamanan di rantau ini," katanya.

Langkah UAE disusuli ketibaan delegasi Israel-Amerika ke Abu Dhabi dalam penerbangan komersial pertama dari Israel pada Isnin.

Delegasi itu diketuai pembantu atasan dan menantu Presiden AS, Donald Trump iaitu Jared Kushner serta penasihat keselamatan Israel, Meir Ben Shabbat bertujuan mencari jalan untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang termasuk penerbangan, pelancongan, perdagangan, kesihatan, tenaga mahupun keselamatan, menurut pejabat Netanyahu. - AFP


from Sehinggit Media https://ift.tt/3juDAUW
via Merah Hati Cintaku

Enjoy That Last Gasp of Summer


By Unknown Author from NYT Travel https://ift.tt/2QB4IVS

Friday, 28 August 2020

How Summer Festivals Persevered in the Pandemic


By BY AIMEE ORTIZ AND ELIJAH WALKER from NYT Travel https://ift.tt/2QygQH0

Huis Ten Bosch Japan Guide

Welcome gate at Huis Ten Bosch

Huis Ten Bosch is a popular Dutch Town theme park in Nagasaki, take a leisurely stroll along blooming flowers and charming windmills, relish dazzling lights and fountains on the canal cruise, and take in the bay view from the top of Domtoren tower. We spent a day at Huis Ten Bosch amusement park in Sasebo ...

READ: Huis Ten Bosch Japan Guide

Remember the ‘Travel Bubble’? Here’s How It Burst


By BY JULIE WEED from NYT Travel https://ift.tt/32AaM6m

Thursday, 27 August 2020

Mukhriz Sahkan Polis Tahan Anak Perempuan Dan Menantunya Kerana Langgar PKPP


TANJUNG MALIM, 27 Ogos (Bernama) — Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, hari ini mengesahkan anak perempuannya serta menantu merupakan antara 29  pengunjung sebuah pub dekat ibu negara, yang ditahan polis pagi Ahad lepas.

Mukhriz berkata, anak perempuannya itu bersama suami ditahan, kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan telah pun dikenakan kompaun RM1,000 setiap seorang.

“Benar, anak dan menantu saya, dibawa ke balai pada awal pagi bersama 27 yang lain, atas kesalahan langgar arahan PKPP,” katanya kepada pemberita selepas program Sepetang Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad, di Felda Besout 3 dekat sini.

Semalam Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, dalam serbuan kira-kira 1.20 pagi pada Ahad, pihaknya menahan 29 individu termasuk anak perempuan seorang VIP di sebuah pub, kerana berada di premis tersebut melebihi had masa dibenarkan di bawah PKPP.


Ahli Parlimen Jerlun itu memuji pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana menguatkuasakan undang-undang secara adil serta saksama, berikutan tiada sebarang pengurangan kompaun ditawarkan kepada anak dan menantunya.

“Memang patut kena kompaun. Ikut undang-undang kena bayar tak bagi diskaun dan PDRM kuat kuasakan undang-undang tanpa pilih kasih, itu paling penting,” katanya sambil mengakui kecewa kerana telah memberi nasihat kepada ahli keluarga agar mematuhi PKPP.

Ditanya jika kes tersebut memberi kesan dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, Mukhriz yang juga antara pengasas Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) berkata: “Tiada kesan, kerana kedua-dua perkara itu tiada kena mengena”.

PRK DUN Slim pada Sabtu ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional Mohd Zaidi Aziz dan dua calon Bebas iaitu, bekas guru S. Santhasekaran dan peguam Amir Khusyairi Mohamad Tanusi.

Sumber: Bernama


from Sehinggit Media News https://ift.tt/3b0iP06
via IFTTT

“Buatlah Pemeriksaan Selalu” Isteri Kongsi Suami Meninggal Dunia Selepas 26 Hari Demam Selepas Dikesan Hidap Kanser


Kanser sering dikaitkan dengan masalah berat badan berlebihan, kurang pengambilan buah-buahan dan sayuran, kurang melakukan aktiviti fizikal, dan pengambilan tembakau serta alkohol (KKM, 2020)

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kira-kira 30 hingga 50 peratus kanser boleh dicegah dengan amalan gaya hidup sihat.

Pun begitu, kanser juga boleh terjadi atas faktor genetik di mana sekitar lima hingga 10 peratus kanser berpunca daripada faktor genetik (American Cancer Society, 2017)

Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi kisah meruntun hati apabila suaminya disahkan menghidap kanser dipercayai berpunca daripada genetik.

Menurut Puan Syarima Ghazali, Allahyarham suaminya merupakan seorang yang tidak merokok dan sering bersenam.

Julai lalu, Allahyarham telah disahkan menghidap kanser pankreas di mana ia telah merebak ke paru-paru, hati, tulang belakang dan rusuk dalam masa yang teramat singkat.

Susulan itu, beliau mengingatkan orang ramai agar melakukan pemeriksaan kesihatan walaupun telah mengamalkan gaya hidup sihat supaya mampu mendapatkan rawatan awal sebelum ia merebak lebih pantas.

Walaupun mengamalkan gaya hidup sihat dan tidak merokok adalah satu kewajipan bagi mencegah pelbagai penyakit termasuk kanser, tetapi pada masa yang sama janganlah memandang remeh risiko serangan kanser dan wajarlah membuat pemeriksaan kesihatan selalu.


Berikut merupakan perkongsiannya.

25.07.20 – 25.08.20
Sebulan dah awak pergi, rasa macam baru semalam cakap dengan awak. Pesan arwah kat kawan-kawan dia atau sesiapa yang sembang dengan dia, kanser bukan main-main. Buat la pemeriksaan selalu, jangan jadi macam dia tak dak simptom apa-apa tetiba dah merebak terlampau pantas.

Dia berusia 34 tahun dengan gaya hidup sihat dan terlalu muda untuknya. 26 hari daripada malam pertama demam dan dia telah tinggalkan kami dengan tenang. Doktor kata kes arwah jarang berlaku, satu hingga dua orang dalam setahun.

04.06.20 – 11 malam
Tengah tengok TV sambil makan durian tiba-tiba dia menjerit sambil mengadu dada dia kejang dan sakit sampai tak boleh gerak. Dia terbaring depan TV. Esok paginya pergi klinik doktor cakap sakit otot sebab senaman atau angkat berat. Dapat MC sehari. Lepas tu dia kata sakit tu dah tak ada.

26.06.20
Kami dua ambil cuti sebab nak dating makan dan jalan-jalan kat Ikea sebelum balik kampung. Malam tu dia mula demam panas. Esok paginya elok sihat. Malam demam lagi dan siangnya sihat. Rasa tak sedap hati takut kuman atau batuk kering (TB). Tak sangka ni dating terakhir.

28.06.20
Kami balik KL terus suruh pergi klinik buat GL nak rujuk pakar. Esoknya dia pergi Pusat Perubatan MSU dan doktor kata ok, admit lah buat CT scan.

30.06.20
Ambil ujian COVID-19 tunggu keputusan dan dimasukkan ke wad. Lepas tu petang pukul 4 baru buat CT scan dan perjalanan bermula.

Dua tiga jam lepas tu doktor pergi kat dia cakap “Orang yang datang ni sihat, cergas, aktif tapi bacaan scan kucar kacir”. Doktor cakap nak jumpa semua ahli keluarga. Esok tu doktor bagitau apa yang dia nampak tak berapa nak okay.

Paru-paru dan hati dah nampak teruk. Cuma dia tak nak terus buat kesimpulan sebab dia tak ada data nak sokong. Ayat akhir doktor tu memang boleh terduduk,

“Saya nasihatkan kamu bersedia mental dan fizikal untuk yang terburuk.”

Allahu.

2.7.20
Semua keluarga datang dan masuk bilik mesyuarat untuk berbincang. Masa tu doktor bagi tau keputusannya. Pertamanya, TB, kedua, jangkitan kuman, ketiga kemungkinan kanser.

Jadi dia nak teruskan dengan biopsi cepat. Kami semua setuju. Lepas biopsi lah keadaan dia mula merudum sikit sebab dah kacau “rumah rosak” tu. 24 jam lepas biopsi dia ok balik sihat macam biasa makan lalu buat keja semua. Cuma malam ja demam. Cold fever. Pegang biasa tapi suhu lebih 39 darjah celcius.


04.07.20
Doktor masih tekan keputusan biopsi tapi dia tetap tak rasa gembira. Dia berurusan dengan kawan dia doktor pakar jantung di Hospital Serdang buat janji temu untuk diagnosis lanjut sebab ada bacaan hati terus menurun. Bilirubin dan Hemoglobin.

06.07.20
Harini patut discaj. Dia sihat macam biasa. Pukul 1 pm lebih kurang doktor datang bagitau keputusan biopsi.

Sah kanser tapi masih tak tahu kanser apa. Kami dua terdiam. Doktor keluar ja terus kami berdua nangis. Dia kata “Kenapa dia, macam mana nanti sayang dengan anak-anak”. Terus la drama air mata jadi.

Lepas tu kami berdua diam layan perasan dan saya beritahu dia, insyaAllah abang kuat nak lawan. Untuk kami. Kemudian dia tetiba ok.

Lepas Zohor berkemas nak balik. Masa nak tunggu discaj, dia kata nak lawat doktor ucap selamat tinggal.

Kat bilik doktor dia jalan pusing-pusing lepas tu dia baring atas katil dia cakap. “Doktor hati saya macam mula sakit”. Doktor kata mungkin ubat tahan sakit dah habis. Akhirnya tak jadi discaj and sambung admit balik sampai esok ambulans bawa ke Serdang.

07.07.20
Dia gerak dengan ambulans ke Hospital Serdang. Sampai sana doktor tak boleh nak teruskan sebab keputusan biopsi keluar ringkasan je, tak ada IHC study yang lebih terperinci mengenai sampel tisu.

Masa di Serdang Dr Ummi datang dekati kami tanya kalau nak teruskan chemo dan pembiayaan sepenuhnya dekat Pusat Perubatan Nilai (NMC). Kami terus je cakap ok boleh sebab bacaan hati dia hari demi hari menurun cepat.

Sementara tunggu panggilan NMC atau janji temu pada minggu hadapan dengan Serdang, dia balik rumah. Tapi sebab ubatnya tak sekuat drip di hospital dia memang nampak sakit dan lemah. Nak bangun duduk pun bersusah payah tapi MashaAllah dia tak penah mengeluh atau merungut sakit tu. Demam setiap hari lepas Asar sampai tengah malam.

09.07.20
Kami pergi Nilai Med Center (NMC) nak tanda tangan kontrak sebab doktor kata awalnya kanser paru-paru. Masa buat saringan darah balik doktor panggil kami berdua masuk. Dia kata dari bacaan, ini bukan kanser paru-paru. Kita perlu tunggu IHC sebab takut salah kemo. Doktor kata mungkin kanser limfoma. Jadi kami pun balik dan sambung ubat tahan sakit kat rumah ja.

12.07.20 – 9pm
Masa tengah tidurkan anak-anak dia cakap kat mama (ibu saya) boleh tak tengok kan bebudak. Lepas tu dia panggil, “Abang rasa macam nafas pendek. Jom kita pergi MSU Med Cen. Ketar rasa terus bawa pergi hospital masuk kecemasan dan dimasukkan balik ke hospital.

13.07.20
Doktor buat ultrasound kata nampak hati ada pendarahan sikit. Dorang cuba hubungi mana-mana hospital yang boleh tolong sebab dorang tak ada ubat. Tapi lewat petang doktor datang balik cakap pendarahan tu tak signifikan jadi dorang nak buat endoskopi untuk cari kanser utamanya.

Esok tu habis prosedur, doktor datang beritahu dorang tak jumpa apa apa tanda dari mana kanser dia datang. Kemudian kami putuskan bawa dia ke Pusat Perubatan Sunway (SMC).

14.07.20
Masuk SMC. Terus kena masuk HDU sebab bacaan jantung tak cun. Esoknya lepas ultrasound doktor cakap tiada yang serius, boleh pindah ke wad. Doktor pun terus buat tumor marker untuk organ lain nak cari kanser utama dia. Tapi doktor cakap kanser hati pun termasuk dalam salah satu andaian sebab bacaan bilirubin terlampau tinggi.

16.07.20
Doktor jalankan PET scan satu badan, masih cuba cari kanser utama dia. Doktor pun panggil bincang nak buat kemoterapi dos tinggi 50 jam setiap sesi tapi impak dia kalau dia tak bebas dari jangkitan dan demam risiko tinggi sangat.

Boleh berdarah otak, koma dsb. Doktor kata kalau tak buat kemo dia mungkin ada beberapa minggu ja. Masa tu la terus rasa pentingkan dirinya aku nak tekan sedangkan tahu keadaan dia tak ok. Masa tu keluar bilik doktor duduk lama, termenung sorang-sorang terus fikir.

Tak pa la redha kan ja apa yang berlaku. Kalau memang tak ada harapan biar la yang paling mudah. Doktor pun bagitau dia akan dapat sokongan daripada doktor paliatif untuk tolong dia sembuh dan kurangkan sakit.

Dengar ja paliatif terus terduduk dan paham yang dia macam tak dak harapan. Tapi dia betul-betul pejuang. Dia tak pernah berputus asa. Luaran dia macam tak sakit langsung.

17.07.20
Hari lahir saya, dan ia sangat berbeza. Dia mesej beritahu dia menangis dan minta maaf tak ingat hari lahir saya.

Saya beritahu saya hanya nak lihat senyumannya kepada saya.

Masa nak keluar dari wad doktor masuk dan doktor kata laporan PET scan dah keluar. Kanser pankreas. Dah serang peparu, hati, tulang belakang dan tulang rusuk. Allahu. Lagi berita mengejutkan untuk kami.

19.20.20
Tergerak hati nak bawa anak-anak jumpa dia. Minta kat jururawat nak bawa turun dia kat bawah lobi sebab sorang ja boleh masuk tengok kalau kat bilik. Dia pun kata kawan sekolah dia nak mai. Dia nampak gembira dan macam tak sakit pun. Boleh layan semua orang macam biasa.

22.07.20
Sepatutnya kemo harini tapi demam dia masih jadi. Hati dia mula rasa sakit. Doktor mula bagi morfin untuk kurangkan sakitnya.

Kalau tengok perut dia macam orang mengandung. Hati dia membesar dari saiz S ke XXXl. Dia mula jadi mengantuk. Tapi dia tak tidor pun dia kata bila dia tidur nanti dia macam termimpi bini dia datang la. Anak anak dia datang la.

24.07.20
Akhirnya kemo mula harini. Semua jangkitan berjaya kurang dan hilang. Hari ni tergerak hati juga nak bawa satu keluarga termasuk bapak dia yang tak berapa sihat datang melawat dia sebelum mulakan kemo.

Alhamdulillah berjaya bawa satu keluarga berkumpul.

1.30 petang mula kemo. Dia sangat okay. 3 jam lepas tu tengah sembang dengan dia. Tetiba dia terbatuk. Pastu dia kata rasa nak buang kahak bagi la cawan plastik kat dia. Dia ludah tengok seketul darah beku, terus panggil jururawat.

Lepas tu dia kerap batuk keluar darah segar 1/3 cawan jugak. Doktor datang tolong nak kurangkan batuk dan pendarahan, buat Xray dsb.

Lepas tu doktor kata kena pindahkan ke CCU sebab perlu pantau dia. Lepas tu doktor panggil. Doktor tunjuk peparu dia seminggu lepas vs hari ni. Kanser dah merebak terlampau cepat. Pendarahan mungkin datang dari situ.

Masuk bilik dia kata doktor cakap apa. Bagitau ja. Cakap la kanser kat peparu dah merebak teruk. Terus minta maaf kat dia. Dia kata kenapa nak minta maaf, dia yang patut minta maaf tak dapat jaga kami dah.

Terus cakap kat dia. Ayang redha abang. Kalau kata umur abang tak panjang insyaAllah ayang akan kuat jaga anak-anak.

Malam tu pindah ke CCU, doktor bagi teman dia. Dia mengadu depa kata tak boleh makan sebab takut pendarahan lagi, plus dia kena berpuasa esok nak masuk kamera periksa pendarahan tu dari mana.

Lepas tu dia kata dahaga nak air sejuk. Boleh tak ambik kan. Dia minum bersungguh. 2 botol kecik jugak dia minum. Dalam hati terdetik macam tanda orang nak pergi ja. Terus google. Lepas tu tanya kat dia, ada nampak apa-apa ka dia kata takdak la. Rupanya naluri tu betul.

25.07.20
Pagi tu nak prosedur. Boleh masuk masa melawat ja. Balik la rumah dulu mandi semua dan datang balik 1 pm. Masa tu adik dia ada teman dia.

Doktor kata pendarahan tu tak ada apa-apa yang serius. Nanti nak pindah ke wad biasa balik. Dia suruh adik dia urut dia segala. Lepas tu dia cakap kat adik dia pergi ambil air sejuk Coway kat dia. Bila adik dia patah balik ke bilik dia tengok doktor dah ramai.

Rupanya tekanan darah (BP) dia tertiba menurun. Masa tu la sampai terus pergi bilik tengok dia, dia cakap jangan sentuh dia sakit. Allahuuu. Lepas tu doktor panggil keluar nak cakap.

Doktor kata BP dia dah naik balik tapi dia risau jatuh balik. Dia kata lebih baik panggil semua ahli keluarga datang. Kalau setuju dia boleh komakan untuk panjangkan masa atau buat dia tidur. Tarik nafas dalam-dalam terus cakap kat doktor,

“Takpe la doktor kalau umur dia tak panjang saya dah redha. Tak perlu nak komakan, saya tak boleh biarkan dia menanggung sakit lagi.”

Kemudian betul cakap doktor, BP dia memang turun balik. Tapi dia masih sedar. Doktor cakap kita pindah ke ICU dan benarkan semua orang jumpa dia.

Dalam 30 min doktor dan jururawat sediakan dia kat ICU dan bagi kami masuk. Kami minta maaf semua. Ajar dia mengucap banyak kali dia ikut. Sebak rasa sebab tak percaya akhirnya benda paling ditakuti 3 minggu lepas betul-betul jadi.

Dia kata dia nak jumpa mak dia. Semuanya lancar sangat. Cakap kat dia “Abang sabar sikit ye, mak dah nak sampai”.

Bila mak dan anak-anak sampai cakap dengan dia semua. Terus semua orang minta maaf kat dia jugak serentak. Dia siap cakap “Sorang-sorang cakap”.

Dia masih sedar sampai la nafas dia dah dekat dada. Allahu bila kalih ja tengok rupanya ramai sangat ahli keluarga dan kawan-kawan yang dah sampai dan nak ucap selamat tinggal kat dia.

Ramai orang sayang awak. Tengok la ramai orang datang tak putus-putus sampai hari kebumi. 4.50pm dia tinggalkan kami.

Panggil jururawat cakap dia macam dah tak ada. Jururawat kata saya boleh panggil doktor untuk periksa dan sahkan.

Saya mungkin bukan isteri yang sempurna tapi saya beruntung ada suami yang sempurna buat saya. Walaupun sekejap tapi puas dapat jaga 3 minggu awak sakit. Terngiang ngiang awak cakap “Abang rasa kuat bila ayang bermalam sini, kekuatan tu luar biasa.” Semoga kasih sayang kita kekal ke syurga.

PS : Mami buat coretan ni untuk Dahlia dan Lily baca satu hari nanti. 💞




Sumber: Syarima Ghazali via Siakapkeli


from Sehinggit Media News https://ift.tt/2YExwkp
via IFTTT

Jangan Ditinggalkan 3 Amalan Ini Di Dunia, Alam Kubur Yang Sempit Akan Jadi Luas Dan Selesa


Setiap yang hidup pasti mati. Tiada yang terkecuali dalam soal kematian, hanya tercepat atau terkemudian.

Semasa kecil di sekolah, kita diajar oleh guru agama tentang alam kubur di mana sebaik tujuh langkah ahli keluarga meninggalkan tanah perkuburan selepas kita dikebumikan, maka akan datanglah Malaikat Munkar dan Nakir yang akan bertanyakan kita soalan-soalan, berkaitan amalan yang kita lakukan di dunia ini.

Dalam kitab-kitab berkaitan alam kubur, dinyatakan bagi golongan yang hidup di dunia menurut aturan mereka sendiri seperti berbuat kemaksiatan, dosa-dosa besar dan lain-lain lagi maka alam kubur akan menjadi sempit. Sekali pukulan dari Malaikat akan terbenam di dalam tanah dan kemudian dibangkitkan kembali.

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Kubur adalah tempat turun pertama dalam menuju ke alam akhirat. Siapa selamat di situ, maka alam-alam selepas itu lagi senang buatnya. Siapa dalam kubur tidak selamat, maka alam-alam lain akan lebih teruk.

Sebagai hamba Allah, sudah tentu kita impikan kita selamat di dunia mahu pun di akhirat.


Bagi korang yang mahukan keselesaan di alam kubur seperti yang disabdakan oleh Nabi Muhammad SAW, Ustaz Ahmad Dasuki ada berkongsikan 3 amalan khusus yang boleh kita buat bagi memastikan kita selesa di alam kubur kelak.

Dalam satu ceramahnya kata Ustaz Ahmad Dasuki, kalau nak berehat di kubur, kat dunia jangan asyik tidur. Dan beliau kongsikan amalan untuk selesa di kubur.

Amalkan 3 perkara ni,

1. Baca Al-Quran sebelum subuh

Saat kita meninggalkan dunia yang fana ni, malaikat Mungkar dan Nakir akan datang kepada kita. Lalu malaikat halau semua amalan yang kita pernah amalkan kecuali Alquran yang dibaca sebelum subuh. Alquran akan jadi peguam bela dan menjawab semua pertanyaan dari malaikat.

2. Amalkan surah Al-Mulk setiap malam

Lebih baik kalau dapat hafal. Kalau kat dunia siapa yang baca surah Al-Mulk, rezeki akan bertambah. Dalam kubur pula dikhabarkan sahabat, mereka terdengar orang baca surah Al-Mulk di tanah lapang, rupanya itu suara Alquran dalam kubur. Yang menemani si pembaca di dalamnya.

3. Bangun solat tahajud walau 2 rakaat

Keadaan kubur akan menghijau dan luas asbab kita amalkan solat sunat tahajud. Hatta di dunia pun kalau kita amalkan solat tahajud, urusan kita dipermudahkan dan terasa lapang. Pernah rasa?

Kawan-kawan,saya, anda dan kita semua memang selalu leka. Sebab tu kita kena sentiasa berpesan-pesan sesama kita. Ingat, malaikat maut ada dekat dengan kita hanya menunggu masa untuk mencabut nyawa. Tapi tulah, dah bersediakah kita? Insya Allah.

Sumber: Fb Majlis Ilmu


from Sehinggit Media News https://ift.tt/3hxsDRS
via IFTTT

Move Over, Sustainable Travel. Regenerative Travel Has Arrived.


By BY ELAINE GLUSAC from NYT Travel https://ift.tt/3lnOopC

"Apa Sahaja Yang Saya Buat Semua Demi Anak" - Hidayah


Sejak malam tadi, hangat diperkatakan mengenai pelawak Ali Puteh bertindak menyaman kakak iparnya dan kes sudah pun berlangsung semalam. Bagaimanapun, balu Arwah Abam, Nor Hidayah enggan mengulas lanjut mengenai isu saman itu.

Menurut Hidayah, dia percaya kebenaran pasti akan terbongkar suatu hari nanti dan apa sahaja yang dilakukannya hanya semata-mata untuk anak tunggalnya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey kini berusia 11 bulan.

“Buat masa sekarang ini, saya nak diamkan diri dulu. Nanti akan tahu juga perkara yang sebenar.


“Saya hanyalah ibu tunggal yang mencari rezeki dengan titik peluh sendiri menjual cempedak goreng untuk menyara anak,” katanya kepada Astro Gempak.

Terdahulu, Ali mengaku mengeluarkan saman terhadap Hidayah selepas kakak iparnya itu mengeluarkan saman terhadapnya terlebih dahulu.

Dalam pada itu, Hidayah mengakui mengeluarkan wang berjumlah RM10,000 dari akaun bank milik suami dan mendakwa memasukkan kesemuanya ke dalam akaun anak Syed Uthman Hamzah kerana bimbang direbut plaintif.

Sumber: Rotikaya


from Sehinggit Media News https://ift.tt/32tP2Js
via IFTTT

Wednesday, 26 August 2020

Ali Puteh Balas Saman Bekas Kakak Ipar – Hidayah Mengaku Ambil Tabung, Jam Tangan & RM10,000 Dari Akaun Allahyarham Suami


Pelawak Ali Puteh mengakui mengeluarkan saman terhadap kakak iparnya Siti Norhidayah Mohd Ali dan jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.

Saman tersebut dikeluarkan oleh Ali selaku plaintif keempat bersama ibunya Sabariah Arshad (plaintif pertama), bapa Syed Mohd Ridzuan (plaintif kedua) dan kakak sulung Sharifah Norwahidah (plantif ketiga).

Sebutan kes tersebut telah berlangsung di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini (Rabu).

Ali ketika dihubungi Gempak berkata, dia mengambil keputusan menyaman bekas kakak iparnya itu sebagai tindakan balas Hidayah yang mengeluarkan saman terhadapnya terlebih dahulu.

“Pihak mereka mengeluarkan saman terhadap kami dahulu. Selepas mendapat nasihat daripada peguam saya, beliau menyarankan agar kami pula mengambil tindakan terhadap Hidayah.

“Itupun selepas perbincangan dan mengambil kira beberapa faktor seperti kesan emosi kami sekeluarga sebaik sahaja video Hidayah bersama jutawan kosmetik Aliff Syukri menjadi tular.

“Banyak yang kami tanggung akibat video tersebut. Ibulah yang paling terkesan apabila kami ditohmah dan menjadi bahan hinaan masyarakat,” katanya.


Menjawab dakwaan plaintif, Hidayah selaku defendan kedua mengaku membawa duit tabung berisi wang kertas didakwa hasil tabungan bersama Allayarham suami dan empat utas jam tangan keluar dari rumah.

Hidayah turut mengakui mengeluarkan wang berjumlah RM10,000 dari akaun bank milik Allahyarham dan mendakwa telah memasukkan kesemuanya ke dalam akaun anak Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey kerana bimbang  direbut plaintif.

Malah Hidayah juga tidak bertanggung jawab terhadap semua kenyataan yang dibuat defendan kedua (Aliff Syukri) atau wakil atau ejennya dalam rakaman video yang tular sebelum ini.

“Kami sekeluarga hanya mahu membersihkan maruah kami yang selama ini dipijak-pijak. Sebelum ini dia (kakak ipar) kata dihalau dari rumah sehelai sepinggang tetapi hari ini dia kata tidak bertanggung jawab dengan semua kenyataan dikeluarkan menerusi video Aliff Syukri.

“Semoga kebenaran akan terjawab selepas ini. Mungkin inilah yang Allah SWT nak tunjukkan selepas kami sekeluarga bersabar sekian lama. Saya bersyukur.

"Apapun saya maafkan semua yang telah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap kami sekeluarga,” katanya.

Dalam sebutan kes hari ini juga, defendan kedua telah memohon agar Mahkamah menolak tuntutan plaintif dengan kos.

Sumber: Gempak


from Sehinggit Media News https://ift.tt/3jmtfu7
via IFTTT

Abang Ini Ajar Cara Buka & Cuci ‘Tahi’ Dalam Mesin Basuh, Punca Baju Dibasuh Berbau Busuk


Anda pasti pernah berdepan dengan situasi dimana pakaian yang dibasuh menggunakan mesin basuh seperti baju berbau busuk, biarpun menggunakan sabun dan pewangi yang sepatutnya membuatkan pakaian menjadi harum selepas dicuci kan.

Sebenarnya, pakaian anda mungkin dibasuh bersama-sama dengan ‘tahi’ dan anda langsung tidak sedar mengenainya.

Usah risau, ‘tahi’ yang kami dan abang ini maksudkan bukanlah tahi seperti yang difahami oleh kita semua, sebaliknya adalah kotoran hitam yang melekat pada mesin basuh yang tidak pernah dicuci selama ini.


Jadi kali ini, kami ingin berkongsi dengan anda satu video tutorial daripada Kedai Baikpulih Mesin Basuh dan Peti Sejuk -JDT bagaimana mahu membuka dan mencuci kotoran yang ada melekat pada mesin basuh masing-masing.

Selamat mencuba, semoga mesin basuh anda menjadi lebih bersih dan tiada lagi masalah baju berbau atau pakaian melekat dengan benda-benda hitam.


Sumber: Kedai Baikpulih Mesin Basuh dan Peti Sejuk -JDT via Siakapkeli


from Sehinggit Media News https://ift.tt/3jn71YV
via IFTTT

Keema Curry キーマカレー

A bowl containing Keema Curry, steamed rice, and a fried egg.

A quick and savory pork curry with onion, celery, and shiitake mushroom cooked with Japanese curry roux.

READ: Keema Curry キーマカレー

Hotels Tout Cleaning, But Guests Say, ‘My Room Was Dirty’


By BY JANE L. LEVERE from NYT Travel https://ift.tt/2YBsuoX

Tuesday, 25 August 2020

Netizen Puas Hati Lihat Abang Polis Tahan Pemandu Samseng "On The Spot"


Setiap pagi ketika kita memandu ke tempat kerja, pasti ada sahaja kenderaan yang ‘tidak sabar’ untuk sampai ke destinasi. Mereka mengambil kesempatan dengan memotong di laluan kecemasan yang pastinya membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Ramai yang membuat kesalahan ini terutamanya di waktu puncak kerana sering terlepas daripada dikenakan tindakan. Namun nasib pemandu kereta hitam ini ‘tidak baik’ apabila kesalahannya dirakam oleh pengguna lain. Dalam video yang dikongsikan oleh Zakirin Muhammad ini, kejadian tersebut berlaku semalam (19 Ogos 2020) berdasarkan tarikh yang terdapat pada rakaman tersebut.

Dapat dilihat pemandu kereta Mazda berkenaan memotong dari kiri lorong dan kemudiannya memasuki lorong paling kanan secara merbahaya. Mungkin beliau beranggapan semuanya selamat tetapi sebenarnya tidak.


Seorang polis trafik yang bertugas nampak kesalahan yang dilakukan oleh pemandu Mazda tersebut dan bertindak menahan kereta tersebut dan semestinya akan dikenakan kompaun.


“Orang seperti ini memang tidak perlu bagi muka. Memang patut kena saman,” antara komen netizen pada ruangan komen video ini.

Berdasarkan laman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), memotong di lorong kecemasan adalah di bawah peraturan 5: Peraturan Lalulintas 1959 di mana anda boleh dikompaun RM300 secara serta merta jika ditahan.

Diharap video ini dapat dijadikan pengajaran supaya anda tidak lagi memotong di lorong kecemasan. Mungin anda boleh terlepas tetapi jika tertangkap, bersedialah untuk bayar kompaun.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Sumber: Zakirin Muhammad via https://ift.tt/2lYDw1g


from Sehinggit Media https://ift.tt/3hvM9xZ
via Merah Hati Cintaku

(Video) 'Lepas Dia Terpegang, Malam Tu Badan Dia Terasa Panas...' - CCTV Rakam Wanita Sapu Minyak Di Handle Pintu Kereta Mangsa Sihir


Seorang wanita di Brunei menjadi mangsa sihir dari individu yang tidak dikenali dan diketahui apa motifnya. Mangsa bernasib baik kerana perubahan pada dirinya malam itu membuatkan dia segera bertindak mendapatkan rawatan perubatan Islam. 

Selepas selesai rawatan, mangsa mengimbas kembali apa yang telah berlaku pada hari kejadian dan teringat pada satu insiden di mana dia tersentuh sesuatu ketika mahu masuk ke dalam kereta. 

Menurut adik kepada wanita itu, kakaknya tersentuh sesuatu yang dirasakan seperti minyak di bahagian handle pintu kereta, ketika dia mahu masuk ke kereta selepas selesai waktu berkerja.

Menyangka tiada apa-apa yang berlaku, mangsa terus pulang ke rumah. Malam itu, badannya terasa panas 'luar biasa' dan mengambil keputusan untuk mendapatkan rawatan perubatan Islam. 

Keesokkan harinya, dia memeriksa video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari premis berhampiran dan melihat ada seorang wanita datang menghampiri kenderaannya dan menyapu sesuatu di kesemua handle pintu kereta. 

Melihat pada perbuatannya itu, tiada sesiapa pun yang akan menaruh syakwasangka kerana mungkin menyangka individu itu adalah pemilik kenderaan tersebut. 


"My sister terasa minyak di bahagian handle pintu kereta selepas balik kerja. Malamnya badan dia terasa panas dan pergi berubat. Keesokkan harinya dia check video CCTV.

"Ada penjelasan tak kenapa dia buat macam tu? Sihir masih wujud. Bukan orang tua-tua saja yang buat kerja kurang cerdik ini. 

"Kepada individu berkenaan, tunggu dan lihat. Tuhan Maha Adil. Saya kongsikan video ini untuk disebarkan sebagai pengajaran kepada semua," katanya. 

Syirik adalah perbuatan menyekutukan Allah dalam apa juga bentuk sama ada perkataan, pegangan, perbuatan dan iktiqad iaitu dengan menjadikan suatu yang lain iaitu makhluk bernyawa atau tidak sekutu bagi Allah.

Menyekutukan Allah jelas dianggap syirik apatah lagi perbuatan mengaku diri sebagai tuhan. Lebih mengundang bahaya apabila golongan ini ada di dalam masyarakat sama ada diketuai orang Islam atau bukan Islam.

Firman Allah yang bermaksud: “Bahawasanya, sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah ke neraka.” – (Surah al-Ma’idah, ayat 72)

Firman-Nya lagi yang bermaksud: “Bahawa sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa seseorang yang syirik kepadanya dan Allah akan mengampunkan kepada sesiapa yang Dia kehendaki iaitu selain dari dosa syirik. Barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.” – (Surah an-Nisa’, ayat 48)


Sumber: Ronckk via The Reporter


from Sehinggit Media https://ift.tt/2QmYc4P
via Merah Hati Cintaku

The New Pandemic Flash Point: Your Vacation


By BY TARIRO MZEZEWA from NYT Travel https://ift.tt/3gohJMV

Monday, 24 August 2020

6 Best Japanese Sauces You Need To Know By Heart

Japanese sauces that goes well with everything

6 best Japanese sauces that go well with everything! From the citrusy ponzu to all-purpose miso, each of them is going to make your dishes more delicious.

READ: 6 Best Japanese Sauces You Need To Know By Heart

Roaming Through Lanzarote’s Otherworldly Vineyards


By BY MÓNICA R. GOYA from NYT Travel https://ift.tt/31owpqR

Sunday, 23 August 2020

Suara Misteri Di Tanah Perkuburan Dalam Video Bukan Suntingan, Wanita Ini Cerita Perkara Sebenar


"VIDEO saya duduk di atas jengkaut dengan latar belakang tanah perkuburan itu dirakam tanpa sengaja dan saya tidak sangka ia akan tular hingga menjadi bualan warganet," kata ibu tiga anak, Siti Natrah Ismail.

Siti Natrah, 30, memberi reaksi itu ketika diminta mengulas mengenai video yang dimuat naik di Facebook (Fb) miliknya, dua hari lalu.

Menerusi rakaman video berdurasi 14 saat itu, kedengaran suara misteri seperti merayu dan meraung meminta tolong ketika Siti Natrah berseorangan duduk di atas jengkaut di kawasan tanah perkuburan berkenaan sehingga mendapat perhatian warganet.

Bercerita lanjut, Siti Natrah berkata, video berkenaan dirakam kelmarin, sekitar 3.45 petang ketika berada di Tanah Perkuburan Islam Sireh, Pelabuhan Klang, Selangor.

"Saya ke tanah perkuburan kerana mahu menyerahkan barangan ayah yang juga penggali kubur di situ.


"Sementara menunggu ayah tiba, saya duduk di atas sebuah jengkaut dan entah kenapa, saya tergerak untuk merakam video pada hari itu.

"Sedangkan, ayah melarang berbuat demikian kerana mahu kawasan tanah perkuburan dihormati," katanya ketika dihubungi Harian Metro.


Menurut Siti Natrah, pada waktu itu, angin bertiup kuat dan tidak mendengar dan menyedari adanya suara berkenaan sehingga memainkan semula video berkenaan beberapa kali selepas meninggalkan kawasan tanah perkuburan.

Katanya, video itu mulanya dimuat naik pada ruangan status di aplikasi WhatsApp.

"Bagi mendapat kepastian, saya hantar video itu daripada keluarga dan rakan terdekat.

"Ingatkan, hanya saya saja yang mendengar suara aneh itu. Rupanya, keluarga dan rakan juga terdengar suara yang sama.

"Tidak pasti dari mana datangnya suara itu tetapi ia seolah-olah suara meminta tolong dari dalam kubur," katanya yang bekerja sebagai pembantu tadika.

Menurut Siti Natrah, video dimuat naik itu adalah yang asal tidak disunting dengan niat untuk meraih tontonan

"Saya sendiri tidak tahu bagaimana untuk menggunakan menyunting video. Selama ini, saya hanya tahu menyunting gambar saja ," katanya.

Siti Natrah berkata, terpulang kepada penilaian warganet untuk percaya dengan apa didengari mereka atau sebaliknya.

Cuma, dia berharap mereka yang menonton dapat mengambil iktibar daripada perkongsiannya itu.

"Saya tidak pernah merakam video di kawasan tanah perkuburan sebelum ini kerana ayah melarang berbuat demikian kerana mahu tempat itu dihormati.

"Video itu benar-benar membuatkan saya tersentak dan memang memberi peringatan kepada diri sendiri saya untuk sentiasa ingat akan kematian," katanya.

Sumber: Harian Metro


from Sehinggit Media https://ift.tt/3aQxjzs
via Merah Hati Cintaku

Pemanas Elektrik Dipercayai Punca Renjatan


INSIDEN meragut nyawa pemain gitar profesional, Wan Radzie Wan Othman, 30, yang dikenali sebagai Eddy Malmsteen dan kakaknya, Wan Zunira, 32, semalam, dipercayai akibat terkena renjatan elektrik daripada alat pemanas air.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 11 malam.

"Berdasarkan maklumat awal, kami dimaklumkan terdapat seorang lelaki dan seorang wanita dalam keadaan terbaring di sebuah rumah di Batu 11 Jalan Lama Gombak, manakala kanak-kanak lelaki pula ditemui dalam keadaan lemah.

"Pihak ambulans yang tiba kemudian mengesahkan kematian lelaki dan wanita terbabit yang juga suri rumah dipercayai akibat terkena renjatan elektrik," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Arifai berkata, kanak-kanak berusia tiga tahun itu dibawa ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.


"Siasatan awal mendapati mangsa wanita itu sedang memandikan anaknya sebelum tiba-tiba terkena renjatan elektrik.

"Adik lelakinya yang kebetulan berada di rumah terdengar jeritan mangsa meminta tolong lalu bergegas ke bilik air untuk membantu, namun turut terkena renjatan elektrik," katanya.

Beliau berkata, renjatan elektrik dalam kejadian itu dipercayai daripada alat pemanas.

"Bagaimanapun, kami masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian dan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR)," katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang, Ahmad Syauqi Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu jam 12.01 tengah malam tadi.

"Seramai sembilan anggota bersama dua jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba, kami mendapati terdapat tiga mangsa membabitkan seorang lelaki dan wanita masing-masing berusia 30-an serta kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun terkena renjatan elektrik," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sumber: Harian Metro


from Sehinggit Media https://ift.tt/32mDzeH
via Merah Hati Cintaku

Saturday, 22 August 2020

Isu Langgar SOP: Khairuddin Mohon Maaf, Akan Pulangkan Semua Gaji Mei Hingga Ogos Sebagai Rasa Tanggungjawab


PUTRAJAYA, 22 Ogos – Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali membuat permohonan maaf secara terbuka atas kesalahan melanggar SOP PKPP.

Beliau dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya sedia bertanggungjawab untuk akur kepada peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Sebagai menzahirkan rasa bertanggungjawab itu, saya juga dengan ini akan memulangkan semua gaji saya sebagai menteri untuk Mei hingga Ogos 2020 sebagai sumbangan kepada Tabung Bantuan Bencana Negara (Tabung COVID-19) di bawah Kementerian Kesihatan (KKM).

“Gaji Mac dan April 2020 juga telah disumbangkan sebelum ini ke tabung tersebut sebagaimana keputusan kabinet sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Dalam pada itu, jelas Khairuddin, beliau akan bekerja keras dan melipatgandakan lagi usaha dan tenaganya dalam melaksanakan tugasan serta amanah sebagai menteri.

“(Ia) bagi memastikan semua rakyat yang terlibat di bidang perladangan dan komoditi, khususnya lebih sejuta pekebun kecil B40 sentiasa mendapat manfaat dan terbela kebajikan mereka,” tambah kenyataan itu lagi.

Terdahulu, Khairuddin telah dikompaun oleh KKM sebanyak RM1,000 pada 7 Ogos lalu atas kesalahan melanggar arahan kuarantin 14 hari sebaik pulang dari Turki.


Sumber: Facebook Rasmi Ust. Dr. Khairuddin At-Takiri via Siakapkeli


from Sehinggit Media https://ift.tt/3gnM523
via Merah Hati Cintaku