Tuesday, 30 June 2020

Semua Masjid, Surau Di Selangor Dibenarkan Solat Jumaat


SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan membenarkan semua masjid dan surau dibuka untuk mendirikan solat Jumaat, berkuat kuasa 3 Julai ini.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, berkata Sultan Selangor juga berkenan semua masjid dan surau di Selangor dibuka semula untuk mendirikan solat fardu lima waktu secara berjemaah dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan.

"Sultan Sharafuddin disembah taklimat oleh Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jabatan Mufti Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dari masa ke semasa berkaitan kedudukan dan data terkini wabak COVID-19 di Selangor.

"Sultan Selangor berkenan semua masjid dan surau dibuka untuk mendirikan solat Jumaat dengan mengambil maklum perkembangan terbaharu wabak COVID-19," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, Mohamad Munir berkata, bilangan jemaah boleh mendirikan solat pada satu-satu masa sudah ditetapkan.

"Jumlah kehadiran jemaah solat Jumaat dan fardu ditetapkan seramai 1,000 orang tidak termasuk pegawai dan ahli jawatankuasa masjid bagi Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam; Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong dan Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya.


"Jumlah kehadiran jemaah bagi solat Jumaat dan fardu di semua masjid lain ditetapkan maksimum pada 500 orang tidak termasuk pegawai dan ahli jawatankuasa masjid, tertakluk kepada kapasiti masjid berkenaan.

"Jumlah kehadiran jemaah di Surau Kebenaran Solat Jumaat bagi mendirikan solat Jumaat dan fardu ditetapkan pada 40 orang tidak termasuk pegawai dan ahli jawatankuasa surau manakala di surau untuk Solat Fardu ditetapkan pada 40 orang tidak termasuk pegawai dan ahli jawatankuasa surau," katanya.

Beliau berkata, Sultan Sharafuddin turut bertitah ibadah korban sempena Hari Raya Aidiladha 1441 Hijrah (H) dilaksanakan di masjid sahaja.

"Bagi surau yang merancang melakukan ibadah korban, boleh melaksanakannya di masjid berdekatan.

"Segala pelaksanaan dan urusan pentadbiran secara terperinci berkaitan titah terbaharu Sultan Selangor ini akan dikeluarkan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) serta jawatankuasa masjid dan surau berkaitan.

"Baginda menitahkan supaya setiap jemaah wajib mematuhi SOP ditetapkan oleh JAIS khususnya mengambil wuduk di rumah, membawa sejadah masing-masing, memakai pelitup muka ketika hadir di masjid, surau serta mengamalkan penjarakan sosial.

"Bagi mereka yang tidak sihat dilarang sama sekali untuk melaksanakan solat di masjid dan surau," katanya.

Katanya, Sultan Sharafuddin akan sentiasa mengikuti perkembangan dan pematuhannya dari masa ke semasa sebelum membuat sebarang pertimbangan selanjutnya bagi menentukan jumlah kehadiran jemaah di masjid dan surau di Selangor.

Sumber: BH Online


from Sehinggit Media https://ift.tt/2YO878D
via Merah Hati Cintaku

"Kami Minum Air Kencing Sendiri.." – Etnik Rohingya Ceritakan ‘Detik Hitam’ Sebelum Diselamatkan


Nasib malang menimpa pelarian etnik Rohingya yang terdampar di laut baru-baru ini. Mengikut cerita, mereka mendakwa dipukul oleh penyeludup, malah lebih teruk terpaksa minum air kencing untuk teruskan hidup.

Perkongsian pengalaman pahit ini dibuat oleh pelarian itu sendiri selepas di selamatkan beberapa orang nelayan warga Indonesia di perairan Aceh Utara pada rabu lalu, Lapor Berita Harian.

Difahamkan kira-kira 100 orang pelarian Rohingya yang ditemui kebanyakkannya adalah wanita dan kanak-kanak.

Mereka turut mendakwa ada di antara mereka yang telah mati dan di campak ke laut. Angka yang terselamat dilaporkan kira-kira 94 pelarian termasuk 30 kanak-kanak.


Dua daripada mangsa yang terselamat itu mendakwa, penyeludup itu telah diupah untuk mengangkut etnik ini.


Lebih menyedihkan mereka telah dipukul dan di tinggalkan di satu bot kayu.

Rashid Ahmad, 50 tahun menceritakan detik-detik hitam tersebut ketika berada di pusat pertahanan imigresen di bandar Lhokseumawe di pantai utara Sumatera.


“Kami begitu menderita di dalam bot itu. Mereka menyeksa dan mencederakan kami. Malah, salah seorang daripada kami telah mati.

“Pada mulanya, ada makanan tetapi apabila ia sudah habis, mereka (penyeludup) memindahkan kami ke bot lain dan membiarkan kami hanyut di lautan,”

Dalam masa yang sama seorang lagi mangsa terselamat yang dikenali sebagai Habbullah mendakwa yang penyeludup ini memukul mereka dengan teruk hingga telinganya luka, malah kepalanya turut dipukul.

Bagaimanapun, media tempatan masih belum dapat mengesahkan kesahihan kisah tersebut.

Sumber: Lobakmerah.com


from Sehinggit Media https://ift.tt/2YMEPHr
via Merah Hati Cintaku

Dragon Roll Recipe ドラゴンロール

A white plate containing a Dragon Roll.

Make dragon roll at home with crunchy shrimp tempura wrapped in nori and rice covered with a layer of sliced avocado. Drizzle with spicy mayo!

READ: Dragon Roll Recipe ドラゴンロール

What Americans Need to Know About Europe’s Travel Ban


By BY PAIGE MCCLANAHAN from NYT Travel https://ift.tt/3iiUiXi

What Americans Need to Know About Europe’s Travel Ban


By BY PAIGE MCCLANAHAN from NYT Travel https://ift.tt/3gaJatO

Virus Selesema Babi Berpotensi Jadi Pandemik Di China


WASHINGTON: Penyelidik di China menemui sejenis virus selesema babi dinamakan G4 dari genetik H1N1 yang dilihat berupaya bertukar menjadi pandemik.

Menurut kajian diterbitkan jurnal sains Amerika Syarikat (AS), PNAS, yang memetik laporan penulis dan saintis di universiti China selain Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China, ia memiliki semua ciri penting yang mampu menjangkiti manusia,

Sejak 2011 hingga 2018, penyelidik mengambil sampel ujian dari hidung babi di rumah sembelihan di 10 wilayah China dan hospital veterinar bagi membolehkan mereka mengasingkan 179 virus selesema babi.

Menurut pemerhatian, G4 adalah virus mudah berjangkit, meniru sel manusia dan menyebabkan simptom serius terhadap musang yang dijadikan bahan eksperimen berbanding virus lain.


Malah, ujian juga menunjukkan sebarang pertahanan diri manusia yang terdedah dengan musim selsema sebelum ini tidak memberi perlindungan daripada G4.

Berdasarkan ujian darah terhadap antibodi yang terhasil akibat terdedah kepada virus itu, 10.4 peratus pekerja kandang babi sudah dijangkiti, tetapi sehingga tiada bukti ia boleh berpindah daripada manusia kepada manusia.

"Ini menjadi satu kebimbangan bahawa jangkitan virus G4 akan meningkatkan risiko pandemik terhadap manusia pula," kata penyelidik yang menggesa langkah segera dilakukan bagi memantau pekerja di kandang haiwan itu.

Ketua Jabatan Perubatan Veterinar di Universiti Cambridge, James Wood, berkata kajian itu menjadi peringatan bahawa semua berisiko terhadap kemunculan patogen zoonotik baru.

"Haiwan ternakan yang sentiasa berdekatan dengan manusia berupaya bertindak sebagai sumber virus pandemik," katanya.

Jangkitan zoonotik disebabkan oleh patogen daripada haiwan kepada manusia. - AFP


from Sehinggit Media https://ift.tt/2BW2sUI
via Merah Hati Cintaku

Tragedi Bot Terbalik, 'Saya Berpaut Pada Pelampung Pukat' - Mangsa


"SEBAIK bot yang kami naiki terbalik, saya terus mencapai pelampung pukat untuk menyelamatkan diri selain sempat menarik seorang lagi mangsa yang juga selamat dalam kejadian itu," kata Muhammad Faris Ramli, 22.

Muhammad Faris, seorang daripada 12 mangsa yang selamat dalam tragedi bot terbalik yang membawa 20 pemancing termasuk tekong untuk mencandat sotong di kawasan perairan Kuala Kemasin, Bachok pada 8.30 malam tadi.

Dia yang baru pertama kali menyertai kumpulan mencandat sotong berkata, kejadian berlaku dengan pantas malah pada awalnya cuaca sangat baik dengan ombak yang tidak besar tetapi bertukar sebaik mereka sampai ke lokasi mencandat.

"Kami diberitahu tekong bot bahawa tali sauh terputus dan terus diarahkan untuk masuk ke bahagian dalam kapal.

"Ketika itu, semuanya hanya mampu terdiam kerana sudah merasakan ombak yang besar sehingga menggegarkan bot yang kami naik.

"Tidak lama kemudian, terdengar hempasan yang kuat dan kapal mula terbalik. Dalam keadaan yang gelap kami semua bergelimpangan dan saya hampir lemas di laut.


"Nasib baik, saya sempat mencapai pelampung pukat selain turut menarik tangan seorang lagi rakan (Harif Mat Yassin, 50) yang meminta tolong saya membantunya.

"Saya menyuruhnya berpaut pada kapal yang separuh tenggelam kerana bimbang pelampung tidak mampu menampung kami berdua.

"Hampir sejam kami di tengah lautan menunggu bantuan dan saya hanya terfikir bahawa saya akan mati dengan cara begini.

"Saat itu, hanya dua orang yang saya nampak iaitu Harif dan rakan saya, Ahmad Roslan Musa, 31, yang turut berpaut pada kapal," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Padang To'la di Pasir Mas hari ini.

Muhammad Faris berkata, sepupunya, Amir Syazwan Adnan, 21, juga terselamat namun masih resah menunggu khabar berita keadaan bapa saudaranya, Harun Daud, 60, yang masih hilang.

"Tragedi ini tidak saya lupakan buat seumur hidup. Saya hanya mampu menjerit meminta tolong walaupun dalam keadaan lemah selain beberapa kali menyeru nama sepupu dan bapa saudara sebelum diselamatkan bot nelayan.

"Saya berdoa agar empat lagi rakan yang hilang segera ditemui termasuk bapa saudara saya," katanya.

Sumber: Harian Metro


from Sehinggit Media News https://ift.tt/2NJygiC
via IFTTT

Anak Terengganu Hasilkan Mural Wajah Wira Negara Tanda Terima Kasih


Sejak pendemik Covid-19 melanda Malaysia, beberapa individu penting telah diangkat sebagai wira negara yang berada di barisan paling hadapan petugas kesihatan dan keselamatan sehingga mampu mengendali krisis tersebut dengan baik.

Antaranya sudah tentulah KDYMM, Seri Paduka Baginda YDP Agong dan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Manakala Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah tidak ketinggalan menjadi kesayangan rakyat Malaysia.

Seorang pelukis mural yang merupakan anak kelahiran Terengganu, Suhaimi Ali telah mengabdikan beberapa wajah kebanggaan negara menerusi lukisan mural yang dihasilkannya sebagai menghargai jasa dan keprihatinan wira negara dalam menghadapi pendemik ini.

Dalam kapsyen yang ditulis oleh Suhaimi Ali di laman Facebook beliau, dia turut mengungkapkan rasa terima kasih tidak terhingga kepada barisan hadapan dan wira negara yang bertungkus-lumus mengawal Covid-19 dari awal sehingga menunjukkan penurunan yang ketara setakat ini.


Mural dengan wajah KDYMM, Seri Paduka Baginda YDP Agong dan Datuk Dr Noor Hisham telah dilukis oleh Suhaimi Ali dengan strok tona yang berbeza-beza namun kelihatan sangat kemas  sehingga menjadi tular di media sosial.

Antara lakaran wajah lain yang turut kelihatan di sebelah potret mural Dr Noor Hisham adalah wajah Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri yang kini terkenal dengan jolokan Pak Long Mail oleh netizen.

Menerusi laman Facebook Suhaimi, dia juga sempat menunjukkan proses lukisan mural tersebut dibuat dan hasilnya begitu menakjubkan.

Lukisan mural tersebut dihasilkan di Taman Cahaya Alam seksyen U12, Shah Alam di belakang Restoran Isa Maju.

Lokasi tersebut pastinya bakal menjadi tumpuan orang ramai yang ingin bergambar bersama karya  yang memaparkan sebahagian daripada lipatan sejarah negara.

Tahniah dan terima kasih atas karya yang hebat ini!


Sumber : Suhaimi Ali via https://ift.tt/3icoK5s


from Sehinggit Media https://ift.tt/2BRR1xD
via Merah Hati Cintaku

Tidak Berniat Untuk Hina Jata Negara, Penerbit Buku Mohon Maaf


KUALA LUMPUR: Penerbit buku yang menimbulkan kontroversi selepas gambar pada kulit buku terbitannya dikatakan menghina logo Jata Negara meminta maaf sekiranya ada pihak yang tersinggung dengan perkara itu.

Chong Ton Sin yang juga pengarah dan pengasas syarikat penerbitan Gerakbudaya, berkata pihaknya tidak berniat untuk menghina logo Jata Negara dan tidak menyangka perkara itu akan menjadi isu besar.

"Gambar berkenaan adalah salah satu lukisan lama yang pernah dipamerkan di beberapa pameran termasuk di Sarawak beberapa tahun lalu.

"Pada masa itu tiada pula timbul isu, maka saya rasa bila ia diputuskan untuk dijadikan gambar pada kulit buku berkenaan tidak akan timbul masalah.

"Tetapi tak sangka pula ia jadi isu dan menyebabkan beberapa pihak tersinggung... saya memang tiada niat untuk berbuat demikian, perkara ini bukan disengajakan," katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Ton Sin berkata, beliau meminta maaf kepada mana-mana pihak yang tersinggung dengan perkara itu dan bersedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis untuk membantu siasatan.


"Semalam ada beberapa anggota polis datang ke pejabat tetapi saya tidak berada di situ kerana keluar makan tengah hari.

"Mungkin hari ini atau esok mereka akan datang semula atau akan panggil saya ke Bukit Aman (untuk dirakam percakapan). Saya sedang menunggu," katanya.

Difahamkan, buku Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia itu diterbitkan awal tahun ini dan lebih 300 naskhah sudah terjual.

Buku yang disunting oleh penulis, Kean Wong itu menggunakan visual mirip Jata Negara, mendapat perhatian sejak beberapa hari kebelakangan ini kerana penggunaan gambar yang dikatakan menghina Jata Negara selepas perkara itu tersebar di media sosial.

Berdasarkan gambar yang tular di media sosial dan FB, lukisan mirip Jata Negara itu memaparkan seorang kanak-kanak berbogel di atas bulan dan bintang serta imej dua ekor harimau diubah suai selain menambah bentuk seekor buaya di bahagian bawah yang biasanya tertera cogan kata Bersekutu Bertambah Mutu.

Semalam, BH melaporkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin sudah mengarahkan pihak polis menyiasat segera dan mengambil tindakan perlu kerana perbuatan itu dianggap tidak bertanggungjawab dan tidak patriotik.

Sementara itu, pihak polis memaklumkan sudah menerima 21 laporan polis yang dibuat pelbagai pihak berhubung buku berkenaan.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, berkata pihaknya membuka satu kertas siasatan dan kes disiasat menurut beberapa akta termasuk Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

Kes juga disiasat mengikut Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tak Wajar) (Pindaan) 2016, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 8 (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Beliau berkata, beberapa individu termasuk pengarang, penerbit dan mereka yang mempunyai kaitan atau terbabit dalam penghasilan buku itu akan dipanggil ke Bukit Aman untuk diambil keterangan serta membantu siasatan.

Sumber: BH Online


from Sehinggit Media https://ift.tt/3dPtzy1
via Merah Hati Cintaku

Monday, 29 June 2020

Saintis Di China Dakwa Temui Virus Baharu Pada Khinzir, Mungkin Boleh Berjangkit Kepada Manusia


Sejenis selesema babi yang berpotensi menjangkiti manusia dan boleh menyebabkan wabak lain telah dikenal pasti oleh para saintis.

Virus berkenaan yang disebut oleh penyelidik sebagai G4 EA H1N1, dikesan melalui analisis daripada 30,000 sampel swab hidung yang diambil dari khinzir di rumah penyembelihan di China.

Ianya digambarkan sebagai campuran influenza yang dijumpai pada burung di Eropah dan Asia serta virus H1N1, yang dipercayai telah membunuh sehingga setengah juta orang di seluruh dunia pada tahun 2009 lalu.

Kemasukan gen H1N1 di dalam virus baharu ini menunjukkan bahawa ia boleh menyebabkan  penyebaran dari manusia ke manusia, menurut sebuah kajian yang diterbitkan dalam jurnal ilmiah Proceedings of the National Academy of Science (PNAS) pada Isnin.

“Virus G4 mempunyai semua ciri penting dari virus pandemik,” tulis para penyelidik dari Universiti Pertanian China.


Ujian yang dilakukan terhadap pekerja yang mengendalikan khinzir juga menunjukkan bahawa lebih daripada 10 peratus telah diuji positif antibodi terhadap G4.


“Jangkitan seperti ini sangat meningkatkan peluang untuk penyesuaian virus pada manusia dan menimbulkan kebimbangan terhadap kemungkinan terjadinya virus pandemik,” tambah para penyelidik.

“Mengendalikan virus G4 EA H1N1 yang ada pada khinzir dan pemantauan ketat pada populasi manusia, terutama pekerja di industri khinzir, harus segera dilaksanakan.”

Pakar mengatakan bahawa kemungkinan virus ini boleh menyebabkan pandemik lain adalah rendah tetapi memberi amaran bahawa kewaspadaan masih diperlukan.

“Influenza dapat memberi kejutan kepada kita,” kata ahli biologi evolusi Martha Nelson kepada majalah Science.

Prof Kin-Chow Chang, yang telah mempelajari virus tersebut dan berpusat di Universiti Nottingham, mengatakan kepada BBC bahawa G4 belum menjadi masalah tetapi menambah: “Kita tidak boleh memandang remeh kepada virus baru yang berpotensi berbahaya.”

Sumber: Independent via Siakapkeli.my


from Sehinggit Media https://ift.tt/3iftWWg
via Merah Hati Cintaku

Hidangan Bufet Tidak Dibenarkan Untuk Majlis Sosial, Kenduri Kahwin


KUALA LUMPUR: Hidangan makanan dalam bentuk bufet atau layan diri tidak dibenarkan dalam pelaksanaan majlis sosial antaranya membabitkan majlis perkahwinan, kenduri dan pertunangan.

Selain itu, majlis juga tidak dibenarkan diadakan sekiranya penganjur sukar untuk mengawal keadaan dan perilaku tetamu.

Peraturan itu termaktub dalam prosedur operasi standard (SOP) pelaksanaan majlis sosial yang diluluskan dalam mesyuarat khas menteri-menteri mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada 22 Jun lalu.

Menurut kenyataan daripada Kementerian Perpaduan Negara, SOP ini juga terpakai untuk penganjuran kenduri atau majlis perkahwinan atau lain-lain majlis sosial di rumah ibabat bukan Islam.

"Penganjur perlu memastikan tetamu makan dalam kedudukan penjarakan sosial dan tidak berkumpul semasa makan.


"Tetamu adalah dilarang berkumpul atau berhimpun di luar ruang majlis sebelum atau selepas selesai majlis," katanya, di sini hari ini.

Kenyataan itu menyebut, SOP ini merangkumi perkara penting di dalam menjalankan majlis sosial seperti had kapasiti kehadiran adalah seramai 250 orang atau kurang mengikut saiz ruang majlis dengan penjarakan sosial dan tertakluk dengan tempoh penganjuran selama tiga hingga lima jam.

Terdahulu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dalam sidang media hari ini, menjelaskan kebenaran jumlah tetamu tidak melebihi 250 orang pada satu-satu masa untuk majlis sosial terpakai untuk majlis akad nikah.

Mesyuarat Khas Menteri juga bersetuju untuk membenarkan jumlah tetamu tidak melebihi 250 orang pada satu-satu masa bagi majlis jamuan perkahwinan di rumah ibadat dan Persatuan Agama Bukan Islam

Sumber: BH Online


from Sehinggit Media https://ift.tt/38d6uUO
via Merah Hati Cintaku

Suami Potong Telinga Isteri Kerana Kuat Membawang Dengan Jiran Sampai Terlupa Sediakan Makanan


Gara-gara tidak menyediakan makanan, seorang lelaki tergamak memotong sebahagian telinga isterinya dalam kejadian yang pada Isnin lalu di Sulawesi Selatan, Indonesia. 

Akibatnya, mangsa yang berusia 39 tahun, mengalmai kecederaan parah dan terpaksa mendapatkan rawatan di hospital. 

Sementara itu, ketika disoal siasat polis, suspek, Baco Bolong atau Hasdi, 42, mengakui dia berbuat demikian hanya berniat untuk memberi pengajaran kepada isterinya. 

Hasdi mengakui dia emosi dan malu setelah mendapati isterinya pergi ke rumah jiran tanpa menyiapkan makanan untuknya. 

Suspek kemudian memberi peringatan kepada mangsa agar tidak mengulangi perbuatannya itu lagi, tetapi mangsa bertindak menendang paha suspek. 


Berang dengan tindakan itu, suspek terus menarik telinga mangsa dan dikerat.

Terdahulu, polis berjaya menahan suspek yang didapati bersembunyi di rumah salah seorang penduduk. 

Ketika ditahan, polis menemui barang bukti yang merupakan sebahagian telinga mangsa yang dipotong dan senjata yang digunakan dalam kejadian itu. 

Hasdi mengakui dia menyesal dengan apa yang telah berlaku dan merasakan dirinya dirasuk ketika kejadian itu. 

"Saya menyesal dengan perbuatan saya walaupun pada awalnya saya hanya mengancam dia tetapi disebabkan dia melawan dan mungkin saya telah dirasuk syaitan maka saya terpaksa melakukan tindakan itu," katanya. 

Keadaan mangsa stabil dan dibenarkan keluar dari hospital. Namun, mangsa masih mengalami trauma. 

Suspek kini disoalsiasat dan akan dikenakan tindakan undang-undang yang berkaitan dengan akta keganasan rumah tangga serta berdepan dengan hukuman penjara lima tahun. 

Sumber: Kompas via The Reporter


from Sehinggit Media https://ift.tt/3eLuDEC
via Merah Hati Cintaku

Taman Tema Air Boleh Beroperasi Bermula 1 Julai 2020 – Ismail Sabri


PUTRAJAYA : Sebanyak 54 taman tema termasuk taman tema air di seluruh negara dibenarkan beroperasi bermula Rabu ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, kebenaran operasi pada 1 Julai itu membabitkan lebih 10,000 tenaga kerja.

Bagaimanapun, katanya semua pengusaha taman tema perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan termasuk memastikan penjarakan sosial dipatuhi pada setiap masa.

Pada masa sama, katanya had pengunjung adalah berdasarkan kapasiti ruang serta saiz kawasan taman tema.


"Pengunjung juga perlu menjalani proses pendaftaran melalui aplikasi MySejahtera serta pemeriksaan suhu badan dan penyediaan pensanitasi tangan.

"Pengusaha taman tema air perlu mengikut Garis Panduan Pengurusan dan Penyenggaraan Kolam Renang Awam oleh pihak berkuasa tempatan (PBT), serta Garis Panduan Pemantauan Kualiti Kolam Air," katanya dalam sidang media Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sini pada Isnin.

Garis panduan serta SOP itu boleh diperolehi di laman sesawang Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Sumber: Astro Awani


from Sehinggit Media https://ift.tt/31rj1Tf
via Merah Hati Cintaku

Umur 24 Tahun, Pelakon Indonesia, Anya Geraldine Mengaku Masih Hisap Susu Dalam Botol


Mungkin tak ramai mengenali pelakon cantik dan seksi dari negara seberang, Anya Geraldine yang mempunyai tabiat unik dan pelik iaitu suka menyusu dari dalam botol. Perkara itu dikongsi di laman Instagram miliknya selepas disoal peminat tips untuk hidup sihat. Perkongsian itu turut menarik perhatian netizen yang rata-ratanya terhibur dengan hobi pelakon berusia 24 tahun itu.

Gaya hidup sihat


Menurutnya, dia gagal mengikis tabiat itu meskipun pernah dihalang ibu bapanya selain semua botol susu miliknya di rumah habis dibuang. Perkongsiannya itu membuatkan ramai pengikutnya di Twitter terhibur. 


Tidak ketinggalan, rata-rata peminat lelaki turut mengusik tabiat peliknya itu.



Ceritanya, apabila saya sudah berada dalam kelas 6, saya diminta berhenti menyusu botol oleh ibu bapa. Semuanya (botol susu) terus dibuang, dan akhirnya kembali menyusu botol sewaktu di kolej. Selepas tinggal sendirian, saya teruskan tabiat itu, tapi kalau ibu bapa datang sini, pasti dibuang lagi. Jadi saya kena beli selalu. Tak tahu kenapa, padahal umur sudah 24 tahun.

Menurut dia sudah berhenti menyusu selepas botol susu dibuang oleh ibu bapanya namun kembali menyusu di waktu kolej. Habit ini diteruskan sehingga ke hari ini memandangkan dia tinggal bersendirian.

Netizen terhibur



Sumber : Anya via Ohbulan.com


from Sehinggit Media https://ift.tt/31sKhAL
via Merah Hati Cintaku

Swimming With the Sea Lions of Los Islotes


By BY BENJAMIN LOWY from NYT Travel https://ift.tt/2ZkBiza

'Beri Saya Sedikit Masa Pertimbang Jadi Calon PM Ke-9' - Shafie Apdal


KOTA KINABALU: Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan meneliti secara mendalam cadangan untuk menjadikannya calon Perdana Menteri kesembilan.

Beliau berkata, perkara itu akan dibincangkan bersama barisan pemimpin partinya sebelum memberikan jawapan muktamad dalam tempoh terdekat ini.

"Ia merupakan cabaran besar, untuk saya dan kita perlu lihat secara serius. Bagi masa sikit, sebab kita di Sabah pun ada masalah.

"Banyak pertimbangannya, nation building yang ada banyak pertimbangan, beri saya sedikit masa," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Peter Mojuntin, Penampang, pada Isnin.


Terdahulu, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu forum di ibu negara baru-baru ini telah mendedahkan kesediaan menamakan Mohd Shafie sebagai calon Perdana Menteri kesembilan bagi Pakatan Harapan Plus (PH+).

Langkah itu diambil selepas beliau gagal menemui kesepakatan dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim selain mempertimbangkan Mohd Shafie sebagai mempunyai matlamat sama untuk menumbangkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Mengulas lanjut, Mohd Shafie bersyukur apabila cadangan tersebut hadir daripada negarawan dan bekas perdana menteri dan meminta semua pihak memberikannya masa .

"Saya sangat bersyukur ianya (cadangan) datang dari Tun Mahathir, cadangkan saya sebagai calon Perdana Menteri, cadangan itu saya perlu teliti secara mendalam," katanya.

Sumber: Astro Awani


from Sehinggit Media https://ift.tt/3ierS0u
via Merah Hati Cintaku

Sunday, 28 June 2020

Mak Saman Sekolah RM2 Juta Demi Keadilan Anak Gadis

Gambar sekadar hiasan

Oleh kerana seorang pelajar perempuan telah dibuli sehingga memberi kesan trauma dan terterkan, ibunya telah menuntut tindakan undang-undang. Memetik laporan The Star, sebuah sekolah kerajaan di Temerloh, Pahang telah disaman lebih dari RM2 juta daripada keluarga mangsa bagi mendapatkan keadilan.

Anak perlu jumpa pakar setiap bulan

Dia mesti berjumpa dengan pakar psikiatri dan psikologi di sebuah hospital kerajaan setiap bulan untuk diberi ubat bagi membantu mengatasi masalah emosinya.

Menurut ibu mangsa, Zaiton Yusoff, anak perempuannya yang berusia 16 tahun itu perlu berjumpa dengan pakar psikiatri dan psikologi setiap bulan bagi membantu masalah emosinya. Anaknya dahulu seorang yang bersemangat untuk ke sekolah sebelum dia dibuli dan diserang rakan sekelasnya pada Julai tahun lalu.

Mencari keadilan

Selepas kejadian itu, keluarga saya berpindah ke Selangor untuk meninggalkan kenangan buruk tersebut.


Tambahnya lagi, dia sekeluarga telah berpindah ke Selangor selepas kejadian akibat tidak boleh menerima tragedi yang berlaku. Anaknya mengalami kecederaan pada tulang rusuk, mata, kaki, lengan dan leher serta mengalami trauma yang sangat agresif. Bukan sahaja ingin mencari keadilan tetapi ingin membuka mata rakyat apa yang bakal terjadi pada mangsa buli pada masa akan datang.

Dia menuntut ganti rugi am sebanyak RM1.5 juta, ganti rugi teladan RM300,000, ganti rugi tambahan RM300,000, kos undang-undang dan kos lain yang sesuai dan diperlukan oleh mahkamah.

Ditampar dan dadanya diramas

Kejadian berlaku pada 11 Julai 2019, pembuli dikatakan telah mengusik dan mengganggu mangsa ketika berada di dalam kawasan sekolah. Selepas berada di dalam kelas, dia telah melemparkan ‘bola kertas’ dan sebatang pen ke arah mangsa semasa kelas sejarah.

Tamat sesi pelajaran kelas sejarah, dia telah menampar mangsa menggunakan tangan yang telah dilumur dengan dakwat pen. Dia juga dikatakan telah mencubit muka mangsa serta menarik tudungnya. Selain itu, dia turut didakwa menolak dada, perut dan kaki mangsa serta meramas payu daranya.

Rata-rata netizan melahirkan rasa simpati


Sumber: The Star via Ohbulan.com


from Sehinggit Media https://ift.tt/388P6AJ
via Merah Hati Cintaku

Fynn Jamal Dikecam Salahkan Penampilan Wanita Punca Gangguan Seksual


Seperti diketahui isu gangguan seksual dan rogol bukanlah perkara baru kita dengar. Saban hari ada sahaja kes dilaporkan, malah lebih menyedihkan ada yang menyalahkan mangsa punca perkara itu berlaku.

Baru-baru ini, seorang netizen meminta Fynn Jamal supaya mendidik pengikutnya dengan lebih baik mengenai isu rogol selain turut mendidik dirinya juga. Bagaimanapun, reaksi diberikan Fynn Jamal ternyata mengejutkan dan menimbulkan kemarahan netizen.


Menerusi Insta Story, Fynn berkata permintaan untuk tidak menyalahkan mangsa rogol ini adalah ajaran barat semata. Ujarnya, tindakan wanita yang memuat naik gambar profil lawa-lawa dan comel sebenarnya menjemput nafsu lelaki.


Tambahnya lagi, tidak semestinya mereka yang dirogol tetapi perbuatan itu menyumbang risiko kepada wanita lain berada berdekatan yang akan menjadi mangsa lelaki bernafsu binatang.



Berterusan menunding jari kepada wanita kerana memuat naik gambar comel, Fynn turut berkata tidak perlu berpura-pura kerana gambar tersebut sebenarnya adalah untuk menarik perhatian.

Apa yang membuatkan netizen lebih berang apabila Jamal menyatakan bahawa kononnya Rasulullah pernah berpesan kepada para isteri supaya ‘standby’ sahaja jika si suami mahu bersama apabila pulang ke rumah.


Perkongsian Fynn itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang mengatakan mereka yang bertudung labuh dan berhijrah juga tidak terlepas daripada diuji. Kata netizen lagi, mereka yang sudah berhijrah ke arah lebih baik, hati mereka pula yang akan diuji.


Netizen berkata jika seseorang itu telah berhijrah tidak bermakna diri mereka sudah cukup sempurna sehingga boleh sesuka hati mengambil alih kerja Tuhan.

Ini bukan kali pertama berlaku, sebelum ini Fynn ditegur oleh pendakwah berikutan soal jawab berkaitan agama dari pengikutnya di Instagram. Malah, Fynn pernah mencetuskan kontroversi gara-gara menyamakan solat lelaki dan wanita.

Sumber: Rotikaya


from Sehinggit Media https://ift.tt/2YFJICb
via Merah Hati Cintaku

Persatuan Pengusaha Harumanis Perlis Tegas Pertahan Nama 'Harumanis' Sebagai Hak Milik Eksklusif


KANGAR: Meskipun mempelam harumanis tumbuh berbuah di tempat lain, Perlis tetap bertegas mahu mempertahankan ikonnya sebagai hak milik eksklusif kerajaan negeri itu.

Pengerusi Persatuan Pengusaha Harumanis Perlis, Datuk Hashim Suboh berkata setakat ini tiada mana-mana pihak yang diizin mengguna pakai jenama tersebut untuk produk mereka.

Kata Hashim, larangan penggunaan jenama ‘Harumanis’ itu bagi mengelak kekeliruan pengguna terhadap Harumanis Perlis dengan produk mempelam yang sedang diusahakan di tempat lain.

Seperti yang dilaporkan media, mempelam harumanis tumbuh subur di beberapa negeri termasuk Kedah, Terengganu dan Kelantan, yang diberi jolokan sama iaitu ‘harumanis’.

“Kalau dah negeri lain pun nak kembangkan harumanis, kita nak kalau harumanis Perlis mesti dinamakan 'Harumanis Perlis'.


"Jangan yang negeri lain pun tumpang sama; tak bolehlah semua negeri lain nak pakai perkataan harumanis.

"Kalau boleh, harumanis negeri mana supaya masing masing tak terganggu dengan apa yang sepatutnya kita benarkan,” kata Hashim.

Hashim ditemui media di pusat pemasaran harumanis Farma Tani di Kangar.

Dalam pada itu, katanya, walaupun pengusaha luar Perlis mengguna pakai teknik penanaman yang sama, namun kualiti, rasa dan penampilan Harumanis Perlis tetap berbeza dari tempat lain kerana sifat tanah dan faktor cuacanya.

Ketika ini, terdapat sejumlah kira-kira 3,000 pengusaha harumanis berstatus kebun di seluruh Perlis, dengan keluasan 150 hektar tanaman yang menyumbang sehingga kira-kira RM70 juta.

Sebelum ini, nama ‘Harumanis’ secara rasmi telah disahkan sebagai hak milik eksklusif kerajaan Perlis setelah pendaftaran jenama itu diluluskan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) pada 2015.

Sumber: Astro Awani


from Sehinggit Media https://ift.tt/2YIclyB
via Merah Hati Cintaku

26 Japanese Pantry Ingredients to Add to Your Shopping List

japanese cooking ingredients

Your shopping guide for Japanese cooking. With these basic staples, you can pretty much cook up an amazing variety of Japanese dishes at home! 

READ: 26 Japanese Pantry Ingredients to Add to Your Shopping List

Akibat ‘Tarik’ Lagu Tinggi Semasa Karaoke, Wanita Ini Hampir Maut Saluran Darah Di Otak Pecah


Seorang wanita di China hampir maut selepas saluran darah di otak pecah ketika sedang mencapai nada yang tinggi semasa sesi karaoke pada 5 Jun lalu, lapor Daily Mail.

Wanita yang berusia 55 tahun ini dikenali sebagai Zhang telah mengalami sakit kepala yang teruk dan mula muntah ketika dia menyanyikan lagu yang dipercayai bernada tinggi semasa parti keluarga di sebuah bar karaoke.

Menurut pakar perubatan keadaan ini disebabkan oleh aneurisma otak di mana pembengkakan pada dinding salur darah sehingga pecah dan pembentukan darah berlaku. Keadaan ini sangat membahayakan kerana kerosakan otak boleh terjadi sehingga menyebabkan kematian jika tidak dirawat dengan cepat.


Zhang telah dikejarkan ke hospital dan berjaya diselamatkan selepas menjalani pembedahan kecemasan selama 2 jam.


Menurut akhbar tempatan, selepas Zhang menyanyikan dua buah lagu berturut-turut, dia meneruskan nyanyian sebuah lagu klasik rakyat China yang terkenal dengan bernada sangat tinggi.

Selepas melakukan imbasan CT, doktor mendapati saluran darah telah pecah sepanjang 0.09 inci di otak wanita separuh abad itu.


Doktor perubatan di hospital Dailan mengatakan aneurisma otak ini terjadi kerana beberapa faktor sejarah kesihatan Zhang iaitu tekanan darah tinggi dan juga kencing manis.

Zhang sekarang dalam proses kembali pulih di hospital.


Terdahulu kejadian seperti ini pernah terjadi dimana paru-paru seorang lelaki dari China telah ‘runtuh’ semasa sesi karaoke. Tekanan yang kuat pada dada lelaki itu yang menyebabkan kejadian ini terjadi.

Sumber: Daily Mail via Siakapkeli


from Sehinggit Media https://ift.tt/31pDPKU
via Merah Hati Cintaku

Saturday, 27 June 2020

Pulangkan Balik Sihir Kepada Tuannya Dengan Membaca Surah Az-Zalzalah 3 Kali


Bagi mereka yang menghantarnya, mungkin akan menjadi satu kepuasan tanpa memikirkan mereka yang menanggung. Bahkan tidak memikirkan apa yang bakal ditanggung olehnya (Penghantar) di akhir hayat dan ketika saat dijemput pulang oleh Malaikat Izrail.

Namun selain kita berubat sana-sini, seeloknya kita banyakkan doa kepada Allah SWT dan mengamalkan membaca ruqyah. Jangan mengharapkan pengamal perubatan sahaja yang membacanya.

Terdapat berbagai cara yang dikongsikan oleh mereka yang prihatin, bagaimana cara untuk memutuskan ikatan sihir dan ada juga berkongsi bagaimana untuk mengembalikannya kepada pemilik asal. Ilmu ini juga telah diijazahkan kepada orang ramai.

Jika ada sesiapa mempunyai niat yang tidak baik kepada kita dan dia menghantar sihir kepada kita, insya Allah, sihir yang dibuatnya, dicarinya akan terkena pada dirinya.

Ibarat senjata yang dikirimnya, akan meluukai dirinya. Ibarat penyaakit yang dikirimnya akan menyaakiti dirinya. Ia juga seolah-olah orang yang menahan perangkap, akhirnya dirinya sendiri yang memasuki perangkap tersebut.


RUQYAH PULANGKAN SIHIR KEPADA PENGHANTAR

Caranya adalah dengan membaca Ruqyah untuk diri kita dengan mengamalkan Surah Az-Zalzalah. Surah ini di dalam Al-Quran adalah surah yang ke 99.

CARA MERUQYAH

Pertama – baca surah Az-Zalzalah sehingga ayat 6 seperti berikut:

يَوْمَئِذٍ يَصْدُرُ النَّاسُ أَشْتَاتًا

“Yauma Izinyyas Durunnaasu Asytaata (Ulang Asytaata sehingga cukup 33 kali)


Kedua – setelah selesai membaca Asytaata sebanyak 33 kali, bacalah doa di bawah.

Pastikan anda dalam keadaan berwuduk dan mengadap qiblat.

DOA PULANGKAN SIHIR

Ayyatuhal Arwahul Mursalatu Lana,
Fissihril Ma’muuli Lana,
Izhabuu Min Makaa Nikum Haza,
Wamin Saa A’tikum Hazihi,
Ilaa Man A’milalanas Sihri,
Wadammiruuh
Biduuni Antusiibuunii Walaa Ahadan Min A’anilati,
Wahai Ruh-Ruh yang dikirim kepada kami,
Yang dikirim melalui sihir yang ditujukan kepada kami,
Pergilah kamu semua dari tempat aku ini,
Pergilah kamu semua diwaktu ini,
Kepada orang yang menghantar sihir tersebut kepada kami,
Hancurkan dia, jatuhkan dia, hapuskan dia, musnahkan dia
Tanpa sihir itu mengenai kami (saya) dan juga keluarga kami (saya)
Ketiga – Seterusnya Sambung ayat ke 6 tadi:
لِيُرَوْا أَعْمَالَهُمْ

Baca sehingga habis surah Az-Zalzalah. Ulang sebanyak 3 kali dan lakukan seperti di atas.

UNTUK MERAWAT SIHIR PADA DIRI DAN KELUARGA

Jika anda tidak mahu membaca ruqyah pulangkan sihir, anda boleh juga membaca untuk merawat diri sendiri atau keluarga. Caranya adalah dengan membaca Surah Al-Zalzalah sebanyak 77 kali selama 7 hari. Setiap kali membacanya, sediakan air di dalam bekas secukupnya. Kemudian disiram di sudut-sudut rumah.

Lakukan dengan penuh keyakinan kepada Allah SWT, insya Allah mudah-mudahan Allah perkenankan usaha anda.

Sumber: https://ift.tt/2UZqC8i


from Sehinggit Media https://ift.tt/2Bhl5CD
via Merah Hati Cintaku

2 Anak Yatim Ini Digelar ‘Google Al-Quran’, Hafal Terjemahan Al-Quran Dalam Bahasa Inggeris dan Mandarin


Kedua-dua anak yatim ini dikurniakan kehebatan yang luar biasa oleh Allah SWT, iaitu dapat menghafal ayat-ayat Al-Quran dan terjemahannya. Sehingga diberi gelaran ‘Google Al-Quran’. Mereka menuntut ilmu dari Sekolah Berasrama Islam Muttaqin di Yogyakarta, Indonesia.

Mereka berdua mempunyai ciri-ciri luar biasa, mereka dapat mengetahui setiap ayat dalam Al-Quran. Ahmad dan Kamil dapat menghafal setiap halaman dan urutan dalam Al-Quran dengan baik.

Ketika mereka baru berusia 11 tahun, mereka telah memenangi banyak pertandingan menghafal Al-Quran, baik di peringkat nasional dan antarabangsa. Ahmad dan Kamil telah menghafal 30 juzuk dalam Al-Quran serta terjemahannya.

Menariknya, mereka juga telah menghafal terjemahan Al-Quran dalam bahasa Inggeris dan Mandarin.

Bercerita tentang pencapaian mereka, anak muda ini pernah menyertai Pertandingan Menghafal Al-Quran Antarabangsa Moscow (MTQ) ke-19. Dalam acara MTQ Antarabangsa, mereka menunjukkan kehebatan dalam kategori hafiz atau hafalan.


Ketika Muhammad Ghozali Akbar dan Kamil Ramadhan muncul, ramai penonton menangis tatkala mendengar alunan merdu suara mereka.

Lebih menarik, bukan hanya pandai menghafal Al-Quran, mereka juga menghafal nombor ayat, nombor halaman al-Quran dan juga susunan baris yang dibaca.

Ahmad pernah memenangi tempat pertama dan Kamil memenangi tempat ketiga pada pertandingan Hafiz Indonesia 2017.

Pada pertandingan Hafiz Antarabangsa 2018 di Jeddah, Ahmad memenangi tempat ketiga dan Kamil menduduki tempat keenam.

Sebelum ini, kisah anak muda ini tersebar dan menarik perhatian dunia kerana memiliki bakat semula jadi menghafal al-Quran sekali dengan terjemahan.

Pada akhir acara MTQ Antarabangsa Moscow ke-19, Ahmad dan Kamil menerima banyak ucapan tahniah dari para hadirin yang menghampirinya.

Saya begitu terharu dan kagum, beberapa orang memberi sedekah kepada dua hafiz Indonesia, dan ada juga yang ingin membeli pakaian.


Sumber: Serambinews.com via Siakapkeli.my


from Sehinggit Media https://ift.tt/2Zdw4VU
via Merah Hati Cintaku

Kerajaan Tegas Sekat Kemasukan Pelarian Rohingya Ke Malaysia


Kerajaan tegas dengan pendirian untuk menyekat kemasukan pelarian Rohingya ke negara ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata kerajaan juga masih kekal dengan pendirian bahawa penyelesaian terbaik adalah untuk menghantar mereka pulang dengan Kementerian Luar telah diminta untuk berbincang mencari jalan bagi merealisasikan perkara itu.

“Kita juga minta Kementerian Luar untuk berbincang dengan Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) kerana banyak negara di dunia yang bercakap tentang kemanusian, namun tidak menerima mereka.

Jika benar mereka memperjuangkan isu kemanusiaan, saya cabar mereka untuk ambil Rohingya di Malaysia kerana mereka ini banyak mempersoalkan dan mengkritik kita,” katanya kepada pemberita selepas hadir Majlis Ramah Mesra di Felda Chini 3 di sini, hari ini.


Ismail Sabri juga tidak menolak kemungkinan layanan baik Malaysia sebelum ini menyebabkan negara ini menjadi pilihan pendatang Rohingya.

Beliau berkata masalah pendatang Rohingya yang dianggarkan seramai 200,000 orang di negara ini akan selesai jika semua negara maju yang lantang mengkritik Malaysia mengambil ‘serba sedikit’ pelarian itu untuk dibawa ke negara masing-masing.

“Kita beri layanan yang baik daripada aspek kemanusian, malah kita antara yang terbaik di dunia. Jika ada bencana di negara lain, kita yang pantas menghulurkan sumbangan dan bantuan.

Namun jangan disebabkan kita bersikap baik, seluruh dunia menolak isu Rohingnya ini kepada Malaysia untuk diselesaikan,” katanya.

Selain itu, Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan memberi jaminan kerajaan akan terus memperketatkan sempadan negara termasuk di ‘laluan tikus’ yang menjadi laluan masuk pendatang asing tanpa izin bagi memastikan Malaysia tidak terus menjadi lokasi tumpuan warga asing.

Sumber: BERNAMA


from Sehinggit Media https://ift.tt/2VlMA4M
via Merah Hati Cintaku

Friday, 26 June 2020

Soy Sauce Caramel Ice Cream 醤油キャラメルアイスクリーム

A glass bowl containing Soy Sauce Caramel Ice Cream topped with a drizzle of extra caramel.

Homemade vanilla ice cream reaches its new height with a generous drizzle of soy sauce caramel. An interplay of savory, sweet and creative flavors, this Japanese-inspired ice cream is going to have you come back for more!  Just like Kit Kat, you can find an astonishing array of ice cream flavors in Japan. From matcha ...

READ: Soy Sauce Caramel Ice Cream 醤油キャラメルアイスクリーム

The Post-Coronavirus Cruise? Not Ready to Sail


By BY FRANCES ROBLES from NYT Travel https://ift.tt/2ZcqaUJ

Thursday, 25 June 2020

Road Tripping While Black: Readers Respond


By BY TARIRO MZEZEWA AND TACEY RYCHTER from NYT Travel https://ift.tt/2VkEdqq

Wednesday, 24 June 2020

Throw a Japanese-Themed Picnic with These Favorite Recipes

Japanese Picnic Foods & Recipes

Throw a memorable Japanese-theme picnic with these all-time favorite recipes! On the menu: Japanese macaroni salad, Japanese egg sandwich, onigiri rice ball, carrot ginger dressing, and more. They are great outdoor or indoor. 

READ: Throw a Japanese-Themed Picnic with These Favorite Recipes

The Haunting Beauty of a Hut-to-Hut Hike in the Dolomites


By BY MÓNICA R. GOYA from NYT Travel https://ift.tt/3fRDftp