RAKAMAN video lucah mirip pelakon Zul Ariffin tersebar di laman sosial Twitter pada Rabu.
Menerusi video berdurasi 45 saat itu, individu berkenaan dilihat dalam keadaan berbaring sambil merokok sebelum mula menunjukkan alat sulitnya.
Lelaki berkenaan yang kelihatan seperti berada di sebuah bilik hotel itu seolah-olah sedang berinteraksi dengan individu lain menerusi panggilan video.
Terkejut dengan penyebaran video berkenaan, rata-rata peminat mula menyerang akaun Instagram pelakon Setelah Ku Dimiliki untuk meminta penjelasan.
Video berkenaan mula menjadi tatapan warganet apabila seorang individu dengan akaun @aaagittew bertindak memuat naik di laman Twitter pada Rabu.
Sementara itu, hasil tinjauan mStar mendapati Zul Ariffin bertindak menyahaktifkan akaun Instagram miliknya pada Rabu.
Sebelum ini, sekeping foto dari paparan skrin video sama yang menunjukkan seorang lelaki mirip wajah Zul Ariffin bertebaran di media sosial.
Walau bagaimanapun, ada peminatnya yang berpendapat bahawa gambar itu disunting oleh individu tidak bertanggungjawab.
Sumber: Mstar Online
from Sehinggit Media News https://ift.tt/2PAZYym
via IFTTT