Thursday, 5 December 2019

"Syurga Menantimu Dina.." Sayu, Ibu Muda Meninggal Dunia Setelah Berjuang Lahir Tiga Bayi Kembar


Seorang wanita dilaporkan meninggal dunia setelah melahirkan tiga bayi kembar perempuan dalam kejadian yang berlaku di Medan, Indonesia.

Wanita yang dikenali sebagai Rahmadina Nasution@Dina Nasution itu dikatakan bersalin secara normal dan tidak mengalami sebarang komplikasi.

Namun begitu, dia mengalami sesak nafas dan disahkan meninggal dunia pada Selasa, 3 Disember 2019.

Berikutan itu, gambar terakhir jenazah bersama tiga bayinya menjadi tular di media sosial kerana mengundang rasa hiba ramai yang terkesan akan pemergian ibu ini.

Menerusi akaun facebook salah seorang rakannya, Sukma Alam, wanita itu turut berkongsi kenangan bersama Dina dan perancangan mereka pada masa hadapan.

”Impian kita sebelum ini untuk membawa puteri-puterimu berjalan dan melakukan pelbagai perkara lain yang sudah kita rencanakan.


”Semalam kau buat ramai orang bahagia kerana kelahiran puteri-puteri mu, dan sekarang kau membuat ramai orang bersedih atas pemergianmu. Semoga syurga terindah tempatmu,” katanya.

”Dina ya Allah menitis air mataku melihatnya. Kau wanita kuat Dina, melahirkan tiga orang puteri kembar dengan normal.

”Syurga menantimu Dina. Semoga husnul khotimah, semoga anak-anakmu menjadi anak yang solehah ya Dina. 

”Masih tidak ku sangka Dina, sumpah,” tulis pemilik akaun Indah Fitria Siregar.

”Perjuangan seorang ibu. Allah beri pada ibu ini dan keluarganya kebahagiaan yang tak semua orang boleh dapatkan, tiga bidadari kecil dari syurga.

Tapi sayang, di saat kebahagiaan itu muncul, Allah juga mengambil semula ibu ini untuk kembali kepada-Nya.

”Semoga keluarga dan suami yang ditinggalkannya tabah. Kelak, tiga bidadari kecilmu akan membahagiakan dan membanggakan keluarga dan orang di sekitarnya. Amin,” tulis Chairunisa Atardin.

Sumber : Pojok Sumut via Siakapkeli.my


from Sehinggit Media News https://ift.tt/2RxffTJ
via IFTTT