Perjalanan hidup kita Allah dah tulis cantik. Ada benda yang kita tak dapat, tapi Allah berikan yang lebih baik dan sesuai dengan keperluan kita. Yang penting sabar dan perlu banyak berdoa. Nak-nak orang yang teraniaya sebab doa mereka Allah akan makbulkan.
Begitu juga dengan kisah seorang wanita ini yang dicerai oleh suami dek kerana rasa tak mampu untuk berpoligami. Suami memilih untuk bersama isteri muda dan isteri pertama diceraikan. Namun, ada sinar baru menanti wanita yang diceraikan itu.
Diceraikan suami untuk bersama isteri muda.
Seorang wanita diceraikan atas alasan suami takut tidak mampu berlaku adil untuk berpoligami, isteri pertama dilepaskan dengan talak.
Isteri rasa terganggu dan kelam dunianya bila diceraikan suami, sanggup melepaskan peluang kerjaya dengan tawaran gaji yang hebat, graduasi dari universiti terkemuka luar negara untuk khidmat pada keluarga, di usia 40an suami tinggalkan atas alasan takut tidak mampu berlaku adil.
Senget sungguh pemikiran begini.
Bila diadukan kepada ustaz, dari mendiami rumah yang selesa akhirnya kini duduk di tingkat 4 rumah flat.
Selesai iddahnya, mungkin hanya nak meluahkan perasaan sebal dan kecewa.
“Dalam al quran Allah ada ceritakan perihal talak pada surah at talaq.”
Panjang lebar ustaz huraikan. Di penghujungnya ustaz pesan,
“Akak balik solat taubat dan akak berdoalah apa sahaja hajat yang akak mahu. Berdoalah bersungguh-sungguh pada Allah yang maha kaya.”
Ustaz yang sama menziarahi majlis seorang berpangkat datuk seri, beliau baru kematian isteri dan minta ustaz carikan mana-mana muslimat dengan syarat lingkungan usia 40 tahun ke atas dan 45 tahun ke bawah.”
Hanya peneman di usia tua.
Takdir Allah, ustaz tersebut teringatkan kakak yang diceraikan suami sebelum ni. Maka usahalah ustaz tersebut cari dan bertanyakan perihal datuk sri yang mencari calon isteri. Usia kakak tersebut 43 tahun.
Cantik takdir Allah, dari rumah teres berpindah ke rumah flat dan seterusnya Allah pindahkan beliau di rumah banglo yang mewah. Allah hadiahkan suami yang “kaki masjid”, jauh lebih berkemampuan dan selepas berkahwin suami bawa sebulan berjalan di eropah.
Saya ambil pengajaran dari kisah kakak tersebut dan kongsikan di sini apa yang ustaz pesan.
Jangan bergantung pada suami, hati manusia sentiasa berubah. Allah sahaja sebaik-baik tempat untuk segala hajat dan harapan.
Bila rasa dianiaya, berdoalah bersungguh-sungguh. Doa orang yang dianiaya ni power sangat.
Mintalah ampun dari Allah, semoga Allah buka hijab yang terlindung akibat dosa-dosa kita dan menggantikan dengan rahmat dan keampunan.
Tidak mustahil bagi Allah untuk merencanakan sesuatu yang luar biasa di kotak pemikiran kita, kerana kita semua di bawah kekuasaan Allah.
Allah boleh beri ganti yang lebih baik dari apa yang telah diambil dari kita. Subhanallah.
Ada doa yang Allah makbulkan cepat, ada doa yang Allah tangguh dan beri di masa yang tepat.
Berdoalah, minta rahmat dengan Allah.
Semoga para sahabat yang Allah uji dengan kedukaan, diganti dengan kegembiraan dan kebaikan yang lebih baik dari apa yang dihajatkan.
Semoga air mata yang gugur digantikan dengan cinta lebih dalam kepada Allah.
Cinta Allah, tiada kecewa.
Ummu Amir. Teruslah melangkah sahabatku.
Sumber: Puan Insyirah Soleha
from Sehinggit Media News https://ift.tt/2LHc1t2
via IFTTT