Mengalami masalah perut buncit bagi lelaki yang telah berumahtangga, ianya adalah satu perkara normal. Ada yang beranggapan bahawa, lelaki yang memiliki perut buncit setelah berkahwin bererti mereka memiliki isteri yang pandai memasak.
Ada betul juga jika difikirkan semula, kerana kebanyakkan daripada mereka akan mula mengubah selera. Jika ketika berseorangan mereka lebih suka makan diluar, apabila sudah berkahwin mereka akan mula makan di rumah. Apatah lagi jika mempunyai isteri yang pandai memasak.
Lelaki akan bertambah berat badan setelah berumah tangga adalah suatu perkara biasa dan ianya pasti berlaku (majoriti). Lelaki bujang lebih cenderung hidup aktif, kurang makan dan kurang waktu rehat. Ke sana dan ke mari bersama teman-teman dan setiap masa dipenuhi aktiviti. Malah waktu dan pola pemakanan mereka juga tidak menentu. Lebih-lebih lagi lelaki yang hidup berjauhan dari keluarga.
Oleh itu hampir kesemua lelaki bujang berperut leper dan berat badan mereka sekitar 48-60 kilogram. Namun setelah seseorang lelaki itu mendirikan rumah tangga, dari tahun ke setahun berat badan mereka akan bertambah.
Ini adalah kerana mereka sudah tidak lagi hidup aktif. Lebih banyak masa dihabiskan bersama anak dan isteri di rumah. Jadual makan yang teratur, tambah apabila mendapat isteri yang pandai dan gemar memasak.
Hampir semua lelaki berkahwin dengan tujuan untuk makan di rumah. Lelaki akan merasa selesa setelah berkahwin kerana ada isteri yang akan menyediakan makanan dan mudah bagi mereka untuk makan. Berbanding wanita.
Wanita yang hidup bujang masih tetap memasak. Jadi mereka akan terus memasak setelah berumah tangga malah menurut kajian wanita akan lebih minat memasak setelah berumah tangga. Mereka didapati akan mula gemar mengumpul resepi dan menonton rancangan masakan.
Sangat beruntung jika anda memiliki isteri yang pandai memasak, kerana anda akan sentiasa dihidangkan dengan masakan-masakan yang berlainan setiap hari. Namun begitu, awas! ianya mampu membuatkan anda bertambah selera dan menaikkan berat badan anda.
Sumber: Bukanaku.com
from Sehinggit Media News https://ift.tt/2oVf7RX
via IFTTT