Wednesday, 6 November 2019

“Perginya Seorang Lagi Permata Ummah,” Dato Hj Borhan Hashim Meninggal Dunia


Ramai di antara kita yang mengenal peribadi seorang ulama, Dato’ Haji Borhan Hashim yang disegani oleh umat Islam di Malaysia. Berita pemergiaanya dikongsi oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad Al bakri menerusi laman sosial Facebook milik beliau.

Kami mengenali almarhum Y.Bhg.Dato’ Hj.Borhan bin Hashim sebagai seorang ilmuan yang mempunyai pemikiran yang terbuka dan sentiasa mengikuti perkembangan semasa.


Mengenali beliau lebih 20 tahun semasa kami sama-sama berkhidmat sebagai Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan, membuatkan diri ini begitu mengagumi sifat istiqamah beliau dalam ilmu dan agama.

Semoga Allah SWT mengurniakan ketabahan kepada keluarganya. Salam takziah daripada kami. Sama-sama kita sedekahkan Surah al-Fatihah kepada almarhum.

اللهُمَّ، اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ، وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ، وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ، وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الْأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ، وَأَهْلًا خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ – أَوْ مِنْ عَذَابِ النَّارِ


Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan via Siakapkeli


from Sehinggit Media News https://ift.tt/2WOvOLg
via IFTTT