Monday, 18 November 2019

Menurut Kajian, Tempoyak Dari Buah Durian Boleh Buatkan Anda Lebih Gembira


Tempoyak, makanan yang diperbuat daripada isi buah durian yang diperam bersama dengan garam merupakan makanan tradisi orang Melayu sejak berkurun-kurun lamanya. Ia boleh disimpan untuk jangka masa panjang dan tidak akan busuk mahupun rosak. Ia mempunyai rasa masam dan bau yang sangat kuat.

Siapa yang tidak kenal dengan buah durian? Buah dengan kulit berduri tajam namun memiliki isi yang lembut dan enak yang luar biasa. Durian termasuk tumbuhan tropika sehingga sangat mudah ditemukan di kawasan Asia Tenggara.


Semasa musim buah durian, ia sangat mudah dijumpai di pasar-pasar buah. Selain itu, ia mengandung pelbagai nutrien sehingga memiliki banyak manfaat untuk kesihatan. Bukan hanya buahnya sahaja yang memberi manfaat, Malah, bahagiannya yang lain juga dapat dimanfaatkan untuk berbagai keperluan seperti manfaat biji durian, kulit durian, dan daun durian.

Tempoyak


Buah durian juga dapat dibuat menjadi tempoyak yang sangat digemari dan terkenal di kalangan masyarakat. Tempoyak merupakan makanan hasil dari buah durian sehingga rasanya masam dan ada sedikit manis serta beraroma tajam. 

Bahan makanan ini dapat dengan mudah didapati di pasar minggu atau boleh juga dibuat sendiri di rumah. Tempoyak mengandung berbagai nutrisi yang baik bagi tubuh diantaranya karbohidrat, manfaat protein, lemak, vitamin C, serta beberapa mineral seperti fosfor, zat besi, dan kalsium.

Tempoyak juga merupakan makanan yang tahan lama, kadang-kadang jika diletakkan di dalam peti sejuk, memang rasanya masih mampu membuatkan anda terliur. Untuk membuat tempoyak tidak lah susah mana, cuma sisihkan isi durian dengan bijinya kemudian di beri sedikit garam. 

Masukkan ke dalam kontena dan biarkn beberapa hari, dan bila sudah cukup masanya, pasti sangat berselera jika dimakan dengan ikan bilis dan cili.

Merujuk kepada perkongsian di pakdin.my, kajian menunjukkan bahawa tempoyak kaya dengan kuman baik probiotik jenis asid laktik bacilli (LAB) iaitu spesis ‘Lactobacillus plantarum’. Bakteria ini mempunyai ketahanan daripada penghadaman oleh asid perut (pH 2.0) dan garam hempedu dalam usus (0.3%).

Selain itu, ia juga mampu mengurangkan proliferasi sel-sel kanser adenocarcinoma. Ini adalah fakta yang sangat menarik dan sepatutnya mengujakan kita untuk selalu diambil bersama dalam pemakanan seharian kita. 

Namun, kita juga perlu bersederhana dalam pemakanan ini kerana tempoyak mempunyai kandungan garam yang tinggi dan durian pula mempunyai kandungan gula yang agak tinggi. Tetapi, faedah probiotik yang terdapat di dalam tempoyak adalah satu perkara yang patut kita utamakan.

Sumber: https://ift.tt/2oTZ473


from Sehinggit Media News https://ift.tt/32Y8Hzw
via IFTTT