Ramai yang menjaga penampilan diri, mahu kelihatan cantik pada paras rupa, tetapi abaikan beberapa part penting. Antara yang sering diabaikan ialah bau badan.
Ramai diantara kita yang tidak menjaga bau badan dengan baik. Rupa paras dan cantik, tetapi badan berbau. Ianya adalah salah satu perkara yang penting harus dititkberatkan selain menjaga kecantikkan wajah.
Sudah pasti rasa pelik, apabila anda berjalan disebelah wanita yang sangat cantik, namun berbau busuk dan masam kerana bau badan yang kuat. Sudap pasti persepsi anda berubah bukan?
Berdasarkan kajian saintis, bau memang mempengaruhi impresi kita terhadap seseorang.
Rupanya, memakai minyak wangi bukan sahaja akan membuatkan mood pemakainya menjadi lebih baik malah ia akan membuatkan seseorang akan kelihatan lebih cantik.
Eksperimen telah dibuat kepada wanita yang sama dan hasilnya, wanita tersebut didapati dianggap lebih menarik ketika memakai haruman. Penyelidik juga mendapati persepsi terhadap rupa paras fizikal dipengaruhi oleh emosi berbanding rasional.
Haruman dan daya tarikan fizikal wajah akan berintigerasi dan dinilai bersama oleh emosi. Situasi ini juga dikaitkan dengan tindak balas neural yang diproses di otak.
Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada bau mempengaruhi persepsi sebenar visual ciri-ciri wajah dalm erti kata lain, bagaimana muka dinilai secara emosi oleh otak.
Jadi untuk menyempurnakan penampilan dan tampil lebih menarik dan cantik, semburan minyak wangi nampaknya memang terbukti memberikan impak sebegini. Malah ianya juga mudah dan tidak mengambil masa yang lama untuk dipraktiskan.
Jadi sebelum keluar rumah, bolehlah anda semburkan sedikit haruman kegemaran anda. Tak susah rupanya untuk kelihatan cantik.
Sumber: Wanista via https://bukanaku.com/
from Sehinggit Media News https://ift.tt/2KCnCZP
via IFTTT