Monday, 18 November 2019

Letih Nak Melayan Ego Suami, Realitinya Ramai Isteri Hidup Dalam Tekanan


Bila bercakap mengenai perkahwinan, semestinya kaum perempuan begitu teruja. Semuanya mengimpikan perkahwinan yang indah dan bahagia. Kalau boleh Till jannah.

Pada beberapa bulan atau tahun awal perkahwinan, suami isteri pastinya akan mengalami suasana yang sangat bahagia dan harmoni. 

Namun sesudah sekian lama duduk di bawah bumbung yang sama, para suami mungkin akan kerap tertanya-tanya apakah punca wanita yang dikahwini selalu marah-marah? Bukan mengenai hal besar pun, tetapi perkara remeh seperti mainan anak bersepah, banyak baju perlu dibasuh dan sebagainya.

Ikuti perkongsian oleg Dr. Erna Nadia dibawah

Tahukah anda berapa ramai sebenarnya wanita wanita yang sudah berkahwin berada di dalam keadaan tekanan?

Ramai yang berkongsi cerita kepada saya mengatakan mereka sebenarnya letih/penat dengan hal ego suami.

Hakikatnya memang ramai yang memendam rasa.

Wanita memang begitu. Dia sedih tapi dia paksakan juga senyuman terlukis di wajah. Dia letih tapi dia paksakan juadah tersedia atas meja. Dia ada seribu satu masalah dan cerita mahu di kongsi tapi luahannya jarang didengar oleh suami yang pada dia adalah kawan baik dia.

Luluh hati bila baca luahan mereka mereka.

Ada suri rumah, ada yang bekerja. Tiada istilah isteri yang tidak bekerja kerana hatta menjadi suri rumah pun, banyak sahaja kerja yang perlu dilakukan. Malah lebih lagi kerana 24/7 masa mereka habis untuk hal hal di dalam rumah sahaja.


Apa yang selalu mereka adu kan?

Suami saya tu diam aje. Nak sembang pun rasa macam cakap dengan dinding. Boring sungguh. At least reply la apa apa yang patut. Kalau dia cakap dengan kawan dia, elok pulak.

Suami saya tu semua benda taknak cerita dengan saya. Apa salahnya berkongsi cerita dengan isteri. Walau saya tak kerja, saya seronok saja dengar plan plan dan kerja dia. Mana tau kot saya boleh bagi sedikit dua pandangan ka. Ini asyik diam aje semedang.

Suami saya tu memang tak peka pun dengan perasaan saya. Yang dia tahu, dia balik rumah dia nak berehat je. Bukan nak sembang sembang ke melayan anak bini ke. Saya sedih tau tadi yadayadayada jadi. Saya ingat dia nak faham la, sekali dia boleh elok angguk dan cakap ok je sambil tangan main game.

Suami saya tu bukan nak tolong jaga anak anak kejap. Yang dia tau di nak buat hal dia saja. Saya tau la dia balik rumah penat tapi salah ke kalau dia nak spend masa sejam je ke untuk main dengan anak anak. Boleh juga saya uruskan diri saya sekejap. Ini tak, balik makan lepas tu baring main telefon dan tidur.

Suami saya tu pemalas gila. Nak cari kerja punyalah memilih. Taknak kerja dengan orang sebab taknak disuruh suruh buat kerja itu ini. Dia nak berniaga sendiri takpun nak kerja yang boleh lepak lepak. Sampai ke sudah tak kerja, saya pulak yang kena cari kerja dan tanggung dia dan anak anak.

Suami saya itu suami saya begini.

Sampai akhirnya yang paling sedih terpacullah soalan : Jadi, apa guna kahwin sebenarnya? Untuk makan hati? 

Ramai sebenarnya wanita yang rasa begini. Tapi kebanyakkan mereka memendam sejuta rasa. Diluah mati mak, diludah mati bapak.

Ada yang hidupnya penuh tekanan, tidurnya tidak selesa, fikirannya berkecamuk. Ada yang memutuskan untuk tamatkan hubungan suami isteri. Ada yang mencuba perkara perkara gila untuk memuaskan rasa tekanan di jiwa.

Untuk yang bergelar suami, Layanilan isteri anda sebaiknya. Perkahwinan itu dicipta untuk mendirikan masjid yang indah. Setiap orang ada peranannya.

Bahagia itu bukan kekayaan harta semata. Bahagia itu perasaan menjadi selesa, cinta semakin mekar dan tidak menyakitkan. Perkahwinan itu toleransi. Jangan rasa bosan dengan pasangan.

Wanita ini dia akan cuba bertahan apabila dia benar benar sayang.

Komunikasi itu penting. Anggaplah isteri anda seperti kawan baik anda. Berkongsi segalanya dengan dia. Belai dia, dengari dia, santuni dia. Tekanan boleh mendatangkan pelbagai penyakit.

Semua orang diberi masa 24jam sehari jadi manfaatkan masa yang Allah beri pada kita sebaiknya. Ada masa untuk kerja, ada masa untuk keluarga, ada masa untuk ugama dan ada masa untuk diri anda.

Bagaimana?

Inilah yang perlu anda duduk semeja dan bincang supaya masa yang anda peruntukan untuk diri sendiri tidak diganggu.

Boleh kan? InshaAllah boleh

Kasihanilah isteri isteri anda. Tanpa mereka, kesunyian juga anda, kan?

Hargailah mereka selagi ada. Ingat kembali lafaz akas nikah sewaktu anda mula mula mengambil izin mereka dari ibu bapa/penjaga mereka.

Nota kaki : Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat. (Buya Hamka)



from Sehinggit Media News https://ift.tt/331NSTE
via IFTTT