Tuesday, 5 November 2019

Lakukan Urutan tapak kaki Ini Sebelum Tidur Dan Rasakan Keajaibannya Esok Hari!


Beberapa kajian dijalankan mengatakan bahawa urutan di tapak kaki sebelum tidur mampu menjadikan badan lebih santai dan mengurangkan risiko kekejangan pada otot-otot. Terdapat banyak manfaat melakukan urutan pada tapak kaki setiap malam sebelum tidur dan manfaat yang boleh dikongsikan anataranya:

1. Melancarkan Aliran Darah

Urutan di tapak kaki secata teratur dan konsisten mampu melancarkan aliran darah secara optimum. Selian itu, aliran darah yang baik dan lancar membantu untuk mendapatkan kulit yang lebih sihat dan mengurangkan pengumpulan kolestrol dan lemak dalam darah. Kepada pesakit diabetis, urutan pada kaki sekurang-kurangnya 20 minit sebelum tidur membantu dalam proses penyembuhan.

2. Mengatasi Masalah Migrain

Anda punyai masalah migrain atau sakit kepala? Kajian mendapati bahawa dengan melakukan urutan serta menekan bahagia tertentu pada tapak kaki mampu memulihkan beberapa penyakit termasuk migrain.


3. Menurunkan Tekanan Darah

Satu lagi manfaat luar biasa dengan mengurut tapak kaki sebelum tidur adalah menurunkan tekanan darah. Bukan sahaja menurunkan tekanan darah malah urutan yang lembut di kaki akan membantu menyegarkan tubuh menjadikan diri lebih tenang dan santai.

Terdapat kajian di mana ia menyatakan bahawa mengurut tapak kaki selama 10 minit sebelum tidur membantu tubuh merembeskan hormone yang mencetuskan perasaan cemas serta membantu mengatasi masalah lain termasuklah tekanan darah tinggi.

5. Memulihkan Hubungan Intim Bersama Pasangan

Mengurut tapak kaki dengan menggunakan minyak aromaterapi beserta alunan muzik yang mendamaikan mampu memberi ketenangan kepada tubuh dan emosi. Di saat ini pastinya menjadikan diri dan pasangan lebih bersedia untuk hubungan intim yang lebih baik. Urutan yang tepat di tapak kaki dipercayai mampu meningkatkan keinginan seksual seseorang.

6. Menurunkan Risiko Menopause

Mengurut tapak kaki sangat baik untuk kaum wanita. Menurut kajian, aktiviti mengurut tapak kaki mampu melambatkan risiko menopause. Ia sangat baik untuk mengatasi masalah sembab atau bengkak kaki semasa mengandung. Oleh itu, kaum bapa yang macho dan gentleman, urut dan sila manjakan isteri anda.

Alhamdulillah sedikit perkongsian yang dipetik dari mediakesihatan.com, beberapa faedah mengurut tapak kaki yang mungkin kita tidak pernah tahu sebelum ini. Oleh itu, pasangan suami isteri, sama-samalah mengurut tapak kaki pasangan anda sebelum tidur ya! Semoga info ini memberikan manfaat dan juga agar kita diberikan kesihatan yang maksima serta dijauhkan dari pelbagai jenis penyakit yang menanti tanpa mengenal usia mahupun keturunan.


from Sehinggit Media News https://ift.tt/2NGlQrj
via IFTTT