Betullah orang kata rupa paras dan usia bukan menjadi penghalang untuk kita mengahwini seseorang.
Seperti kisah perkahwinan yang viral di Thailand ini di mana seorang lelaki berusia 70 tahun telah berkahwin bersama seorang gadis berusia 20 tahun. Difahamkan ini merupakan perkahwinan pertama bagi mereka berdua.
Hantaran 20 juta Baht
Perkahwinan ini menjadi viral di media sosial di Thailand apabila si suami memberi hantaran perkahwinan bernilai 20 juta Baht bersamaan RM2.75 juta kepada isterinya itu.
Perbezaan umur antara mereka adalah kira-kira 50 tahun dan ini merupakan perkahwinan pertama lelaki berusia 70 tahun itu. Foto perkahwinan ini turut dikongsi ahli keluarga pasangan pengantin di media sosial.
Media sosial di Thailand gempar dengan perkahwinan seorang lelaki tua yang kaya bernama Chana Jiklalogphong. Bertemu jodoh dengan seorang gadis di mana mereka mempunyai jarak 50 tahun. Hantaran perkahwinan itu lebih 20 juta Baht.
Pengantin lelaki ini adalah pemilik salah satu brand kopi di Thailand iaitu Khao Shong manakala pengantin perempuan pula tidak dimaklumkan status pekerjaannya.
Foto perkahwinan viral
Sumber: Chettha Songthaveepol, Thai Smile Variety via Ohbulan.com
from Sehinggit Media News https://ift.tt/2XqHHaB
via IFTTT