Wednesday, 20 November 2019

Bahagiakan Isteri Adalah Sedekah Terbaik Seorang Suami, Rugi Tak Amalkan

Gambar hiasan

Bersedekah merupakan amalan yang mulia. Lebih-lebih lagi ia perkara sunat yang sangat dituntut pada hari Jumaat. Seringkali kita terlepas pandang untuk bersedekah pada ahli keluarga sendiri berbanding mengutamakan orang lain. 

Sedangkan bersedekah dan memberi sumbangan kepada ahli keluarga sendiri seperti isteri dan anak-anak adalah lebih afdal dan besar ganjaran pahalanya. Malah, bahagiakan isteri juga adalah sedekah terbaik bagi seorang suami.

Jemput baca perkongsian daripada Dr Taufiq Razif ini mengenai keutamaan amalan bersedekah:

“Semoga Allah murahkan rezeki abang “

Terharu pulak bila isteri saya cakap macam ni kat saya. Ceritanya macam ni. Tadi lepas solat Jumaat saya cari cari peminta sedekah di sekitar Masjid Al Azim Melaka ni tapi tak jumpa.

Habit saya memang tiap kali lepas solat Jumaat saya kena bagi sedekah. Tak kisah banyak ke sikit tetap kena bagi sedekah. Jenuh cari peminta sedekah kat masjid ni tapi tak jumpa jugak.

“Adui. Macam mana ni. Tak tenang pulak hati ni kalau tak dapat bersedekah lepas solat Jumaat “


Tiba-tiba Allah campak ilham dalam hati saya. Lebih kurang macam ni :

“Eh. Kamu tahu tak orang yang paling utama terima duit sumbangan kamu adalah isteri dan anak anakmu sendiri “

Allah. Terus saya berjalan ke kereta yang saya parking depan masjid. Lantas saya hulur duit yang saya niat nak bagi pada orang lain tu pada isteri saya yang tengah tunggu saya dalam kereta.

“Nah duit sayang “

“Eh kenapa abang? “

“Abang tak jumpa peminta sedekah tadi. Abang lupa, orang paling utama abang patut bagi sedekah dan sumbangan adalah isteri dan keluarga abang sendiri “

Terus dia cium duit tu tanda dia sangat menghargai pemberian saya dan dia ucapkan satu perkataan yang buatkan hati saya sangat sebak. ” Semoga Allah murahkan rezeki abang ”

Saya terdiam seketika. Ya Allah. Kalimat inilah kalimat doa yang akan memperlebatkan rezeki saya sekeluarga!

Patutlah ada satu hadis Nabi riwayat Muslim. Dalam Hadis tu sebut yang sedekah yang paling besar pahalanya adalah sedekah kepada keluarga kita sendiri.

p/s : Bahagiakan isteri adalah sedekah terbaik seorang suami.

Sumber: Dr Taufiq Razif via Mingguan Wanita


from Sehinggit Media News https://ift.tt/33013o5
via IFTTT