SEORANG warga Nigeria bertindak menanam mayat bapanya di dalam sebuah kereta BMW baharu.
Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Azubuike kehilangan bapanya akibat sakit tua.
Azubuike pernah berjanji kepada bapanya untuk membelikannya sebuah kereta tetapi hajat itu gagal dipenuh sewaktu dia masih hidup.
Susulan itu, Azubuike membelanjakan sebanyak $66,000 untuk membeli sebuah kereta BMW baharu itu sebagai keranda bagi menanam mayat bapanya.
Tindakan tersebut ternyata mengejutkan netizen di Facebook yang menyifatkan ia sebagai satu pembaziran.
Sifiso Inno Makhashila berkata:"Belikan kereta kepada ibu bapa anda ketika mereka masih hidup sekiranya anda berduit dan letak mayat mereka di dalam keranda tetapi perbuatan ini amat tidak masuk akal dan sengaja mahu menunjuk-nunjuk."
from Sehinggit Media https://ift.tt/2K93nDW
via Merah Hati Cintaku