Seringkali dinasihatkan, diviralkan, dinyatakan akibatnya di media sosial, namun masih ada golongan perokok yang tidak bertanggungjawab merampas hak golongan bukan perokok untuk menghirup udara segar di tempat awam.
Apabila ditegur, kebanyakan kaki perokok ini melenting dan menyalahkan kembali individu yang menegur, biarpun teguran itu dibuat kerana bimbang dengan kesihatan anak-anak kecil. Malah ada perokok yang langsung tidak sensitif dan sanggup merokok di depan bayi mereka sendiri.
Dalam insiden baru-baru ini, Ahmad Aidil Rafiq dalam postnya menulis dia tiada pilihan lain dan menegur tindakan seorang lelaki yang merokok secara sembunyi-sembunyi di tempat makan (RNR) yang penuh sesak sehingga mengganggu pengunjung yang membawa anak kecil termasuklah Ahmad Aidil Rafiq sendiri yang ketika itu sedang menjaga anaknya.
"Bang! Sorry bang! Saya Ada Baby!"
SELAGI perkara ini berlaku, aku akan up cerita ini supaya kau orang pun bersuara. Sepanjang perjalanan ke Pendang hari ini, kami sekeluarga cuma berhenti di RnR Sungai Perak saja untuk berjama' ta'khir dan makan ikan patin masak tempoyak.
Usai aku bersolat, sementara menunggu isteri menunaikan rukun Islam yang kedua, aku duduk menjaga Amsyar yang sedang sedap lena dibuai tidurnya. Tak ada tilam yang paling sedap dalam dunia selain dalam pelukan Papa agaknya.
Sedang aku melayan mencari talian, tiba-tiba terbau asap rokok. Apa natang dalam tempat makan ramai-ramai siap ada budak kecil pun masih gian membakar rokok?! Bukan tak boleh turun ke tempat parking, sedut di situ.
Aku galak mencari punca bau sebab sedang peluk Amsyar, aku tak boleh banyak bergerak. Karang terjaga nak menyusu. Mamanya belum siap lagi. Aku tak ada susu, air peluh banyaklah.
Di depan aku ada seorang perempuan Cina sedang memeluk anaknya. Aku tengok mata dia pandang ke mana dengan kerut di dahi, terus aku toleh ke belakang. Rupanya ada satu keluarga dengan lelakinya merokok secara bersembunyi.
Aku tak cerita panjang, terus aku kuatkan suara.
"Bang! Sorry bang! Berhenti merokok di sini! Saya ada baby ni!" sambil aku kibas-kibas napkin Amsyar bagi bau rokok hilang.
Seriuslah, tak ada common sense? Ya bang, suara aku kuat pasalnya aku mewakili seluruh bapa yang ada anak berhampiran dengan hangpa untuk tidak membunuh anak-anak kami.
Bang, kalau kau terbaca post aku, aku nak minta maaf kalau kau sekeluarga terasa malu kerana aku kuatkan suara. Sampai aku tengok kau orang sekeluarga blah dengan makanan tak habis di atas meja itu. Tetapi serius bang, aku ada ramai kawan dan sahabat baik yang merokok tapi tak benak kepala sampaikan nak membakar di tempat yang sesak dengan orang, tambah lagi ada anak kecil.
Perkara ini tuan-tuan, tolonglah bersuara. Kalau kau malu, berat mulut nak menegur, kau pilih antara dua iaitu jaga rasa malu kau atau jaga anak berhari-hari lamanya di hospital?
Dan seperkara lagi, beli sanitizer botol besar dan letak di sebelah anak kau kalau kau keluar berjalan dan berhenti berehat. Itu satu tanda yang orang lain akan faham bahawa kau ini sangat mengutamakan kebersihan.
Aku dah merasa bang, anak masuk hospital. Bukan main sakit dan pedih telinga kau bila dengar anak meraung dicucuk sana sini. Pedih lagi rasa hati.
p/s: Satu lagi nak pesan. Kalau hangpa bawa keluarga makan di tempat awam, susun elok-eloklah pinggan dan sisa makanan selepas makan. Beritahu kepada anak-anak, orang lain pun nak menggunakan meja selepas itu. Sudah tua-tua, anak pun sudah besar tingkatan. Malaysia pun sudah tukar parti pemerintah. Takkan kau satu keluarga masih lagi dengan perangai lama?
Sumber: Ahmad Aidil Rafiq via The Reporter
from Sehinggit Media https://ift.tt/2K7o53N
via Merah Hati Cintaku