Wednesday, 20 June 2018

Melampau Sangat Dah Sampai Tunjuk Anu


Farahdhiya, 34, mendedahkan kebelakangan ini ramai pengikut lelakinya semakin berani menghantar gambar kemaluan selain mesej berbaur lucah menerusi DM (direct message) di Instagram.

“Sebelum ini, saya abaikan saja mesej sebegitu tapi beberapa tahun kebelakangan ini makin melampau pula mereka. Bayangkan, pada hari raya pun tiba-tiba ada yang hantar gambar kemaluan.

“Ia sangat kurang ajar dan melampau. Ikut gerak hati, saya memang mahu saja dedahkan identiti mereka namun saya tidak mahu merosakkan minda pengikut saya yang di bawah umur.


“Saya tidak tahu apa sebenarnya yang mereka fikir dan anggap mereka mungkin ada masalah mental. Ini disebabkan orang normal tidak mungkin tergamak bertindak keji seperti itu,” katanya.

Penyanyi Bertakhta Di Hati itu berkata buat masa ini dia mahu abaikan mesej sebegitu dan menyekat akaun pengikut yang melampau.

Bagaimanapun, menurutnya dia juga tidak teragak-agak mengambil tindakan lanjut terhadap pengikut yang degil dan terus mengganggunya.


“Sebelum ini saya memang pernah ‘sound’ beberapa pengikut bahawa saya akan buat laporan polis jika mereka tidak berhenti. Kalau ikutkan hati, saya mahu saja pejam mata tapi tahap kesabaran saya pun ada hadnya.

“Sudah banyak kali saya ‘block’ pengikut seperti itu namun ada yang kembali membuat akaun baru dan mengulanginya. Saya cuma fikirkan tidak mahu buka aib mereka dan itulah sebabnya tidak mendedahkan akaun mereka,” katanya.

Terdahulu, Farahdiya bertanya kepada pengikutnya sama ada dia patut mendedahkan atau tidak perbuatan terkutuk itu di Instastory.

“Jujurnya dah banyak kali terima gambar kemaluan lelaki yang dihantar melalui DM, I'm getting sick of it! I rasa I nak kongsi nama orang tu dan gambar 'anu' dia sekali, biar satu Malaysia tengok.

"Nak sangat tunjukkan? Should I?” tulisnya.


from Sehinggit Media https://ift.tt/2JU9HQe
via Merah Hati Cintaku