Friday 22 June 2018

Ibu Hadapi Tuduhan Bunuh Anak


TEMERLOH - Seorang suri rumah berdepan hukuman mati apabila didakwa di Mahkamah Majistret di sini pagi ini atas tuduhan membunuh anak lelakinya yang berusia 19 bulan pada hari raya ketiga, Ahad lalu.

Bagi pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, Asmani Mat, 31, didakwa membunuh Muhammad Nur Rashdan Muhammad Rizal di rumah mereka di Felda Jengka 13, Maran antara pukul 8.30 hingga 9 malam.

Tertuduh bagaimanapun tidak membuat sebarang pengakuan selepas kertas pendakwaan dibacakan jurubahasa di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Ti Pei Si.

Pada Ahad lalu, leher Muhammad Nur Rashdan dikelar tertuduh menggunakan pisau sebelum perbuatan tersebut disedari bapa mangsa, Muhammad Rizal Jusoh, 42, yang turut berada di rumah.

Mangsa disahkan meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Jengka dan tertuduh yang mempunyai tiga anak itu ditahan untuk siasatan sebelum dituduh di mahkamah hari ini.


Sejurus tiada pengakuan direkodkan di mahkamah di sini, Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hajar Mustapha memohon supaya Asmani dibenarkan menjalani pemeriksaan mental di Hospital Permai, Johor Bahru, Johor dalam tempoh tidak kurang sebulan.

Dalam permohonan mengikut Seksyen 342 Kanun Acara Jenayah tersebut, Siti Hajar menjelaskan, Asmani menunjukkan simptom masalah mental serta tidak fokus sejak sebelum dibawa menjalani prosiding pertuduhan.

"Pihak pendakwaan syak tertuduh alami masalah mental. Selain itu, pihak pendakwaan juga perlu menunggu laporan bedah siasat dan laporan kimia," ujar Siti Hajar.

Pei Si membenarkan permohonan tersebut dan menetapkan pada 20 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes. 


from Sehinggit Media https://ift.tt/2tsRzCg
via Merah Hati Cintaku