Tuesday 26 June 2018

BAPAK SETAN ! Rogol Anak Tiri Dipenjara 16 Tahun JER !!


Gara-gara merogol anak tiri sendiri bulan lalu, seorang lelaki berusia 47 tahun menerima hukuman penjara selama 16 tahun dan 10 sebatan di Mahkamah Sesyen, di Kota Bharu, hari ini.
Hukuman itu dijatuhkan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin selepas tertuduh mengaku bersalah susulan pertuduhan dibacakan.
Mengikut fakta kes, tertuduh telah merogol anak tirinya yang ketika itu berusia 14 tahun enam bulan di sebuah rumah di Kuala Krai, Kelantan pada jam 8.30 malam, 27 Mei lalu.
Bagi kesalahan tersebut, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lapan tahun dan 10 sebatan, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hajar Alias yang memohon agar tertuduh dikenakan hukuman berat kerana sepatutnya tertuduh melindungi mangsa namun mengambil kesempatan dengan meragut maruah mangsa.
"Akibatnya, perkara tersebut meninggalkan titik hitam dalam kehidupan mangsa," katanya.

Malaysiakini tidak menamakan pihak terbabit bagi melindungi identiti dan privasi mangsa.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu agar dikenakan hukuman ringan atas alasan perlu menanggung keluarga.
Mahkamah kemudian mengarahkan hukuman penjara tertuduh di Penjara Pengkalan Chepa berkuat kuasa daripada tarikh tangkap iaitu 17 Jun lalu.
Difahamkan, mangsa sebelum ini sering dicabul oleh tertuduh yang juga seorang penoreh getah.
Akibat tidak tahan dengan perlakuan kejam bapa tirinya, mangsa bertindak mengadu kejadian dialaminya kepada kakak angkat sebelum mereka melaporkan kepada pihak polis.