Wednesday, 11 April 2018

Teruja Aliff Syukri Bagi Makan Percuma, Tapi Cuba Cari Apa Yang Tak Kena Di Bannernya?


Anda sedang 'sengkek', tapi nak makan sedap? Masih sempat lagi kalau nak singgah ke restoran baru Datuk Seri Aliff Syukri. Jangan lepaskan peluang, rezeki jangan ditolak!


Usahawan kosmetik itu baru-baru ini menawarkan makanan percuma kepada 100 pengunjung pertama selama tujuh hari sempena pembukaan cawangan baru Rumah Makan Terlajak Laris di Sungai Buloh, Selangor.

Tawaran itu dihebahkannya menerusi laman Instagram miliknya.

"Datanglah ke @romahmakanterlajaklaris di Sungai Buloh. Hari ini (Selasa) adalah grand opening. 100 pengunjung terawal akan mendapat makanan percuma yang berbeza setiap hari. Zoom dan baca poster ini," tulisnya.

Rata-rata peminat dan pengikut teruja dengan tawaran berkenaan dan mahu mencuba nasib berkunjung ke restoran itu walaupun tahu mungkin harapan menjadi 100 pengunjung terawal adalah terlalu nipis.

Bagus buat tawaran percuma masa tengah sengkek ni


Bagaimanapun, masih ada segelintir pihak mengecam Aliff kerana info diberikan tidak jelas.

"Makan percuma dari jam 10 pagi hingga 1 tengah hari saja. Hampeh, bukan nak bagitahu betul-betul," komen netizen.


Namun, ada sesuatu tidak kena pada banner berkenaan yang melucukan netizen. Apa yang tidak kena tu?

Lambat lagilah nak tunggu 2108

"Ini 2108 punya menu. Nanti saya suruh cucu saya datang," komen netizen.


Aduhai, macam-macamlah Datuk Seri ni. Tak habis-habis dengan perangai kalut dia sampai tersalah cetak tarikh pada banner pun tak perasan. Kalau ada yang singgah tu, payunglah sikit komentar anda.

Sumber: CARI


from Sehinggit Media https://ift.tt/2qqq0Yz
via Merah Hati Cintaku