Thursday 12 April 2018

‘I Hope You Sedia Tanggung Benda Fitnah Terhadap Saya’ – Dituduh Show Off, Ini Respon Hafiz Hamidun


"Penyakit show off" demikian tulis seorang pengguna Twitter juga memuat naik tweet Hafiz Hamidun berkata penyakit suka menunjuk-nunjuk semakin membarah dalam masyarakat kita. 

Malah, Pinot (@_miyaarsad) juga menyertakan beberapa gambar yang dipernah dimuat naik oleh Hafiz bersama dengan 'harta kemewahan'. 

Tweet Pinot yang dimuat naik sejak jam 5.31 petang Rabu telah dikicau 11,155 kali dan disukai 4,593 pengguna laman berkenaan yang juga memberikan pelbagai reaksi terhadap tweet tersebut.






Tidak kurang juga, ada yang mengecam Pinot kerana menimbulkan fitnah dan memalukan dirinya sendiri. 

"Maaf cik atau puan, fikir dulu sebelum tweet. Sekarang awak sendiri dah memalukan diri awak sendiri," kata Dham (@nordhamira). 

"Yang aku tak faham sekarang ni, individu yang post ini tak dengki pun. Hahaha! Dia just nak tunjuk balik ciri-ciri orang munafik ini apabila dia berkata dia berdusta. Hahaha! Rata-rata pekomen sekarang cakap individu ini hasad jeles apa semua. Hahaha! Meleis sangat," kata Fxdz.lie (@jxmbonix). 

Bagaimanapun, tampil seorang individu menjelaskan dua gambar yang dikongsikan Pinot itu merupakan gambar ELshape di Melaka, bukannya harta Hafiz seperti yang didakwa. 

Sementara itu dalam tweet balas Hafiz berkata, "Alhamdulillah. Semoga hidup awak bahagia dan jiwa awak senang. 

"Kalau posting itu buat awak puas hati, I hope you juga sedia tanggung benda fitnah yang orang mengata pasal saya. Assalamualaikum," katanya.


Sumber: The Reporter


from Sehinggit Media https://ift.tt/2GTJ2BQ
via Merah Hati Cintaku