PENYANYI Wany Hasrita menegaskan dirinya masih solo walaupun namanya pernah dikaitkan dengan tiga jejaka iaitu Tajul Arif, Khai Bahar dan terbaharu bekas anggota kumpulan Q Face, Fairuz Selamat.
Wany, 27, berkata, masih terlalu awal untuk dia memikirkan soal jodoh kerana karier seninya baharu sahaja bermula dan banyak perkara ingin dicapai sebelum berkahwin.
“Ingin saya tegaskan buat masa ini saya tidak mempunyai teman lelaki dan gosip terbaru mengatakan saya bercinta dengan Fairuz pun tidak benar.
“Kami bersahabat dan sudah mengenali antara satu sama lain sebelum saya bergelar artis lagi. Buat masa ini saya selesa fokus kepada kerjaya dan bidang perniagaan yang baru saya ceburi,” katanya.
Wany ditemui pada majlis pelancaran produk pertama keluarannya iaitu Jellyta by Wany Hasrita pada Selasa.
Ditanya mengenai kriteria lelaki yang disukainya, Wany secara bergurau memberitahu dia mencari calon yang ‘tall, dark and handsome’ (tinggi, sawo matang dan kacak).
“Kalau bercakap tentang kriteria yang saya cari sebagai teman hidup kalau boleh biarlah yang ‘tall, dark and handsome’... hahaha,” katanya.
Dalam pada itu, Wany memberitahu gosip yang melandanya telah memberi kesan kepada ibunya apabila ia sering menjadi cakap-cakap orang sekelling.
“Jujurnya ibu saya memang tertekan apabila saya sering digosipkan dengan beberapa artis lelaki sebelum ini sebab dia yang terkena tempiasnya.
“Saya kasihankan dia tambahan pula dia seorang ibu tunggal dan apabila orang bercakap-cakap tentang saya dia pasti terasa.
Sementara itu, Wany berharap namanya tidak lagi terpalit dengan cerita kontroversi yang boleh menimbulkan salah faham dalam kalangan peminat.
“Harap-harap tiada lagi gosip dengan mana-mana artis lelaki lagi selepas ini. Cukuplah saya dikaitkan dengan Tajul, Khai Bahar dan Fairuz sebelum ini dan saya sendiri akan lebih berhati-hati dalam pergaulan agar tidak timbul salah faham,” jelasnya.
Wani Hasrita kini mengeluarkan produk Jellyta.
Bercakap mengenai produk keluarannya, Wany berkata idea itu terhasil apabila dia sering tiada masa untuk makan kerana jadual seninya yang sentiasa padat.
Atas dasar itu, timbul idea untuk menghasilkan produk berasaskan makanan Sunnah yang mengandungi kurma, delima dan madu.
“Saya penggemar kurma dan ia alternatif apabila saya tiada masa untuk makan kerana ia mengenyangkan selain memberi tenaga.
“Jadi dari situ timbul idea untuk menghasilkan produk ini menggunakan bahan semulajadi yang banyak manfaatnya,” katanya.
Malah kata Wany, dia mengambil masa hampir lima bulan membuat kajian dengan bantuan rakan-rakannya yang bergelar doktor dan pakar nutrisi sebelum tampil dengan produk tersebut selain mentornya dalam bidang perniagaan iaitu Puteri Zarith.
“Kebetulan saya juga graduan dalam bidang sains jadi ada juga manfaat daripada ilmu yang dipelajari dalam menghasilkan produk ini selain bantuan kawan-kawan.
“Alhamdulillah urusan saya dalam menghasilkan produk ini dipermudahkan Allah dan berharap ia diterima baik oleh pengguna serta mendapat manfaat daripadanya, jelas Wany yang turut mengeluarkan modal sendiri hasil simpanan sepanjang bergelar penyanyi untuk menghasilkan produk itu.
“Kak Puteri Zarith juga banyak bantu saya dalam melancarkan produk ini dengan memberi tip berguna untuk bergelar usahawan sehingga terlancarnya Jellyta by Wany Hasrita,” katanya.
Sumber: Mstar Online
from Sehinggit Media https://ift.tt/2Ho9WyL
via Merah Hati Cintaku