Dalam tempoh seminggu, seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun, diberi ubat pelali, dirogol berkali-kali oleh enam lelaki, sebelum nyawanya berakhir akibat dihentak dengan batu di kepala.
Dalam kes yang berlaku di dalam sebuah kuil di Jammu dan Kashmir, India Utara, pada Januari lepas, mahkamah diberitahu kanak-kanak malang itu dicekik dan dihentak dengan batu semata-mata untuk memastikan dia tidak bernyawa lagi.
Plot jenayah terancang
Lapor media negara itu, kertas pendakwaan setebal 15 muka surat itu turut mendedahkan bahawa penculikan, rogol dan pembunuhan kanak-kanak dari komuniti Bakherwal di kawasan Rassana itu, merupakan plot jenayah terancang bagi menimbulkan ketakutan dalam kalangan masyarakat komuniti itu dan memaksa mereka keluar dan pergi ke daerah lain.
Sanji Ram, penjaga kuil tempat kejadian mengerikan itu berlaku, didakwa bersama-sama melakukan jenayah itu dengan dua anggota polis khas Deepak Khajuria dan Surender Verma, rakannya Parvesh Kumar atau Mannu, anak saudaranya yang masih di bawah umur, dan anaknya sendiri Vishal Jangotra atau Shamma.
Mengikut kertas pendakwaan itu, pada 11 Januari lepas, anak Sanji Ram iaitu Shamma telah dihubungi saudaranya yang masih di bawah umur, yang memintanya kembali dari tempat pengajiannya di Meerut, dan pulang ke Jammu dan Kashmir untuk “melampiaskan nafsu”.
Dibunuh di dalam hutan
Sebelum kanak-kanak perempuan itu dibunuh dalam hutan, anggota polis khas Deepak memberitahu Sanji Ram untuk menunggu dahulu kerana dia ingin merogol sekali lagi.
“Juvana (anak saudara Sanji Ram) kemudiannya menghentak kepala kanak-kanak perempuan itu dua kali dan kemudian membuang mayatnya di dalam hutan berhampiran,” menurut kertas pendakwaan itu lagi.
Kertas pendakwaan itu turut menamakan dua lagi anggota polis iaitu Konstable Tilak Raj dan Sub-Inspektor Anand Dutta sebagai suspek kerana menerima rasuah berjumlah R.s.4 lakh (MYR23,704) untuk memusnahkan segala bukti.
Sanji Ram menyerahkan diri kepada pihak berkuasa pada 20 March lepas selepas anaknya di tahan di Meerut.
Sumber: Astro Awani
from Sehinggit Media https://ift.tt/2qpFmgC
via Merah Hati Cintaku