Wednesday, 11 April 2018

'Sebak Tengok Usaha Rakyat Malaysia Wujudkan Dana Untuk Bantu Rakyat #Pulangmengundi Tanpa Mengira Fahaman Politik'


Tarikh hari pengundian bagi pilihan raya ke-14 (PRU14) telah diumumkan semalam oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Umum mengetahui, pilihan raya bakal diadakan pada 9 Mei 2018 iaitu pada hari Rabu. 

Pelbagai rungutan dan luahan ketidakpuasan hati dari netizen apabila tarikh mengundi jatuh pada hari bekerja dan juga mengatakan apabila dilakukan pada hari tersebut, banyak kewangan yang perlu dikeluarkan. Namun, masih ada rakyat Malaysia yang mempunyai semangat berkobar-kobar untuk menjalankan tanggungjawab pada negara walaupun tarikh mengundi tersebut dijalankan pada hari bekerja.

Di Twitter, satu gerakan dengan menggunakan hashtag #pulangmengundi telah diwujudkan bagi membantu para pengundi untuk pulang mengundi. Gerakan yang diterajui oleh sukarelawan menghulurkan bantuan kewangan berbentuk bayaran tiket balik kampung dan apa yang menarik bantuan yang diberikan ini tanpa mengira fahaman politik individu-individu yang dibantu. 

Selain menawarkan 'carpool', bantuan itu juga 'menaja' tiket penerbangan bagi pengundi Sabah dan Sarawak pulang ke tempat masing-masing untuk melaksanakan tanggungjawab berkenaan. 

SERIOUSLY we need to spread this, kerana perkara ini merupakan perkara yang menakjubkan. Di Twitter, sudah ada gerakan #pulangmengundi di mana terdapat rakyat Malaysia yang mampu dari segi kewangan menjadi sukarelawan untuk menghulurkan pertolongan kewangan membayarkan tiket balik kampung bagi pengundi yang tidak berkemampuan tanpa mengira fahaman politik. 

Sudah ada yang sponsor tiket balik Sabah dan Sarawak! Dan ada juga yang volunteer CARPOOL asalkan semua BALIK MENGUNDI.

I really hope gerakan ini ada di Facebook soon sebab do Facebook ramai orang tua-tua yang layak mengundi dan mampu tolong rakyat lain sponsor atau balik ke kampung untuk mengundi!














UPDATE PADA YANG NAK SPONSOR DAN MENCARI SPONSOR BALIK MENGUNDI

Kawan-kawan, a group of friends are setting up a fund for those going back to vote this GE. Flat subsidy will be given based on where they are voting and their mode of transportation.

Anyone who is interested to pledge an amount will be provided with the banking details. Report of recipients and donors (or just anonymous for those who choose to be so) will be provided also for transparency. Can email to undirabu@gmail.com

TO CONTRIBUTE: Visit https://goo.gl/forms/IsEUXvCSp5amQSZj1 to directly contribute and upload your proof of transaction, or email to undirabu@gmail.com

SEEK FOR SPONSOR: Visit https://goo.gl/forms/6RX7QsFJGVbZSRTy1 to request for assistance.

Pada yang nak sponsor atau mencari sponsor atau dana balik mengundi, anda boleh guna hashtag #PULANGMENGUNDI di dalam post Facebook anda dan pastikan ia diletakkan di dalam status public! 

Sumber: Aida Sue via The Reporter


from Sehinggit Media https://ift.tt/2Jy5Pk9
via Merah Hati Cintaku