Friday 13 April 2018

Penyamun Maut Dan Rakannya Patah Kaki Selepas Dirempuh Kereta Mangsa


Seorang penjenayah maut, manakala rakannya patah kaki selepas motosikal yang ditunggangi mereka untuk meragut dirempuh oleh mangsa yang nekad mengejar mereka, lapor Harian Metro

Dalam kejadian jam 3 pagi di Jalan Perusahaan Perai, Bukit Mertajam, pengurus kilang berkenaan nekad mengejar dua penjenayah itu sejauh tiga kilometer kerana berang disamun sebelum merempuh motosikal suspek menyebabkan seorang daripadanya maut di lokasi kejadian. 

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid berkata, siasatan awal mendedahkan, mangsa yang berusia 32 tahun sebelum itu dalam perjalanan pulang dari tempat kerja dan mengambil keputusan untuk berhenti rehat di hentian selepas Jambatan Pulau Pinang kira-kira jam 2 pagi. 

Mangsa mematikan enjin kenderaan dalam keadaan berkunci dan menurunkan sedikit semua cermin tingkap sebelum tertidur kerana keletihan. 

"Bagaimanapun, dia terjaga kerana terdengar pintu belakang bahagian kanan dibuka sebelum seorang lelaki menutup mukanya dengan tangan. Mangsa yang tidak sempat berbuat apa-apa dan ketika itu suspek mengambil komputer riba miliknya dan terus melarikan diri dengna motosikal bersama seorang lagi rakannya," katanya. 

Berang disamun, mangsa terus mengejar motosikal suspek sehingga ke Jalan Perusahaan Perai dan berlaku kemalangan di antara mereka sehingga menyebabkan salah seorang daripada penjenayah terbabit meninggal dunia.

"Hasil siasatan lanjut di lokasi kemalangan, polis menemui komputer riba yang mempunyai pelekat tertera nama serta gambar mangsa di sebelah mayat suspek.




"Siasatan mendapati suspek yang meninggal dunia berusia 26 tahun mempunyai satu rekod jenayah manakala rakannya yang berusia 25 tahun turut mempunyai satu rekod jenayah dan lima rekod kesalahan dadah," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sumber: The Reporter


from Sehinggit Media https://ift.tt/2INkUgM
via Merah Hati Cintaku