Tuesday, 1 November 2016

Hasrat CHE TA Sambut Birthday Aaisyah Di London Tidak Kesampaian Sebab Masalah Cukai

65

HAJAT Rozita Che Wan untuk meraikan sambutan ulang tahun kedua kelahiran anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana di London tidak kesampaian.

Ini gara-gara Che Ta berhadapan dengan masalah cukai menyebabkan perjalanannya ke luar negara disekat buat sementara waktu. Pelakon wanita tersebut terpaksa mengadakan majlis sambutan itu di sebuah hotel terkemuka di ibu negara, semalam.

 66

Menurutnya, jumlah tunggakan cukai yang perlu di bayar itu besar nilainya dan beliau belum mampu untuk menjelaskan bayarannya semua sekali.

“Saya juga sudah mengadakan pertemuan bersama pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri berhubung perkara ini. Mahu atau tidak, saya memang perlu menyelesaikan tunggakan berkenaan. Begitupun, buat masa ini, hendak membayar separuh daripada jumlah itu pun belum mampu saya lakukan lagi,” katanya dipetik Berita Harian.

Sebelum ini, Che Ta sekeluarga bercuti ke Greece bagi meraikan sambutan hari lahir anak sulungnya, Ammar Effendy. Selamat harijadi Aaisyah.

The post Hasrat CHE TA Sambut Birthday Aaisyah Di London Tidak Kesampaian Sebab Masalah Cukai appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2eTisJT
via IFTTT