Sunday 27 November 2016

(5 Gambar) Ulat Serang Kampung, Ganggu Majlis Perkahwinan

(5 Gambar) Ulat Serang Kampung, Ganggu Majlis Perkahwinan

ulatt

Melalui laporan Astro Awani, jutaan ulat bulu hitam telah menyerang sebuah kampung sehingga menyebabkan majlis perkahwinan terganggu di Kuala Tebengau, Kuala Kedah.

Ada juga tetamu jemputan terpaksa pulang lebih awal apabila kawasan itu dipenuhi ulat berkenaan yang dipercayai datang dari pokok api-api di tepi laut kampung berkenaan.

Bapa kepada pengantin, Mat Ali Zainol akui resah memikirkan kehadiran ulat itu disebabkan majlis perkahwinan anak perempuannya yang berlangsung.

Disebabkan kebimbangan itu, Mat Ali terpaksa menebang pokok dan menyembur racun serangga berhampiran kawasan rumah untuk memusnahkan serangga berkenaan.

Namun, tindakannya itu seolah-olah gagal apabila kehadiran ulat itu semakin bertambah sehingga memasuki ke dalam rumah.

Penduduk kampung berkenaan mengatakan serangan ulat tersebut itu berlaku sejak seminggu yang lalu.

Bagaimanapun, bilangan serangga itu semakin banyak terutama di kawasan pesisir pantai dan sekitar jalan kampung menjadi keresahan penduduk setempat.

Penduduk kampung ada meminta bantuan Agensi Pertahanan Awam Malaysia berkenaan masalah terbabit.

Pegawai APM Kota Setar, Leftenan (PA) Mat Zain Baharom berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kehadiran serangga itu kelmarin pada jam 9.40 pagi.

Tiga anggotanya bertindak menebang ranting, dahan dan pokok yang diserang ulat berkenaan dan memusnahkannya dengan membakar di kawasan kampung berkenaan.

Mat Zain bagaimanapun tidak dapat memastikan ia membabitkan fenomena pelik yang berlaku dan dari mana datangnya ulat gonggok.

Difahamkan, kira-kira 33 buah rumah penduduk Kampung Tepi Laut Tebengau semuanya diserang serangga berkenaan. -PENMERAHDOTCOM

Ini video nya:

ulat

ulat1

ulat2

ulat3

ulat4

The post (5 Gambar) Ulat Serang Kampung, Ganggu Majlis Perkahwinan appeared first on PenMerah.com.



from PenMerah.com http://ift.tt/2gx0DxD
via IFTTT